Pernah tak korang menangis sampai nak tarik nafas pun tak dapat? Rasa macam nak mam je time tu? Saya pun pernah. Bagi yang tak pernah tu, pergi main jauh-jauh. hihihi. Ok, kenapa kita menangis sampai macam tu sekali? Sebab kita sedih, marah, merajuk, inginkan sesuatu? Atau sebab terlalu suka? Saya pernah menangis dengan teruk sekali ketika saya marah. Saya tidak tahu kenapa saya tidak dapat mengawal marah saya pada masa itu. Sehingga bila *badak* (saya panggil orang ini badak lah ye. Bukan kerana dia seperti badak. Ianya cuma panggilan saja, ok?) itu menunjukkan benda yang paling saya takuti iaitu *tetttt!* (seram nak type kat sini), saya tidak berasa takut langsung. Ketika itu saya menyedari bahawa bila ada satu perasaan lain yang mengganggu emosi kita, kita akan lupakan ketakutan kita, bahkan ada yang akan lupa siapa diri mereka yang sebenar.
Cuba kita tukar perasaan marah itu tadi kepada example yang lain. Contohnya perasaan bangga diri. Setiap manusia mempunyai kekuatan tersendiri untuk dibanggakan. Walaupun sekecil mana kelebihan itu, ia tetap dipanggil kelebihan. Tetapi apabila perasaan bangga diri itu berlebihan dari tahap yang sepatutnya, ia boleh menyebabkan kita lupa pada diri kita. Dan ada ketikanya kita akan melukai orang-orang yang sentiasa di sisi kita. Oleh itu, nasihat saya kepada sesiapa yang membaca post ini, marilah kita sama-sama sentiasa berpijak pada bumi yang nyata, agar kita tidak terpesong dengan kecantikkan kejadian di dunia.
Kita tidak lemah bila menangis, tetapi itu adalah cara untuk merawat sebahagian daripada kedukaan. tetapi mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Jadi, sebelum kita menitiskan air mata, adalah lebih baik kita berwaspada untuk mencegahnya. Seperti takda kaitan je kan ngan post ini, tetapi renung-renungkan.
obor-obor hanyut,
♥arabella♥
No comments:
Post a Comment