Tuesday, 30 August 2011

Love Story : Hatiku Milik Azalea (Part 1)

Hari ini hujan lagi. Rintik-rintik hujan tidak berhenti sejak dari pagi tadi. Hati Azalea gusar. Kalau hujan tidak juga berhenti, jualan bunga di kedai ibunya akan berkurangan. ' Aida Florist', nama kedai milik Puan Aida, ibu Azalea. Kedai bunga ini diusahakan dengan keringatnya sendiri. Disinilah tempat Puan Aida bertemu Encik Taufik, suaminya. 


Gambar hiasan =)

Oleh kerana itu, kedai bunga ini merupakan satu-satunya kenangan terindahnya bersama arwah suaminya. Encik Taufik meninggal dua tahun yang lalu kerana lemah jantung. Dan kini Puan Aida tinggal bersama Azalea, satu-satunya puteri kesayangannya. 

Azalea memilih untuk terus membantu ibunya di kedai bunga. Walaupun dia memiliki segulung ijazah dalam Perakaunan, tetapi dia telah membuat keputusan untuk membantu Puan Aida untuk mengusahakan  kedai bunga itu. 

"Ibu, hujan tak berhenti lagi lah bu. Lea simpan bunga ini kat dalam la ya?", Kata Azalea sambil menarik balang-balang bunga yang terletak di depan kedai.

"Hurmm. Kalau hujan tak juga berhenti, nampaknya, kita tutup je la kedai ni untuk hari ni. Ibu rasa, tak ada lagi kot orang nak beli bunga. Oh ya Lea, pesanan Dana Corporation tu Lea dah hantar?", tanya Puan Aida.

"Dah bu. Awal-awal lagi Lea dah hantar. Ibu jangan risau lah.", Terang Azalea pada ibunya. 

Ibunya paling tidak suka jikalau dia terlupa segala pesanan bunga yang penting. Kata ibunya, walaupun mereka terpaksa meredah laut sekalipun, menghantar pesanan pada waktu yang tepat adalah menjadi keutamaan kedai bunga ibunya itu. Oleh kerana itu lah, kedai bunga Puan Aida selalu menerima tempahan bunga yang banyak setiap hari.

"Ibu, jom kita balik. Lea temankan ibu makan dulu ya.", Kata Azalea pada ibunya.

"Lea temankan je?", tanya Puan Aida. Hairan.

"Lea ada janji dengan Fizi la bu. Lea dah bagi tahu ibu semalam. Ibu lupa?", Azalea memeluk bahu ibunya.

"Tak. Ibu ingat lah. Ye la, orang dilamun cinta.", usik Puan Aida.

Azalea hanya tersenyum. Puan Aida juga tersenyum. Dia tahu anaknya itu ada kekasih. Hafizi, satu-satunya lelaki yang berjaya memikat hati Azalea. 

Setelah menemani ibunya makan, Azalea terus memandu pulang ke rumah. Setelah membersihkan diri dan bersiap-siap, Azalea meminta izin dari ibunya untuk keluar. 

"Ibu, Azalea pergi dulu.", ucap Azalea.

"Jangan balik lambat tau. Jaga diri. Perangai tu, elok-elok sikit.", ujar Puan Aida sambil mencubit lengan Azalea.

"Ibu ni. Sakit lah. Jangan risau la bu. Bukan sehari dua Azalea kenal Fizi tu. Dah lama tau. Ibu pun dah kenal kan dengan Fizi.",terang Azalea panjang.

"Ibu tahu. Ha, pesan kat Fizi, jangan lama-lama sangat. nanti ibu cari calon lain untuk Lea.", gurau Puan Aida.

"Ok Bos!", Azalea ketawa besar mendengar ucapan ibunya itu. 

Azalea memandu sendiri. Dia lebih senang memandu sendiri untuk bertemu Hafizi. Dia tidak mahu menyusahkan Hafizi untuk menjemputnya di rumah. Lagipun, kalau bergaduh semasa makan nanti, senanglah nak balik. Tak payah tunggu Hafizi hantar pulang. =)

Hafizi Rashid. Lelaki yang berjaya mencuri hati Azalea. Hafizi adalah rakan sekolahnya. Dia pun tidak pernah tahu bahawa Hafizi menyimpan perasaan terhadapnya sejak mereka di bangku sekolah lagi. Sehinggalah Hafizi meluahkan perasaannya. Ketika itu Azalea masih lagi menuntut di universiti. Hafizi pun menutut di tempat yang sama. Cuma di fakulti yang berbeza. Hafizi seorang pelajar Architecture, dan Azalea pula Akaun.

Saya angankan Hafizi seperti ini. (Andi Arsyil)


Azalea tidak pernah bercinta. Dia menganggap semua orang yang di sekelilingnya itu adalah kawannya. Dan dia tidak pernah sedar akan kehadiran Hafizi dalam hidupnya. Dari bangku sekolah sehinggalah di universiti. 

Tetapi pada hari jadinya yang ke 20, dia telah menerima sejambak bunga Azalea dari seseorang. Dia juga menerima sekeping VCD. Di dalam VCD itu ada video tentangnya. Semua gerak gerinya dimuatkan di dalam video itu. Gambar dan pergerakkannya semuanya dirakamkan. Dan orang yang telah mengirimkan semua itu adalah Hafizi. 

Azalea bouquet. =)



Marah sungguh Azalea pada Hafizi. Keesokkan harinya, seharian dia menunggu Hafizi di fakulti Seni Bina. Dia ponteng kelas hari itu semata-mata untuk bertemu Hafizi. 

"Hafizi Rashid!!" , jerit Azalea.

Hafizi yang baru keluar dari kelasnya itu terpinga-pinga. Dia terkejut. Tiba-tiba sahaja Azalea muncul di situ.

"Awak panggil saya ke?", tanya Hafizi. Mukanya kelat. Takut.

"Ada Hafizi Rashid lain ke yang saya kenal?", Tanya Azalea. Wajahnya tegang.

Hafizi menggelengkan kepalanya.

"Ni hah! Saya nak awak ambil balik semua ni. Saya tak perlukan semua ni.", Azalea menyerahkan semula bunga kepada Hafizi.

"Dan ini", katanya sambil memegang VCD yang diberi oleh Hafizi itu.

"Saya tak nak VCD ni. Dan, mulai hari ini, awak jangan berani nak ambil gambar saya dan rakam semua pergerakkan saya. Faham!", Tangannya terus mematahkan VCD itu.



"Azalea, dengar dulu. Saya ikhlas nak bagi semua ni. Bunga ni, saya order tau. Bukan sebarang petik. VCD ni, saya buat khas untuk awak. Tak kan awak tak tersentuh langsung kot dengan semua ini?",pujuk Hafizi. 'Amboih, nak tolak begitu aje, mahal kot bunga ni. Habis duit aku.' Kata Hafizi di dalam hati.

Azalea hanya menjegilkan matanya pada Hafizi. Kalau Hafizi itu adalah makanan, sudah semestinya Hafizi lumat di dalam mulutnya.

"Saya tak suka! Faham! Benda macam ni membazir je! Tolong jangan ganggu saya lagi.", tegas Azalea.

"Azalea, saya cintakan awak. Dah lama saya sukakan awak. Sejak kita Form 1 lagi.", Hafizi meluahkan perasaannya.  

Azalea memandang tepat ke anak mata Hafizi. Dia cuba mencari keikhlasan lelaki itu. 

"Argh! Itu bukan masalah saya. Saya cuma ada ibu dan ayah saya. Sesiapa yang ingin memiliki hati saya, dia perlu berjumpa orang tua saya. Saya tidak mahu jatuh cinta pada orang yang tidak disukai oleh orang tua saya. Titik.", Azalea menerangkan isi hatinya dan berlalu pergi dan meninggalkan Hafizi yang terpinga-pinga.

Azalea terlalu hormat pada orang tuanya. Dia tidak mahu jika dia tersalah pilih pasangan hidup. Dia tak mahu menjadi seperti Abang Arman. Abangnya itu telah memilih Kak Rita dan berkahwin tanpa kebenaran En.Taufik dan Pn Aida. Setelah itu, Arman pergi meninggalkan mereka dan tinggal bersama Rita di luar negara. Bertahun-tahun lamanya Arman pergi sehinggalah pada suatu hari Arman pulang ke pangkuan mereka semula. Arman telah menceraikan Rita kerana itu permintaan Rita. Bisnes Arman di luar negara telah lingkup. Dan Rita tidak mahu dibelenggu di dalam hidup yang tidak ada harta.

Apa yang terjadi pada Arman benar-benar memberi kesan di dalam hidup Azalea. Oleh itu, sesiapa sahaja yang akan dipilih oleh orang tuanya, orang itulah yang akan dipilihnya.

Hafizi terkilan dengan apa yang diucapkan oleh Azalea. Hatinya sedih. Setelah sekian lama memendam rasa, dan ini kesudahannya. Azalea memberikan kata putus.

'Baik. Saya akan bertemu kedua-dua orang tua awak', Hafizi nekad. Baginya, inilah masa yang sesuai untuk bertemu orang tua Azalea. Dia tahu, mungkin orang tua Azalea akan memaki hamunnya. Iya lah, baru sahaja masuk universiti, dah gatal nak bercinta dengan anak orang. Tapi Hafizi tidak akan mengubah hasrat hatinya itu. Dia tidak mahu suatu hari nanti dia menyesal kerana tidak dapat memiliki Azalea.

             *                 *                      *              *               *            

Azalea pulang dengan hari yang sebal. Kertas kerjanya kena reject lagi oleh pensyarahnya.

"Urghhh! Orang penat-penat tak tidur siang malam semata-mata nak buat benda ni, dia senang-senang kata 'No, please re-do it again!' ", omel Azalea sambil mengikut mimik muka pensyarahnya.

Dia melihat kasut sport di luar pintu rumahnya. Dari luar dia dapat mendengar ketawa ayahnya. 

"Ayah ketawa dengan siapa tu?Ni kasut siapa pulak?.", kata Azalea dalam hati.

Dia terus masuk ke dalam rumah. Dan alangkah terkejutnya dia bila dia melihat muka Hafizi berada di ruang tamu. Azalea mengelipkan matanya berkali-kali. Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia menelan air liur. Hafizi benar-benar berjumpa orang tuanya. Dia ingatkan jika dia menggertak Hafizi dengan cara itu, Hafizi akan takut dan tidak akan mengganggunya lagi. Tapi, ohh tidak!

"Hah, Lea. Kenapa berdiri je? Mari la duduk kat sini.", Ujar Encik Taufik.

"Lea penat lah ayah. Lea nak naik dulu.", Jawab Azalea. Dia cuba mengelak untuk bertemu dengan Hafizi.

"Laa..Ni kan ada Fizi datang ni. Lea suruh dia datang, sekarang Lea tak nak jumpa dia pulak.", tambah Puan Aida.

Azalea hanya mengomel kecil. 

'Kau siap kau nanti! Aku kelar-kelar badan kau!', ujarnya dalam hati.

Azalea duduk di sebelah puan Aida. Bertentangan dengan Hafizi. Muka Hafizi tawar. Dia tahu Azalea marah dengannya. Tapi, ahh..biarlah. Biar dia tahu yang aku betul-betul serius dengannya. Jerit hati Hafizi.

"Betul ke Lea yang suruh Hafizi datang?", tanya En. Taufik.

Azalea diam. Alamak! Aku nak jawab apa ni. Cicak tu dah ada depan mata. 

"Lea?", En. Taufik bertanya lagi. Dia memandang Azalea yang bungkam di tempat duduknya.

"Er..er...Lea cakap je. Bukan suruh.", ujar Azalea. Malas nak terangkan panjang-panjang.

"Kenapa Lea suruh Hafizi datang?",  Puan Aida mencelah.

Alamak! Ni soalan jerat leher sendiri ni! Azalea tak senang duduk. Nak jawab ke tak. Nak jawab ke tak.
Haa!

"Apa kata ayah tanya sendiri dengan Hafizi. Rasanya Azalea cuma cakap, kalau nak kawan ngan Azalea, jumpa la orang tua Azalea. Tak tau pulak dia nak berkawan yang macam mana.", jawab Azalea.

Muka Hafizi pulak kelat. Mak aii. Aku ke yang kena jawab. 

"Se..se..sebenarnya, saya dah lama suka kat Azalea ni, pakcik. Dari sekolah lagi. Jadi saya datang ni saya nak mintak izin dengan pakcik dan makcik. Saya nak bercinta dengan Azalea", Hafizi berkata sambil kepalanya tunduk.

Tiba-tiba En. Taufik ketawa kuat. Puan Aida pun turut ketawa. Azalea dan Hafizi berpandangan sesama sendiri.

"Tu je? Bercinta je?", Puan Aida berseloroh.

En. Taufik memeluk bahu Hafizi.

"Hafizi, kalau kamu nak bercinta dengan Lea, kamu kena tanya Lea sendiri. Tak payah nak jumpa pakcik dan makcik. Pakcik fikirkan tadi kamu nak meminang si Azalea ni ha. ", ujar En Taufik. Ketawanya masih bersisa. 

Hafizi senyum kambing. Yess! Dah ada green light. Kamu macam mana puteriku? Terima ke tak?

Azalea mencuka. Boleh pulak ayahnya setuju. 

"Lea naik atas dulu lah ayah, ibu. Hah, Fizi, kalau rasa-rasa dah kenyang tu, awak balik lah. Malas saya nak melayan orang macam awak ni.", Azalea ingin mengangkat kaki.

                  *               *               *             *            *            *      

Puan Aida menolak daun pintu bilik Azalea. Dilihatnya Azalea sedang berbaring di atas katilnya sambil melayari internet.

"Lea, boleh ibu bicara?",  pinta Puan Aida.

"Boleh. Ada apa bu? Tapi, jangan sebut pasal Fizi.", ujar Azalea.

Puan Aida senyum. 

"Ibu nak tanya pasal Fizi lah ni.", Kata Puan Aida. Dia menguntum senyum pada anak perempuannya itu.

"Taknak lah bu. Jangan la. Lea pening la dengar nama dia.", pinta Azalea. Azalea menggelengkan kepalanya tanda protes.

"Lea, cinta tak datang berkali-kali tau. Cinta sejati cuma datang sekali saja. Tapi peluang bercinta itu ada banyak. Ibu tengok, Hafizi tu baik orangnya. Bijak, rupa pun ada. Not bad. Tak salah kalau Lea bagi dia peluang. Lea dah kenal dia lama kan. Jadi kenapa ragu-ragu lagi Lea?", Kata Puan Aida sambil mengusap rambut Azalea.

"Lea takutlah ibu. Lagipun Lea kan baru je masuk U. Takkan nak bercinta pulak. Lagipun ibu yang cakap, jangan bercinta masa belajar. ", Jawab Azalea sambil memulangkan paku buah keras pada ibunya.

"Memang la ibu yang cakap. Tapi ibu tak cakap pun kalau ada orang nak kat Lea, Lea kena tolak dia. Ibu tak nak Lea jadi andartu. Hidup seorang. Macam Cik Temah sebelah kedai tu ha." , gurau Puan Aida.

Azalea ketawa. Cik Temah, tukang jahit yang menyewa kedai di sebelah kedai ibunya. Tak berkahwin lagi. Umur dah lewat 40an. Lepas tu, moody pulak tu. Pantang customer kekwat sikit, dah marah-marah. tebalik pulak. Selalunya customer yang marah, tapi ni dia pulak yang angin. =)

"Lea fikir lah ye.", pujuk Puan Aida.

"Tengoklah nanti macam mana.", Azalea menjawab malas.

"Kalau lama sangat berfikir, nanti Hafizi cari yang lain!",  tiba-tiba En. Taufik mencelah dari belakang.

Ketiga beranak itu ketawa. Gembira. Azalea bingung. Nak terima ke tak. Nak ke tak?

              *         *            *              *              *                 *               *             *           *

Tiba-tiba cermin kereta diketuk. lamunan Azalea terhenti. Dia menurunkan cermun keretanya.

"Nak keluar ke tak ni? Fizi lama dah tunggu. Lapar.", ujar Hafizi sebaik sahaja Azalea menurunkan cermin keretanya.

Azalea gelabah. Alamak. Lama ke aku berkhayal ni?

"Fizi! Sorry sorry. Lea mengelamun. Sorry. Lama dah ke Fizi kat luar?", tanya Azalea. Dia terus keluar dari keretanya.

"Hurm..lama la juga. Kenapa Lea? Fikir tentang apa?", Hafizi memandang wajah Azalea. Wajah yang dirinduinya. 

Azalea menggelengkan kepala. Biarlah Hafizi tidak tahu apa yang berada di dalam fikirannya. Semua itu adalah kenangan. kenyataan di depan mata. Hafizi. Itu kenyataan hidupnya. Hatinya milik Hafizi. Selamanya.



☻To be continued☻
Hak cipta terpelihara 
♥arabella♥



No comments:

Post a Comment