Setelah setahun setengah belajar di uiTM Shah Alam, hari ni la first time aku pinjam buku kat PTAR 3.
(Berikan tepukkan kepada diri sendiri)
Ini semua, Research Methodology punya pasal. Kalau tak , memang aku tak pinjam la buku ni sampai aku grad. Huhu. #Aku bukan ulat buku, bukan juga ulat bulu#
Cari-punya cari buku, (dah jumpa sepuluh buku) setelah berpuas hati, aku dan kawan kawan yang saya suka pun mengangkut buku tu ke bawah. Tapi bila terpandang board kat tepi tangga, rupa-rupanya buku-buku yang kiteorang kumpul tu tak boleh di pinjam kerana IANYA HANYA DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN!
Hampeh tul! Nak sejam mencari dan menelaah, ini balasannya??
Lepas tu, aku and Syikin naik la level 6, (kat situ je buku yang boleh pinjam). So, tinggallah Aini dengan buku bapak tebal yang banyak itu kat level 4. Cari punya cari sampai dah senget dan sakit tengkuk sebab nak baca tajuk buku, akhirnya aku and Syikin dapat la jumpa sepuluh lagi buah buku yang "bakal-bakal" diperlukan.
Dengan bangganya, kitaorang turun ke level 3 and letak buku tu kat atas kaunter. kat kaunter tu ada kakak librarian yang comel itu. Time tu akak tu buat muka selamba je. Macam nak layan tak layan. Tiba tiba Aini tanya, "kak, nak pinjam buku". Lepas tu akak tu cakap, "dik, pinjam buku kena scan kat sana", (sambil menunjukkan kaunter untuk meminjam buku).
Ghupanerrr, now (or memang sebelum aku masuk Shah Alam lagi) nak pinjam buku kena la self service. You scan the book and you do everything by yourself. (Nasib baik aku tak datang sensorang, kalau tak, memang malu tahap tenuk nak berak).
So, sebagai ayat cover malu aku kat kakak tu, "Kak, kalau nak fotostat front cover buku kat level 4 tu macam mana eh?". (sebenarnya dah tahu, tapi saja nak tanya sebab muka mak jemah memang tebal 5 inci dah time tu)
So, dengan BANGGANYA kitaorang melangkah ke self service kaunter untuk pinjam buku. Sendiri punya hal la nak survive babe!
Ni la kaunter yang aku cakap tu. Ada touch screen monitor, bar code scanner & receipt's printer.
Masukkan no matrix korang (8 angka yang didepan sahaja yerr) Aku punya la confident masukkan semua, sekali tengok error. HUHU. Dengan muka tak malu, tanya lagi pada kakak comel tu. HUHU. Before korang masukkan no matrix, kena scan kad matrix dulu.
Sila scan seberapa banyak buku yang nak dipinjam. Ini tangan Aini. HAHA
Print receipt!
Print the receipt.
Tadaaaaaaaaa!
Canggih kan? Tak yah nak stamp-stamp macam zaman sekolah rendah dulu dulu.
xoxo,
♥arabella♥
hahaha...mmg terbaik lah... wey rindu la nak bt keje gler same ngn u all... i sorang l0oo kat cni, rindu u all bgai nak mati..huhuhu
ReplyDeletewani y sgt comel d abad ini..wuhhuuuu
haha..rindu ngan ko jugak..wuwuwuwuwu.....comel..comel la sangat!..haha
ReplyDelete