Monday, 26 September 2011

Kau Laksana Bulan

Hey you all! Apa cer hari ni? Sehat semua? Hello daddy! Hello mummy! *lambai-lambai ala-ala princess. Perasan* Saya sehat. Semakin sehat gitu. Haha. Baru balik dari Restoran Umi, Sek 7. I makan Nasi Kukus Ayam Berempah. Nasi kukus la sangat. Wehehe. 

Okae, now please refer to the post title. =). Bukan sengaja gedik nak buat post macam tu okae. *blwekk* It's a Malay drama. Drama ni ditayangkan last year. And I baru tahu keberadaan drama ini di Malaysia pada hari Sabtu lepas. Tu pun by luck. Haha. Thanks to Luna. *Makasey mu!* 

Mula-mula takde feel nak tengok. Sebab ada Ayu Raudhah. Perghh, belagak giler tak minat ngan Ayu Raudhah. Tapi yang make me interested with this drama is Zulhuzaimy. Dia jadi hero. I spell it again H to the E to the R to the O. HERO. Amacam, thrill tak? Haha. Belum pernah saya tengok Zul * perghh panggil nama manja.Haha* belakon dalam drama. Selama ni bajet Aaron Aziz je boleh jadi hero idaman Malaya. =).

I try la tengok Episode 1 kan. Saja la tadi tu. Kalau tak kenal, maka tak cinta. Ye dop? So, apa yang terjadi ialah, saya dah FALL IN LOVE  dengan story line drama ini! Dan bila I Google, rupa-rupanya drama ni adalah adaptasi dari novel, Kau Laksana Bulan. Thanks encik Google! Wah, sekarang ni banyak drama ey yang di adaptasikan dari novel. Terbaik! Sekurang-kurangnya kita boleh mengcungkil bakat-bakat novelis kan? =)

Drama ni ada 13 episode je. So I habiskan dalam masa 1 hari. Tak boleh kalau miss 1 episode. Seriously! Sebab babak antara Zul & Ayu sangat romantik. And I fall in love with Zulhuzaimy. Perghh. Senyuman dia, wa cakap lu...Lawa! =) =) =) *teringat. Gedik betol!*

Synopsis drama? Sila scroll kat bawah ni. =) *Bukan I yang karang tau, I copy paste je. =) Credit to Pereka Cerita. Thanks!!

SINOPSIS DRAMA KAU LAKSANA BULAN (budiey.com)

Kisahnya bermula pada babak Adrianna Johan, gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana. Dia telah memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian dalam bidang penulisan sambil melanjutkan pelajaran untuk mengikuti program sarjana di Universiti Malaya.
Kau Laksana Bulan
Walaupun ayahnya sentiasa memberi sokongan, ibu Adrianna, Salmah tidak pernah merasakan bahawa kerjaya anaknya sebagai seorang novelis sesuatu yang boleh dibanggakan. Baginya, lebih elok sekiranya Adrianna bekerja seperti graduan lain dan beri perhatian untuk mencari jodoh. Rungutan demi rungutan daripada ibunya itu meresahkan hidup Adrianna namun dia cuba memahami ibunya yang kebetulan tidak berpelajaran dan merupakan seorang suri rumah yang lebih suka bergosip dengan jiran-jirannya. Adrianna tidak senang dengan tabiat buruk ibunya dan dia juga sentiasa rimas dengan kerenah jiran-jiran tetangga yang suka jaga tepi kainnya.

Dalam bidang kerjayanya pula, Adrianna yang menggunakan nama samaran ‘Jenna Johan’, merupakan seorang novelis ‘Romance Thriller’ yang sedang mengukir nama dalam pesada dunia penulisan. Semasa memulakan program sarjananya, Adrianna sedang sibuk menulis manuskrip untuk novel ketiga yang berjudul ‘Penantian di Hujung Kabus’.
Kau Laksana Bulan
Dalam kesibukan mencari perwatakan yang sesuai untuk manuskripnya itulah Adrianna terserempak dengan Firas Ali di dalam tren komuter Nilai-KL. Dengan tidak sengaja, Adrianna terduduk di atas riba Firas semasa cuba mendapatkan tempat di suatu pagi, semasa menaiki tren komuter itu. Mereka bertemu lagi beberapa kali selepas itu dan pertemuan itu telah mendorong Adrianna untuk melakarkan watak Firas ke dalam manuskrip novelnya.
Kau Laksana Bulan
Adrianna juga pernah suatu ketika dahulu bercinta dengan Syafik, seorang lelaki yang sebaya dengannya, sejak zaman persekolahan lagi. Malangnya, pertalian mereka terputus ketika mereka sama-sama sedang melanjutkan pelajaran di menara gading. Namun Syafik telah muncul kembali dalam hidup Adrianna dengan tiba-tiba sahaja. Kemunculan Syafik itu menggembirakan Salmah, ibu Adrianna yang terlalu suka kepada Syafik dan mengharapkan sangat agar Adrianna memilih Syafik sebagai bakal suaminya sebaliknya kemunculan Syafik telah menimbulkan kekeliruan dalam hidup Adrianna.
Kau Laksana Bulan
Dalam begitu, Adrianna tetap keliru bila Firas berulang kali meminta agar pertalian mereka dirapatkan lagi bukan sekadar kawan biasa tetapi sebagai kekasih. Adrianna tidak mampu melakukannya kerana dia masih terikat dengan bayangan Razif, seorang lelaki yang pernah wujud dalam hidupnya selepas Syafik.

Razif merupakan seorang lelaki yang romantis dan puitis dan Adrianna yang mengenalinya melalui Internet, telah jatuh hati dengannya. Malang buat Adrianna, pertalian percintaan mereka terputus kerana Razif telah meninggal dunia. Malang juga buat Adrianna, kerana kematian Razif telah menutup ruang-ruang di hati untuk jatuh hati dengan lelaki lain.

Keadaan ini merumitkan lagi hidup Adrianna, bila dengan tiba-tiba muncul pula Eizlan yang terlalu mengingatkan Adrianna kepada Razif. Eizlan juga merupakan seorang peminat novelnya yang suka menghantar mesej-mesej puitis dan romantis yang seringkali menggugatkan perasaan ‘wanita’ Adrianna.

Perjalanan cerita di teruskan bila pada suatu ketika nanti, Adrianna dan Firas terpaksa berpisah kerana Firas tidak mempercayai kepada kejujuran Adrianna. Bila berpisah dengan Firas, Adrianna kecewa dan berasa hampa. Tetapi keadaan terus menekannya dan kerana itu, Adrianna telah bersetuju untuk menerima Syafik sebagai bakal suaminya. Malangnya, perancangan itu tidak kesampaian dengan perbuatan Syafik yang dianggapkan sebagai tidak serius.
Kau Laksana Bulan
Ketika itulah, Adrianna mula memberi perhatian kepada Eizlan. Kerana layanan Adrianna, Eizlan mula menaruh harapan untuk berkasih dengan Adrianna. Tiba-tiba, Adrianna sekali lagi terserempak dengan Firas yang sudah lama hilang dalam hidupnya. Kemunculan Firas kali ini telah mewujudkan perasaan cintanya yang sudah tidak berbelah-bahagi lagi. Mereka memilih untuk mendirikan rumah tangga.
Kau Laksana Bulan
Walaupun itu merupakan perancangan Adrianna, hidupnya menjadi kucar-kacir bila Razif (yang pernah dikatakan meninggal dunia) muncul semula. Dalam begitu, Eizlan terus mengganggu hidupnya. Ke mana sahaja Adrianna pergi, Eizlan menunggunya. Perbuatan Eizlan membuatkan Adrianna menjadi tidak tentu arah.

Pelbagai kejadian kini berlaku membuatkan hidupnya tercabar, penuh suspens dan sentiasa cemas. Begitu juga dengan kehadiran Razif yang telah memporak-purandakan rumah tangga Adrianna bersama Firas. Lalu bagaimanakah kesudahannya? Adakah cinta sejati untuk Adrianna muncul? Saksikan Kau Laksana Bulan di TV2.


So, bagi korang yang miss tengok cerita ni, I think you all boley pegi kat Youtube kowt. Hehe.

Okae, itu saja. Bai!

Love,
♥arabella♥ xoxo

No comments:

Post a Comment