Malam itu Azalea tidur awal. Entah kenapa dia merasa mengantuk. Mungkin letih memandu ke KLIA tadi belum hilang agaknya. Azalea mengusap pipinya. Terasa kering. Kemudian dia bangkit dari katil dan menyapu losyen ke mukanya. Tiba-tiba bayang Hafizi menjelma di ruang matanya. Arghh, Hafizi. Lelaki itu sudah mula dirindui. Baru saja pagi tadi Hafizi berangkat ke Indonesia.
" Hafizi buat apa ye sekarang?", Kata Azalea di dalam hati. Dia merenung jam dindingnya. Waktu di Indonesia awal sejam dari waktu Malaysia. Lebih kurang macam itu lah.
Tadi Hafizi sudah menghubunginya. Hafizi telah selamat sampai di Lapangan Terbang Banda Acheh. Azalea tersenyum. Dia memang rindu pada Hafizi.
"Dah dah. Adoi, kalau aku asyik teringat ngan Fizi ni, macam mana aku nak tidur!" Azalea bermonolog dengan dirinya sendiri. Lantas itu dia terus kembali ke katilnya dan baring. Dia cuba melelapkan matanya. Dan dia terlena.
* * * *
" Fizi!!", Azalea terbangun. Dia mengucap. Dia mengesat peluh di dahinya.
Azalea termimpikan Hafizi. Dia bermimpi ada sesuatu yang buruk berlaku pada Hafizi. Azalea mencari handphonenya. Dia cuma mendail nombor telefon Hafizi. Tapi tidak berjaya. Tidak berjawab. Sepi di hujung talian.
"Arghh, Fizi dah tidur kot.", kata Azalea. Hatinya gusar. Dia runsing. Takut ada sesuatu terjadi kepada sang kekasih. Azalea mencuba sekali lagi.
" Fizi, jawab lah. jawab Fizi!", Azalea memohon.
"Helo?", Akhirnya panggilan itu diangkat.
"Hello, Fizi?" , Azalea memanggil Hafizi. Hatinya sedikit tenang. Akhirnya berhasil juga.
"Fizi? Ohh, Hafizi. Dia dah tidur. Ada apa ye?", Jawab suara itu.
"Dah tidur? Jadi ini siapa?", Soal Azalea.
" Addy, kawan Fizi",
"Oh, Baiklah, nanti esok kalau Hafizi bangun, jangan lupa bagitahu dia yang saya ada call. And suruh dia call saya balik? Boleh?", Pinta Azalea.
"Ok, Don't worry. Esok lepas Subuh je I suruh Fizi call you.", Jawab Adrian. Dia tersenyum. Makwe Hafizi la ni! Katanya dalam hati. Alahai, untungnya badan.
Azalea menarik nafas lega. Walaupun tidak berpeluang untuk bercakap bersama Hafizi, sekurang-kurangnya dia tahu bahawa Hafizi baik-baik saja.
* * * *
Di Acheh, Indonesia.
Angin pagi yang dingin menerpa ke seluruh badan. Adrian berasa sejuk. Dia menyarung bajunya. Dikerlingnya pada jam tangan, pukul 7.30 pagi. Arghh, awal lagi. Meeting bersama client akan berlangsung pada pukul 2 tengah hari nanti.
" Masih awal lagi", Kata Adrian dalam hati. Dia mencapai handphonenya dan kembali berbaring si katil.
"20 missed calls! Mak aii, sapa pulak call banyak kali ni?", Jeritnya. Dia menekan butang hijau dan melihat senarai pemanggil si handphonenya.
"Hurmm, abah 2 missed call, mama 10 missed call, dan hurmm Julia, 8 missed call. Mama menang lagi!", Adrian tersenyum. Mamanya memang selalu begitu. Kalau panggilan tidak berjawab, alamatnya bersedialah menerima puluhan missed call dan seterusnya mendengar bebelan yang panjang. Julia pula, hah panjang la muncungnya nanti.
" Hah bos! Bangun dah?", Hafizi mencelah. Dia memegang plastik merah di tangan kanannya dan senaskhah surat khabar di tangan kirinya.
"Hah, ni pagi bos bos, ni nak kena la ni!", Adrian mengomel. Dia tidak senang dipanggil begitu. Baginya, dia dan Hafizi tiada beza. Umur sebaya. Cuma Hafizi tua beberapa bulan sahaja darinya.
"Tu news hari ini ke?", Tanya Adrian. Dia memuncungkan mulutnya ke arah surat khabar yang berada di tangan Hafizi.
"Tak lah, semalam punya.", Gurau Hafizi.
"Aku sekeh kang!" Jerit Adrian.
"Nah", Hafizi menghulurkan surat khabar kepada Adrian.
"Ha, Addy, dalam plastik ni ada kuih sikit. Made in Acheh. Bukan Malaysia. Makan lah, breakfast. Kalau tak cukup, nanti kita pekena breakfast kat Restaurant Hotel ni pulak", seloroh Hafizi. Dia tersenyum.
Adrian bangkit dari katil dah berjalan menuju ke meja makan. Aroma kuih yang di beli oleh Hafizi itu menusuk ke hidungnya.
"Hmm, sedap bau", Kata Adrian sambil menyuap kuih itu ke mulutnya.
"Aaa, sedap. Saya ada sendawa sikit la kat kuih tu tadi", Jawab Hafizi.
Muka Adrian menjadi kelat. Kuih yang disumbat ke mulutnya tersekat di tekak. Matanya terbuntang. Hafizi ketawa melihat reaksi Adrian. Tak sangka, begitu pulak reaksi bosnya bila dia bergurau begitu.
"Ala bos, saya gurau je. Haha", Hafizi masih ketawa.
Adrian mencapai sudu teh di atas meja dan di balingnya ke arah Hafizi.
"Nak ambik kau! Nak sangat bergurau ye. Nasib baik aku haus, kalau tak, dengan teh ni sekali aku balun kat kau", seloroh Adrian. Dia tersenyum.
"Oh ya Fizi, semalam ada perempuan call kau. Masa tu kau dah tidur. Handphone kau tu asyik memekak aje, jadi aku jawab la. Lupa pulak nak bagitahu kau tadi. Dia suruh kau call her back", Jelas Adrian. Sumpah, dia lupa tentang itu.
Hafizi tersenyum. Dia tahu siapa yang call. Tentunya Azalea. Si jantung hati. Dia terus mencapai handphonenya dan menuju ke balkoni. Nombor Azalea didailnya.
"Hello, Lea?", sapa Hafizi.
"Hello, Fizi?", jawab Azalea di hujung talian.
"Ya, Fizi ni. Sorry la sayang, semalam Fizi tidur awal la. Mengantuk sangat. Letih. Sorry ya?", terang hafizi. Dia tidak mahu Azalea berfikir yang bukan bukan. Biasa lah wanita, emosi lebih.
"Tak apa. Salah Lea. Lea yang call tengah malam", Azalea cuba menutup rasa gusarnya.
"Lea rindu Fizi ke?", Hafizi cuba meneka.
Azalea tersenyum.
"Agaknya kot", jawab Azalea. Dia tersenyum. Dia memang rindukan Hafizi.
Hafizi tersenyum. Dia tahu apa yang berada di dalam fikiran Azalea. Dia tahu perasaan Azalea.
"Lea buat apa ni? Kat kedai bunga ke?", Hafizi bertanya.
"A'ah. Kat mana lagi. Kat kedai la. Tolong ibu. Fizi? "
"Fizi kat hotel lagi. Meeting nanti, tengah hari. So, pagi ni Fizi rehat-rehat je la", Jelas Hafizi.
"Best tak kat sana?", tanya Azalea. hatinya teruja untuk bertanya.
" Hurmm, biasa-biasa aje Lea. lainlah kalau di Bali ke, Bandung ke. Tapi not bad lah. Biasa lah, tempat orang kan. Kalau berpeluang, nanti kita honeymoon kat Indonesia. Ok tak?', cadang Hafizi. Dia tersenyum lagi. Dia ingin tahu apa respon Azalea.
" Indonesia je? Lea nak pergi Italy." Jawab Azalea. Dia kurang minat dengan negara Asia. Memang impiannya untuk pergi berbulan madu di Itali. Di Rome, salah satu kota paling romantik di dunia.
"Itali? Amboi, demand betul nampaknya tuan puteri ni. Fizi mana ada duit banyak nak bawa Lea ke Itali. Kalau ada duit pun, entah-entah tak sempat pulak nak pergi", jawab Hafizi.
Hati Azalea tersentak lagi. Hafizi mula lagi dengan kata-kata yang tidak menyenangkan. Azalea cuba menyembunyikan perasaannya. Biarlah hanya dia yang tahu.
" Erm, kalau macam tu, ke Indonesia je lah. Lea tak kisah. janji dengan Fizi. kalau sorang-sorang, Lea tak nak!", tegas Azalea.
"Ada ke orang honeymoon sorang-sorang?", Hafizi menjawab.
"Hurmm, ye la tu.", Azalea menjawab malas.
"Oklah Lea, Fizi letak telefon dulu. Nanti apa pulak kata Tuan Addy kalau tengok Fizi bergayut lama-lama ni. Nanti malam, kalau Fizi free, Fizi call Lea ok", Hafizi menoleh ke arah Adrian yang kusyuk mambaca surat khabar di meja makan.
"Ok. Fizi jaga diri", sayu suara Azalea. Matanya dipejam. Sesungguhnya dia rindukan lelaki itu.
"Lea pun sama. Jangan lupa makan.I miss you", Pesan Hafizi.
Azalea tersenyum. Kata-kata terakhir dari mulut Hafizi tadi menusuk ke dalam hatinya. Hatinya berbunga-bunga. Telefon diletak. Sekurang-kurangnya setelah mendengar suara Hafizi, dia sudah punya sedikit semangat untuk mengharung hari-harinya.
* * * *
Puan Aida sibuk mengemas bunga-bunga di luar kedai sambil dibantu oleh pekerjanya yang setia, Maria. Banyak tempahan untuk hari itu. jadi dia perlu membantu Maria untuk menggubah sedikit sebanyak tempahan bunga yang diterima. Lagipun dia kasihan melihat Maria. Tak menang tangan Maria menggubah bunga.
"Maria, meh la sikit bunga tu. Saya tolong Mar gubah", pinta Puan Aida.
"Eh, puan. Tak apa la, saya boleh handle semua ni. Kenapa, puan tak percaya kat saya ke?" Tanya Maria. Dia sengaja bergurau. Dia tahu majikannya itu tidak sampai hati melihatnya letih. Puan Aida memang majikan yang sangat baik dan ringan tulang. Sebab itu Maria sanggup berkerja dengan Puan Aida sehingga bertahun-tahun lamanya. Azalea pun baik dengannya. Azalea melayannya dengan baik. Tidak pernah membeza-bezakan dirinya.
Puan Aida mencapai bunga ros dan tangannya ligat mencantas bunga-bunga itu. Sekejap sahaja, satu gubahan sudah siap.
"Wah, puan. Cantik gubahan ni." , puji Maria.
Puuan Aida memang pandai menggubah bunga. Dia mempunyai sentuhan yang luar biasa.
"Pandailah awak nak memuji saya. Entah-entah awak memerli saya. Ye tak Mar?", seloroh puan Aida.
"Eh, saya puji betul ni puan. Cantik gubahan ni. Kalau gubahan ni dihantar ke Dana Corporation, alamatnya, banyak la tempahan yang kita terima", jawab Maria.
Puan Aida hanya tersenyum. Dana Corporation adalah pelanggannya yang setia. Setiap hari ada saja tempahan yang diterima dari Dana Corporation.
"Hah ibu, kak Mar, buat apa senyum-senyum ni? Gossip eh?", Azalea mencelah.
"Eh eh, kesitu pulak Lea ni. Kalau ibu, ibu tak pandai gosip gosip ni. Tapi kalau kak Mar kamu ni, tak tahu la pulak.", jawab Puan Aida. Dia menjeling Maria yang sibuk menggubah bunga. Maria hanya tersenyum.
"Oh ya ibu, mana gubahan bunga untuk Dana Corporation? Meh la, Lea hantar",
"Tu, kat tepi tu", Puan Aida menunjuk gubahan-gubahan bunga yang ada di atas meja.
Azalea terus mengangkat gubahan-gubahan bunga itu dan meletakkannya di dalam keretanya.
"Ada lagi tak bu?" , tanya Azalea dari luar kedai.
"Tak ada!" , Jerit Puan Aida.
"Ok, Lea pergi dulu bu.", Setelah mencium tangan ibunya, Azalea masuk ke dalam kereta dan pergi.
* * * * *
Jam menunjukkan pukul 10 malam. Azalea masih belum melelapkan matanya. Dia masih menatap handphonenya yang digenggamnya sejak dari tadi. Dia sedang menunggu panggilan dari Hafizi.
"Kenapa tak call call lagi ni?" , rungut Azalea.
Lagu Bruno Mars, Just The Way You Are berkumandang. Azalea menatap skrin handphonenya. Hafizi!! Tanpa berlengah lagi, Azalea menekan butang hijau.
"Hello, Fizi!", Sahut Azalea.
"Amboi, cepatnya jawab!Rindu Fizi ke?" , seloroh Hafizi.
Azalea berasa malu sebentar. Alamak! kantoi pula.
"Tak ada la. Ala nanti Lea tak jawab baru Fizi tau!", Azalea cuba berselindung. Malu.
Hafizi ketawa kecil. Dia membayangkan muka Azalea kemerah-merahan menahan malu. Dia bukan tidak tahu perangai Azalea. Kalau dah tak sabar, memang cepat je menjawab telefon. Kalau marah, jangan harap nak jawab cepat.
"Kenapa Lea tak tidur lagi ni? Kan dah lewat ni?", tanya Hafizi.
"Saja je. Tunggu Fizi call la. Macam mana meeting hari ni? Ok?"
"Ok, meeting sekejap je. Tak lama pun. Tak macam selalu. Biasalah, Tuan Adrian tu cekap orangnya. Client pun cepat paham apa yang dia cakap. Nasib baik ada dia, kalau Fizi pergi sorang-sorang, tak tahu la apa nak jadi", terang Hafizi.
"Ohh. Fizi rapat dengan bos Fizi?", Tanya Azalea.
"Macam mana nak cakap eh. Rapat la jugak. Macam kawan. Lagipun dia baik orangnya. Handsome tau! Ala-ala Zul Huzaimy gitu. Lea minat kan dengan Zul Huzaimy. Hah, kalau Lea jumpa Tuan Adrian, Lea mesti cair punya la. ", Kata Hafizi.
"Eh, eh, merapu la Fizi ni. Kenapa pulak Lea nak cair dengan dia?", Azalea menongkah kata-kata Hafizi. Geram.
"Yela, mana la tahu kan. Kalau cair, boleh Fizi kenal-kenalkan Lea dengan dia. Sekurang-kurangnya nanti bila Fizi tak ada, Tuan Adrian boleh jaga Lea dengan baik." sahut Hafizi.
"Fizi!", Jerit Azalea.
"Kenapa cakap macam tu? Fizi ni ada-ada saja tau. Lea tak nak la kat bos Fizi tu. Lea nak Fizi! Bukan orang lain. Hafizi Rashid!", Suara Azalea mula bergetar. Dia menahan gelodak hati. Dia marah. Hafizi kian merapu. Mengarut!
"Ala Lea, Fizi gurau je la. Dah la, jangan marah-marah. Fizi mintak maaf. Dah, pergi tidur. Esok kita berbual lagi. Mimpikan Fizi ya!", pujuk Hafizi.
"Fizi pun sama. Jaga diri. Jangan cakap mengarut lagi.", kata Azalea.
"Ye", Jawab Hafizi. Pendek.
"Janji?", pinta Azalea.
"Janji." Sahut Hafizi.
Peganglah janjimu wahai kekasihku.
Kerana janji itu satu kalimat yang berharga
Kalimat setia.
Azalea, perindu yang setia.
Hatinya gusar,
kerana sang kekasih selalu berkata berputar-putar.
Tuhan, hanya kau yang mengerti.
Hati ini, hanya untuknya, Hafizi Rashid.
*to be continue*
♥arabella♥
No comments:
Post a Comment