Hi semua! Mesti korang semua terkejut dengan post title saya di atas ni kan. Kenapa ya saya memilih Ramadhan sebagai tajuk post saya. Sedangkan saya bukan orang Muslim. Ok, ada banyak benda yang saya nak share ngan korang tentang Ramadhan ni.
First, sudah semestinya PUASA. Dulu-dulu masa saya tahun 2, saya telah berpindah ke sebuah sekolah di bandar Miri. Jadi, of course la ramai cikgu-cikgu yang beragama Islam yang mengajar di sana. Well, this surrounding memang berbeza dengan apa yang saya alami dulu. Let me describe about my old school. SK Rancangan Sepupok. Terletak di pedalaman Niah. Dulu memang pedalaman. Jalan pun jalan batu. Sekarang ni dah ada jalan tar. Well, itu yang dinamakan pembangunan. Ok, straight to the point, kat sekolah ni, memang takde cikgu-cikgu yang beragama Islam. So, masa tu saya memang tak tahu la tentang Islam ni. Student pun semuanya non-Muslim. Apa yang terjadi ialah, bila saya berpindah ke sekolah baru dan masa tu Ramadhan jatuh pada hari bekerja (waktu itu Ramadhan jatuh pada bulan Januari-Februari-->kongsi raya la katakan). Jadi, semestinya saya sedang bersekolah. My mom is a teacher. So, waktu rehat, saya akan ke bilik guru untuk makan. nyum3. Suatu hari, my mom suruh saya makan kat ceruk bilik guru tu. And I ask why? My mom said, jangan makan kat depan cikgu-cikgu Islam, mereka sedang puasa. Saya tanya, apa itu puasa. Jawapan my mom, "puasa = tak makan". Seriously, sampai saya tahun 6, saya menganggap bila umat Islam berpuasa, mereka tidak akan makan selama sebulan. And I'm wondering why, ada ke orang yang tahan tak makan selama sebulan? Dan saya dapat jawapan setelah saya masuk ke sekolah asrama dimana buat pertama kalinya saya tahu tentang istilah "buka puasa". phewww...dan istilah itu telah menjawab segala persoalan saya yang sudah terlalu lama di dalam fikiran saya. haha. Rupanya, Muslims cuma puasa dari start waktu Subuh sampai Maghrib. (kawan2 sila betulkan saya kalau saya salah). And my problems solved! =)
Itu cerita tentang pengertian puasa. Tapi, macam mana dengan pengalaman berpuasa? Seriously, dalam hidup saya, saya memang tak pernah terfikir untuk berpuasa. End of 2007, saya diterima ke UiTM Perlis. Disana memang totally orang Islam lah. Ramadhan fall in the end of my second semester. Waktu itu saya fikirkan ada je dining buka siang hari. Biasa la, first time belajar kat Tanah Malaya. Kalau di Sarawak, sudah tentulah banyak kedai cina yang bukak. Di Perlis takde kedai cina. Kalau ada pun, kat Kangar dan Kangar memang jauh dari Arau. Jadi, saya terpaksa berpuasa! urghhh! For the first time saya merasa pengalaman berpuasa, memang saya jadi tak tentu arah. Saya demam, saya penat. Memang hidup tunggang langgang. Nak bawa air ke kelas pun serba salah. Pheww...Tapi bila dah seminggu saya mengikut lifestyle kawan-kawan yang lain, rasa janggal tu mula hilang. So selama 3 tahun saya di Arau, pengalamana berpuasa memang satu pengalaman yang saya tidak akan lupakan. I had so much fun you know! Memang best! Especially time round2 baazar Ramadhan di dalam kampus. Memang rambang mata. Rasa nak makan semua makanan yang dijual. So, juadah berbuka yang paling saya suka adalah:
Yang saya selalu beli kat Arau dulu, kaler dia kaler kuning. Memang sedap!! hari tu saya try cari di Miri, takde la pulak... =(
2. Nasi Kerabu
Next is Nasi Kerabu. I know this dish from my Kelantanese best friends, Syikin and Wani. Seriously dulu bila I tgk nasi ni, memang I tanak makan sebab the colour is BLUE. Tapi bila I try beli, (I give my chance a try), perghh....hingga menjilat jari, I habaq kat you! haha...So, maghi la tra make nasi kerabu nehs. Sodap. Molek dehs!
3. Badak Berendam
This is my favourite dish! My aunt cakap ni bubur taik rusa. haha. My late great grandmother, whom I called inek tuai, memang suka makan ni. I never know nama dish ni badak berendam. Dish ni banyak variety. Ada yang pulut je, ada yang berinti di dalam. And guess what, saya pernah membeli badak berendam dengan harga RM 2 sebungkus dan dalam tu cuma ada 3 bijik badak berendam je!! Yang ada inti kacang hijau! Hati sangat sebal sekali. huhu..dah la tak sedap! And saya tak beli dah kat tempat tu!
4. Somtam
Somtam ni salad orang Thailand. Biasa la, dah namanya tinggal di Arau, memang la banyak pengaruh Thailand, ye dop? My friend, Dilla, introduced somtam to me. Memang sedap. Especially untuk orang-orang yang sukakan makanan yang pedas dan masam. Somtam ada banyak variety jugak. Ada mangga, ada betik muda. Bagi saya, saya lebih prefer mangga la. tapi susah sikit la nak jumpa. Mangga kan ada musim. So, betik pun boleh lah! hehe. Kalau anda cuti di Perlis, make sure somtam is one of your 'must try' list. ok?
5. Azra soya
Orang Perlis SEMESTINYA kenal AZRA SOYA! yeay! Soya yang paling famous di Perlis. Dan yang paling penting, soya Azra ni memang fresh, 100% home made dan SEDAP!! Sampai sekarang ni saya tak kan lupakan rasa soya Azra ni. Memang tip top! Tau fu fa dia pun sedap. Saya suka yang campur dengan gula melaka. Memang power. Tapi sekarang ni dah tak boleh beli dah sebab dah tak belajar di Arau. Kalau korang nak tahu apa yang best di Perlis, yang best tentang Perlis is makanan Perlis yang sedap dan murah. jauh lebih murah dari tempat lain.
6. Dadih
Last but not least, Dadih. Dadih adalah dessert yang paling famous and "must buy" bagi saya. di UiTM, ada banyak jenis dadih. Ada macam-macam perasa. Tapi yang paling saya suka adalah perasa strawberry dan ori. Ada satu gerai tu, dadih dia memang sedap. Maybe dia gunakan susu segar kot. Err, I'm not sure, sebab saya tak tahu pulah macam mana nak buat dadih. Tapi rasa dadih yang saya suka ni memang ada rasa susu segar. Apa ramuannya? Hanya kakak tu je yang tahu. hehe.
Okay, saya share 6 makanan je lah ye. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi juadah yang biasa-biasa saja. Seperti lauk pauk dan nasi-nasi yang biasa anda jumpa di mana-mana. Cuma rasa je berbeza.
konklusi : bila tima je bulan Ramadhan, nafsu makan membuak-buak dan ada je makanan yang di idamkan. Sebijik macam perangai ibu mengandung!
love and hate,
♥arabella♥
No comments:
Post a Comment