hidup ini, kalau tak ada cubaan, mesti tak best kan? tp kalau banyak sangat cubaan, tak best juga. ada macam macam jenis cubaan dalam hidup. kalau tak tahu, korang boleh google. pasti ada pelbagai result korang dapat. dalam hidup aku, aku memang ada banyak cubaan.
cubaan yang pertama dalam hidup
UPSR. kenapa?terkejut? cubaan aku ni nampak macam statement kanak kanak ke? memang ni cubaan. kerana upsr ni, aku terpaksa menghadiri kelas tambahan di waktu petang. korang bukan tak tahu.masa yang paling best untuk tidur adalah waktu petang. pergghh..siap boleh dapat mimpi lagi! lebih lebih lagi kalau waktu hujan. saat orang lain lena tidur, aku terpaksa berhempas pulas untuk belajar. dah la kena buat set set soalan. kalau spot question, tak apa la pulak kan.
cubaan kedua dalam hidup
PLKN. kenapa? terkejut lagi ke? ni mesti korang expect cubaan kedua aku ni PMR kan? pmr bukan cubaan dah. sbb tu bukan ujian besar yang pertama aku hadapi. ok, kembali kepada cubaan. plkn. walaweh. satu hari tu, kawan kawan aku bising bising di asrama. katanya dapat check nama untuk plkn. dorang check guna sms la waktu tu. biasa la, masa tu handphone mmg famous. nak nak hp nokia 3310. memang famous habis lah! aku slalu ngidam nak handphone tu, tp sampai sekarang tak dapat dapat. ok, kembali lagi pada plkn. oleh kerana aku takda handphone waktu tu, aku mintak la jasa baik kawan kawan aku yang ada handphone utk check nama aku. punya la aku terkejut, sebab aku memang tak expect pun..aku terpilih! masa tu aku buat muka bodoh je. dalam hati memang dah lebur dah. tapi bila kawan kawan aku mula bersuara dengan muka yang separuh mengejek, aku terus pura pura buat macam nak tidur. baring dengan tenang, buat buat je macam tenang, pas tu taruk bantal busuk atas muka..dan nangis! kalau aku ingat balik waktu tu, aku rasa memang bangang betul. kenapa la aku tak turun je pegi toilet dan mandi bawah shower. baru boleh feel nangis tu. macam drama beb!
cubaan yang ketiga dalam hidup
UiTM. aku dapat masuk uitm untuk kali kedua. offer yang pertama aku dapat, aku terima, tapi aku tak pergi pun. biasa lah, masa tu masih kat matrik lagi. bila masuk matrik, kiranya offer diploma mmg dah tak pandang lagi dah. cehh, belagak ye aku masa tu. skali tengok bila abis matrik, pointer x cukup daaa nak amik course yang high. cehh...bajet diva betul ye..pointer sekerat, ada hati nak amik engineering. hati rasa bengang jap. muka memang malu la wei. aku bawak hati balik kampung. bukan hati je. aku siap bawak kain baju lagi. cehh..overr..macam drama..kecewa, bawak diri balik kampung. wei, aku balik kampung untuk jadi guru sandaran da! perghh....matrik pun tak lepas, ada hati nak jadi guru. eleh..atleast aku lulusan matrik masa tu. kau ada? 3 bulan jadi cikgu, aku try apply uitm lagi. ciss, sekarang baru kau tahu! dulu kau tolak uitm. aku apply kos engineering. ciss, belagak lagi! tapi kali ni aku yakin derr, sebab aku bermodalkan result spm. kira ada chance lah! akhirnya dapat jugak masuk uitm. kos engineering. nah, aku dapat jugak kan. ko ade??
cubaan yang keempat
cubaan yang keempat ni belum ada lagi. tapi tak lama lagi ada la tu. sekarang aku masih menuntut lagi. kawan kawan semua dah grad, aku je belom. tapi aku tak kisah. walau ada la menyesal banyak dalam hati. tapi tak gak jeles. yang penting lambat atau awal grad, yang penting bagi aku adalah pointer aku. aku rasa lebih baik juga aku tak sambung degree terus lepas matrik, sebab aku rasa sifat malas belajar aku tu akan lebih menular dan mungkin aku tidak dapat pointer sebaik yang aku ada sekarang. maknanya, apa apa cubaan yang kita hadapi, ada hikmah di sebalik semua nya kan? aku dah lalui 3 cubaan. jadi aku ada 3 hikmah yang aku dah rasa. dan rasa itu mmg tak boleh aku gambarkan. memang sangat indah. jadi, pada kawan kawan yang saya suka, janganlah takut pada cubaan. walaupun sekecil mana atau sebesar mana cubaan, semua itu ada hikmah.
akhirnya, dapat juga aku berkongsi cerita. benarlah kata orang, kalau minda dipaksa, idea tidak mungkin ada. kata kata indah datangnya dari imaginasi, bukannya dari hati. fakta atau auta?
aku menulis berjela jela, aku harap kau baca.
tangan sudat penat, mata sudah berat, mimpi menanti untuk dilihat.
sedarkan aku di waktu pagi, agar ilham menulis datang lagi
benarlah kata orang bercinta, cemburu tanda sayang.
mata aku cemburu padamu, mataku ingin lelap, kerana mataku sayangkan aku, sayangkan kesihatan ku.
cinta dan benci,
♥arabella♥
walaweh ayat..kalah ayat drama tv petang2 tue... hehe...ok,good..keep writing sweetheart..... ;p
ReplyDelete_kendo yg kiut
haruslah..ni nak blatih ngorat aaron..haha
ReplyDelete