Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling best dalam hidup. Lebih-lebih lagi bila bermain bersama kawan-kawan yang kita suka.
Perkara pertama yang saya paling suka bila tiba main masak-masak. Yang perempuan sulung jadi emak, yang lelaki sulung jadi bapak. Dan kami-kami yang kecil molek ni jadi anak-anak. Lepas tu ambil segala barang-barang mainan dan buat la pondok-pondok sendiri. Kalau kat kampung lagi best, boleh patahkan daun ubi nenek kesayangan dan buat macam sayur. *Sorry grandma!*
Lepas tu main doktor gigi pulak. Biasa lah, dulu-dulu kalau sekolah pedalaman, doktor dan nurse pergigian datang dan bermalam kat sekolah untuk check gigi anak-anak kampung. Masa kena panggil nurse tu, mula la takut sebab nanti kena tampal gigi la, kena cabut gigi la. Sampai habis semua gigi-gigi kita nurse tu cabut. Ha, jadi la si rongak sehingga gigi tu tumbuh balik. So, fenomena ini telah membuatkan budak-budak separa cerdik macam saya pun berminat nak 'menggerudi' gigi kawan-kawan yang lain. Mainan utamanya ialah---> sharpener pensel yang ada cermin! HAHA. Amacam, hebat tak saya? HAHA.
Bila umur up sikit, permainan pun kira up la sikit kan. Entah siapa yang mulakan main lawan pemadam, saya pun tak tahu. Dengan bermodalkan pemadam buruk saya yang kecik itu, saya boleh mendapat pulangan pemadam yang #giler bapak banyak#. Dah la pemadam baru semuanya. Ada gambar gajah, bendera huruf-huruf dan macam-macam lagi. *Hei, korang ni perabis duit mak bapak je beli pemadam* (Aku la tu).
Lepas tu, gegirl-gegirl semua beralih minat pulak pada aktiviti kumpul stiker. Masa tu I minat betol ngan Sailormoon & Hello Kitty. Perghh, memang hari-hari korek duit syiling daddy untuk beli sticker. Saya selalu beli stiker kat one of my classmates, Syasya. Macam-macam la sticker dia jual. Bila dah beli sticker, sayang pulak nak tampal kat buku, pencil box dan sebagainya. So, hasilnya, terperap je la sticker tu dalam buku sticker dan sampai sekarang masih ada, tapi GAM STICKER TU DAH TAK MELEKAT LAGI. Haru betol bila mengingatkan duit-duit yang dah melayang. Hurmmm.
Ingat lagi bila zaman pencil box yang ada magnet depan belakang tu famous. Siapa yang ada, sila angkat kaki! HAHA. Saya ada satu. Siap ada gambar Tom & Jerry lagi tu. Tak ada special pun pencil box tu. Bukan boleh simpan pensel banyak-banyak, and berat pulak tu. Tapi, nak buat macam mana, tu la trend masa tu. Lagi satu, pencil box besi yang bertingkat-tingkat. Haha.
Kalau sebut pasal beg sekolah pulak, mesti nak yang ada roda. Easy bag la kononnya. Tapi bila dah ada yang beroda, sayang pulak nak heret beg tu. Takut calar la tayarnya nanti. Memang membazir betul! Tapi, kita suka.
Bab-bab pencil colour, mesti jenama LUNA. Ni brand yang paling hot la masa tu. Tak cukup yang 12 batang, merengek nak mintak belikan yang 24 @ 36 @ 48 batang colour. (Saya la tu, siapa lagi!) Tapi tak digunakan pun. Alasannya, sebab SAYANG ngan kaler-kaler tu. Kalau zaman bebudak lagi dah membazir, sekarang ni bila dah tahu nilai wang, jadi kedekut pulak. Hewhewhew
Kalau cakap pasal zaman budak-budak, memang tak cukup satu hari nak bercerita. Korang macam mana pulak? So, jangan malu-malu, sila share ngan kitaorang. Just type your opinion kat dalam comment box okae?
Till then,
Love,
xoxo,
♥arabella♥
No comments:
Post a Comment