Saturday, 16 July 2011

lebih baik apabila dikongsi

lama sudah tidak meninggalkan kata kata disini. terasa rindu pada dunia maya. seperti biasa, hari ini berlalu seperti biasa. seperti selalu. tiada yang asing bagiku. dunia ini terlalu indah untuk didiami. terlalu bersar untuk dijelajahi. terima kasih Tuhan, kerana hari ini aku masih bernafas di bumimu. dan dunia ini akan lebih ceria dan lebih baik apabila dikongsi.

kata orang, kata kata yang indah itu dari minda yang berimaginasi. tetapi kata kata itu asalnya dari sekeping hati. kerana kata kata yang merebak ke minda itu bermulanya dari hati. sejenak itu aku terfikir, alangkah indahnya kalau kata kata indah itu dikongsi bersama yang lain. seperti kata kata pujian, kata kata perangsang dan kata kata nasihat. jikalau ianya dikongsi, pasti semua umat bumi tidak akan bertengkar sesama sendiri. kata kata adalah lebih baik apabila dikongsi.

manusia hidup kerana cinta. dan cinta hidup kerana manusia. aku cinta pada penciptaku, ibu bapaku, adik adikku dan seluruh ahli keluargaku. tapi adakah cintaku itu cukup? cintaku tidak sebesar cinta Tuhan terhadap  pengikutnya. cintaku tidak sekecil cinta adam pada hawa. cintaku hanya sederhana, tetapi cintaku membahagiakan semua orang orang yang kucinta. dan semestinya cinta itu adalah lebih baik apabila dikongsi.

semua manusia mengejar harta. sesudah subuh, semuanya turun bekerja untuk mencari harta pencarian. bersarnya atau kecilnya manusia, bukan hak kita untuk mengukurnya. harta yang paling besar didalam hidup ku adalah maruahku, agamaku, keluargaku dan kejayaanku. tiada harta yang paling membahagiakan daripada harta ku ini. harta kekayaan bisa dicari dan bisa pergi. dan adalah lebih baik apabila ianya dikongsi.

hadiah teragung dalam hidupku adalah nafasku. aku bernafas untuk meneruskan hidupku. dan adalah lebih baik bila hidupku dikongsi bersama pemilik rusukku.

cinta dan benci
♥arabella♥

2 comments: