Pagi itu Adrian mengajak Hafizi untuk melawat-lawat di sekitar Banda Acheh. Banda Acheh terlalu jauh dari bandar-bandar popular di Indonesia contohnya Bandung dan Bali.Jadi Adrian berhasrat untuk berjalan di sekitar Banda Aceh sahaja. Tambahan pula Hafizi seperti tidak berminat untuk berjalan jauh. Pagi tadi ketika Adrian mengajaknya keluar, Hafizi seperti terpaksa saja. tapi Adrian tetap juga memaksa Hafizi. Takut pula jika Hafizi melakukan sesuatu di luar dugaannya jika Hafizi ditinggalkan sendirian di hotel.
Adrian mengajak Hafizi pergi ke Danau Laut Tawar. Danau Laut Tawar merupakan danau terluas yang berada di provinsi Nanggroe Aceh Darussalam (NAD) dengan luas 5.817 hektar. Ini kerana danau ini berada ditengah-tengah pergunungan, maka suhu udara disekitar danau ini sangat sejuk kerana berada di ketinggian 1.120 meter diatas permukaan air laut dengan suhu udara mencapai 20 darjah celcius.
Adrian menyewa sebuah kereta tempatan Indonesia sebagai pengangkutan mereka ke danau itu. Adrian memilih untuk memandu sendiri kerana dia inginkan privasi. Pihak hotel ada juga menawarkan perkhidmatan pemandu pelancong kepadanya, tetapi dia inginkan kebebasan bila berjalan nanti. Kalau menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong, nanti terikat dengan masa katanya.
Adrian memandu dengan penuh cermat. Kereta yang disewanya itu lengkap dengan peralatan GPS, jadi dengan senang sahaja dia mengetahui jalan mana yang harus dilaluinya. Hafizi hanya duduk diam di sebelahnya. Adrian terasa pelik. Tidak pernah Hafizi seperti itu. Selalunya sahabat baiknya itu banyak mulut.
"Fizi!Kau ni kenapa? Aku tengok pelik je perangai kau dua tiga hari ni. Cuak aku", Adrian mencelah kesunyian. Matanya masih tertumpu kepada pemanduannya. Sekali sekala dia mengerling ke arah Hafizi.
"Tak ada la bos. Okay saja.", Jawab Hafizi. Ringkas. Mulutnya mengukir senyuman. Dia berpura-pura menekan butang-butang di handphonenya.
"Kau jangan nak kencing aku la Fizi. Aku tau kau ada masalah ni. Cuba kau cerita kat aku apa masalah kau. Kenapa kau jadi macam ni.", Tanya Adrian lagi.
"Entah lah. Aku macam dapat rasa ada sesuatu yang akan berlaku pada aku lah. Aku cuba nak teka, tapi ye la kan, itu semua urusan Tuhan", Hafizi menjawab. Matanya masih lagi tertumpu pada skrin handphone.
"Ish, kau ni. Jangan cakap benda pelik boleh tak. Kau ni, buat aku takut la. Dah la kita ni kat tempat orang. Agak-agak la nak bermulut puaka pun Fizi oii!", Adrian cuba bergurau. Mulutnya dijuihkan. Akhirnya dia ketawa. Hafizi pun ketawa.
"Ha, macam tu la bro!", Kata Adrian sambil menepuk-nepuk bahu Hafizi.
Perjalanan ke Danau Air Tawar mengambil masa kira-kira satu jam setengah. Dan akhirnya mererka sampai di tempat yang dituju. Ramai pelancong-pelancong asing yang berada di situ. Orang tempatan pun ada. Adrian keluar dari kereta dan segera menggeliat. Badannya lenguh.
"Aishh, penat giler!", Jerit Adrian.
Hafizi pun turut keluar dari kereta. Dia tersenyum melihat gelagat Adrian.
"Hah, kenapa kau gelak? Kau ni memang tak bertimbang rasa betul la Fizi. Sanggup kau biarkan aku yang drive. Huh!", Rungut Adrian.
"Kalau kau nak sesat, boleh la aku tolong drive", Jawab Hafizi.
"Apa nak sesat, GPS kan ada. Apa la kau ni.", Adrian menunjukkan telapak tangannya ke arah Hafizi. Gaya seperti 'macha' lah kiranya.
Adrian dan Hafizi berjalan-jalan di sekitar danau itu. Mereka tidak dibenarkan mandi atau berenang di situ di atas faktor-faktor keselamatan.
Setelah berehat dan menenangkan fikiran, dan juga setelah selesai solat Asar, Adrian mengajak Hafizi untuk pulang. Takut pulak hatinya untuk drive malam-malam. Lebih-lebih lagi di tempat yang terpencil seperti itu. Nanti jika terjadi apa-apa, susah juga. Lagipun langit menunjukkan tanda-tanda mahu hujan.
Adrian memandu seperti biasa. Hafizi masih berkeras untuk tidak memandu. Tiba-tiba perut Adrian terasa lapar. Tadi mereka hanya makan makanan ringan yang di sediakan di gerai-gerai di danau itu.
"Fizi, aku lapar la. Kau tak lapar ke?", Tanya Adrian.
Hafizi menggelengkan kepalanya. "Aku tak lapar lagi. Tapi kalau kau nak makan, kita boleh singgah di mana-mana gerai berdekatan. Kalau tak silap aku, tadi pemandu pelancong tu ada cakap, sekitar-sekitar sini ada banyak gerai makan. Kalau kau nak, singgah lah", Hafizi teringat perbualannya dengan seorang pemandu pelancong yang ditemuinya di danau tadi.
Adrian mengangguk. "Nak singgah kedai mana ni?", Tanya Adrian lagi.
"Ha, tu macam ada gerai. Parking tepi jalan je lah", Cadang Hafizi. Adrian segera berhenti di tepi jalan.
Adrian memesan makanan tradisional Indonesia. Tapi cuma dia sahaja yang makan. Hafizi hanya minum air kosong.
"Weh, tolong la aku habiskan ni. Kok ye pun kau nak diet, berpada-pada la sikit bro. Badan sekeping macam ni takkan nak diet kot", Adrian merungut. Makanan yang dipesannya memang banyak tapi semua tidak mampu dihabiskannya kerana terlalu pedas. Adrian memang tidak tahan dengan makanan yang pedas-pedas.
"Ha, meh la pinggan. Eiii, order banyak, tapi makan seciput aje. Membazir betul.", Giliran Hafizi pula merungut. Adrian hanya tersengih-sengih. Dia tahu salahnya. Dia mencedok nasi ke dalam pinggan Hafizi. Hafizi makan dengan penuh selera. Adrian hanya memerhatikan tingkah laku Hafizi.
"Perghh kawan, kau tahan pedas-pedas macam ni?", Adrian seakan-akan terkejut. Hafizi berlagak seperti biasa saja bila menyuap makanan-makanan itu.
"Kau ni nama je kawan baik. Kononnya kenal ngan aku tahap kaw kaw punya. Ni pedas biasa je bagi aku. Aku dah biasa makan makanan pedas macam ni", Jelas Hafizi.
"A'aa lah, kau ni orang Negeri. Puihh..macam la aku lupa sangat kau ni orang mana. Saja nak try test.", Adrian menepuk dahinya. Dia terlupa yang Hafizi berasal dari Negeri Sembilan. Dia ketawa dengan keletahnya. Dia terasa ingin terlejir lidah bila melihat Hafizi dengan selamba menyuap sambal cili yang ada di dalam mangkuk.
Setelah selesai membayar semua makanan, Adrian dan Hafizi pun melangkah menuju kereta sewa yang tersadai di seberang jalan.
Sepanjang perjalanan mereka rancak berbual. Hafizi lebih banyak bercakap berbanding siang tadi. Hati Adrian gembira. Entah apa yang melanda hari kawannya siang tadi. Nak bercakap pun payah.
Sedang mereka rancak berbual, Hafizi bertanya kepada Adrian, "Addy, mengenai pertanyaan aku semalam tu, kau serius ke dengan jawapan kau tu?"
Adrian tersentak. Tapi dia cuba menyembunyikan rasa terkejutnya.
"Apa yang aku jawab? ", Adrian cuba memutarbalikkan cerita.
"Kau jawab kau akan jaga Azalea", Tutur Hafizi.
"Kau dengar aku jawab macam tu?", tanya Adrian lagi. Hafizi menganggukkan kepalanya.
"Hah, kalau kau dengar macam tu, macam tu lah jawapannya", Adrian menjawab dengan malas. Dia terasa berat hati untuk berbicara dengan lebih lanjut lagi dengan Hafizi. Nanti lebih banyak lagi soalan pelik dari mulut Hafizi.
"Aku nak dengar jawapan kau sekali lagi", Hafizi seperti memaksa.
Adrian mula menjadi gundah. Tumpuannya terganggu, tidak lagi pada pemanduannya.
"Fizi, boleh tak kalau kau jangan tanya benda mengarut macam ni? Kau ni ada masalah ke apa?", Suara Adrian mula meninggi. Dia rimas dengan soalan Hafizi.
"Aku cuma nak kau jaga Azalea bila aku dah tak ada nanti", Tutur kata Hafizi lembut tapi penuh paksaan.
"Kau ni dah hilang akal ke apa bro. Cuba kau bayangkan, Azalea kau tu manusia tau tak. Bukan anak ayam, anak kambing yang kau boleh bagi kat orang lain. Kalau pun kau dah tak ada, Azalea bukannya nak pun aku yang jaga dia. Aku tak kenal siapa Azalea, aku tak tahu amcam mana rupa dia, dan dia pun tak kenal aku. Kau boleh tak berfikir secara waras sedikit?", Adrian mula bengang. Suaranya ditahan-tahan agar tidak meletup dengan lebih kuat lagi.
Hafizi memandang wajah Adrian. "Kau kenal siapa Azalea. Sebab itu aku nak kau yang jaga dia bila aku dah tak ada nanti!", Hafizi tiba-tiba meninggikan suaranya. Dia memaut lengan Adrian. Adrian mula rasa terganggu. Lengan kirinya dipaut oleh Hafizi. Dia tidak dapan memegang stering kereta dengan betul.
"Tolong lah aku Addy. Aku rasa hidup aku tak lama. Kau tolong lah aku", Hafizi masih lagi memaut lengan Hafizi.
"Fizi! Jangan la buat macam ni. Aku tengah drive ni!", Suara Adrian menjadi semakin tinggi.
"Fizi, sekali lagi aku cakap, sudah la wei!!", Adrian mula hilang sabar. Pautan tangan Hafizi terasa semakin kuat. Ada kalanya stering yang dipegangnya tersasar dari landasan arah pemanduannya.
"Aku nak kau jawab dulu pertanyaan aku!", Bentak Hafizi.
"Aku cakap aku tak nak jawab, aku tak nak jawab! Kau faham!", Kini giliran Adrian pula membentak. Adrian menekan injap minyak dengan kuat. Hujan yang lebat telah menyebabkan jalan raya menjadi licin. Adrian tidak dapat mengawal kereta. Kereta mereka menjadi terumbang ambing. Tambah-tambah lagi lampu kereta dari arah yang bertentangan memancar dengan kuat dan Adrian menjadi silau. Dia tidak dapat mengawal arah tuju kereta yang dipandunya. Bang! Bunyi kuat kedengaran. Kereta yang dipandu Adrian berlanggar dengan kereta yang dari arah bertentangan.
Hafizi memandang wajah Adrian. "Kau kenal siapa Azalea. Sebab itu aku nak kau yang jaga dia bila aku dah tak ada nanti!", Hafizi tiba-tiba meninggikan suaranya. Dia memaut lengan Adrian. Adrian mula rasa terganggu. Lengan kirinya dipaut oleh Hafizi. Dia tidak dapan memegang stering kereta dengan betul.
"Tolong lah aku Addy. Aku rasa hidup aku tak lama. Kau tolong lah aku", Hafizi masih lagi memaut lengan Hafizi.
"Fizi! Jangan la buat macam ni. Aku tengah drive ni!", Suara Adrian menjadi semakin tinggi.
"Fizi, sekali lagi aku cakap, sudah la wei!!", Adrian mula hilang sabar. Pautan tangan Hafizi terasa semakin kuat. Ada kalanya stering yang dipegangnya tersasar dari landasan arah pemanduannya.
"Aku nak kau jawab dulu pertanyaan aku!", Bentak Hafizi.
"Aku cakap aku tak nak jawab, aku tak nak jawab! Kau faham!", Kini giliran Adrian pula membentak. Adrian menekan injap minyak dengan kuat. Hujan yang lebat telah menyebabkan jalan raya menjadi licin. Adrian tidak dapat mengawal kereta. Kereta mereka menjadi terumbang ambing. Tambah-tambah lagi lampu kereta dari arah yang bertentangan memancar dengan kuat dan Adrian menjadi silau. Dia tidak dapat mengawal arah tuju kereta yang dipandunya. Bang! Bunyi kuat kedengaran. Kereta yang dipandu Adrian berlanggar dengan kereta yang dari arah bertentangan.
* * * * *
Tuan Firdaus, Puan Melissa, dan Fezra berlari-lari anak. Tuan Firdaus mendapat panggilan dari Rumah Sakit Banda Aceh. Betapa terkejutnya dia mendengar berita Adrian kemalangan. Puan Melissa tidak mampu menahan air matanya. Dia menangis di sepanjang perjalanan ke Banda Aceh. Setelah mendapat panggilan dari pihak rumah sakit, mereka anak beranak terus bergegas menempah tiket flight kelas pertama ke Banda Aceh.
"Nurse, saya Tuan Firdaus, dari Malaysia. Malam tadi saya mendapat panggilan dari rumah sakit ini tentang anak saya. Dia kemalangan kereta.", Kata Tuan Firdaus kepada jururawat yang berada di kaunter.
"Oh, pria yang kemalangan itu ya pak. Sebentar ya. Saya lihat di daftar pesakit dahulu", Jawab jururawat tersebut.
"Namanya Pak Tuan Firas Adrian binti Tuan Firdaus sama Pak Hafizi Rashid. Mereka dirawat di unit kecemasan di sebelah kanan sana pak", Kata nurse itu sambil menunjukkan arah yang harus dituju oleh mereka.
"Baiklah, terima kasih", ucap Tuan Firdaus.
Sesampainya di unit kecemasan, Fezra terus mendapatkan doktor yang bertugas di situ.
"Saya Doktor Fezra dari Malaysia. Sebentar tadi adik saya dimasukkan ke hospital ini. Kemalangan jalan raya", Kata Fezra.
Doktor yang bercermin mata itu menjawab, "Oh, saya yang sedang merawat pesakit itu."
"Can I see him?", Pinta Fezra. "I'm a doctor. An authorized doctor from Russia", tambah Fezra lagi apabila melihat doktor lelaki itu kelihatan ragu-ragu. Dia menunjukkan kadnya.
"Ayuh, silakan."
Puan Melissa masih lagi menangis teresak-esak. Tuan Firdaus cuba menenangkan isterinya. Dia tahu betapa rapatnya Adrian dengan isterinya. Dia juga merasa sedih. Adrian adalah satu-satunya anak lelakinya dan Adrian adalah waris yang akan mengambil alih perusahaannya.
Fezra tidah mampu menahan air mata sebaik sahaja melihat keadaan Adrian. Saluran pernafasan berada di kedua-dua lubang hidung Adrian. Luka berada dimana-mana. Adiknya itu masih bergantung kepada life support machine.
"Ini adik anda. Disebelahnya itu adalah kawannya. Adik anda masih dalam tahap kritikal. Dadanya terhentak kuat pada stering mobil. Itu membuatkan ada sebahagian jantungnya kurang berfungsi dengan baik. Injap jantungnya juga tidak mampu menahan tekanan kuat pada darah. Jika dia masih belum mampu sedarkan diri, dia akan cuma hidup bergantung pada mesin itu", Terang doktor muda itu kepada Fezra.
"Apa tidak ada jalan lain doc?", Fazra tidak mahu berputus ada. Bagi doktor sepertinya, perkataan putus asa itu tidak wujud dalam kamus hidupnya.
"Ada. Jalannya cuma satu", doktor muda itu menunjukkan jari telunjuknya ke arah Fezra.
"Apa dia doc?", Tanya Fezra.
"Permindahan jantung."
"Apa?!!", Fezra terkejut.
"Ya, permindahan jantung. Adik anda memerlukan jantung yang baru untuk terus hidup seperti biasa. Tapi pada saat ini, kita tidak mempunyai penderma jantung.", Doktor muda itu menerangkan satu persatu kepada Fezra.
Fezra tidak mampu menahan air matanya. Adrian harus terus hidup. Adrian harus hidup. Dia tidak mampu untuk membayangkan betapa hancurnya hati papa dan mamanya jika Adrian meninggalkan mereka semua. Adrian adalah harapan papanya dan Adrian adalah permata hati mamanya.
Fezra mengalih pandangan ke arah Hafizi.
"Hafizi macam mana doc? Dia juga baik baik saja kan?", tanya Fezra.
Doktor muda itu menggelengkan kepalanya. "Dia cedera teruk di bahagian kepalanya. Darahnya banyak hang hilang. Nasibnya mungkin berbeda dari adik anda. Jika tiada tindak balas dari beliau dalam masa terdekat ini, kita mungkin akan kehilangannya",jawab doktor itu.
Fezra meraung. Dia kenal dengan Hafizi. Hafizi sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Mereka tidak harus kehilangan Hafizi juga.
"Oh ya, apa dia tidak punya keluarga? Kami mencari nombor yang patut dihubungi, tapi tidak berhasil", Kata doktor Indonesia itu.
Fezra menggelengkan kepalanya. "Hafizi anak yatim piatu. Orang tuanya meninggal berberapa tahun lepas. Dia anak tunggal." Jawab Fezra.
"Kalau begitu saya pamit dulu", Doktor itu berlalu keluar meninggalkan Fezra di wad kecemasan itu.
Fezra melangkah menuju ke katil Adrian. Digenggamnya jari jemari Adrian. Kaku. Sejuk.
"Addy, ni kakak dik. Addy harus kuat. Addy harus kuat", Fezra cuba memberi semangat kepada Adrian. Dia memohon agar Adrian mendengar suaranya. Fezra juga memandang Hafizi. Nafas Hafizi tersekat-sekat.
"Fizi, kak harap kau kuat.", Kata Fezra. Namun Hafizi tetap membisu.
Fezra keluar dari wad kecemasan. Puan Melissa segera meluru kearahnya.
"Fezra, macam mana adik kamu? Macam mana Addy? Macam mana Hafizi? Macam mana mereka? Fezra, jawablah. Jangan menangis macam ni!", Puan Melissa bertanya bertalu-talu. Badan Fezra digoncangnya kuat. Tuan Firdaus juga bertanyakan soalan yang sama.
"Pa, ma, ", Fezra menjawab dengan nafas yang tersekat-sekat.
"Jawab Fezra. Jawab", Pinta Tuan Firdaus.
"Addy parah pa. Jantungnya tidak mampu berfungsi dengan baik. Sekarang ini dia bergantung pada life support machine. Jika tiada penderma jantung, kita mungkin akan kehilangan dia.", dengan sendu Fezra menuturkan kata-kata yang akan melukakan hati orang tuanya.
"Addy!", Puan Melissa menjerit dan terus melulu ke dalam wad.
"Hafizi?", tanya Tuan Adrian.
"Hafizi cedera teruk. Dia banyak kehilangan darah. Kita kena tunggu tindak balas darinya dalam masa terdekat. Jika tidak...", Kata-kata Fezra terhenti disitu. Dia memeluk papanya.
"Fezra tidak mahu kita kehilangan kedua-duanya pa!", Fezra menghamburkan kata-katanya berserta dengan tangisan yang kuat. Tuan Firdaus tersentap. Adrian anaknya memerlukan jantung. Hafizi, pekerja kesayangannya dan juga telah dianggapnya sebagai anak itu juga kritikal.
* * * * *
Di Malaysia.
Azalea melirik ke arah handphonenya. Sudah dua hati Hafizi tidak menghubunginya. Nombor Hafizi didailnya buat kesekian kalinya. Tapi tidak berjawab. Semuanya masuk ke voice mail. Azalea mundar mandir di ruang tamu. Rancangan tv tidak dipedulikannya.
Puan Aida dari tadi melihat tingkah laku Azalea. Diperhatikannya sejak dua hari ini Azalea tidak seceria seperti selalu. Makan pun kadang-kadang tidak. Penghantaran bunga juga selalu salah. Lihat saja pagi tadi, bunga yang sepatutnya di hantar ke Syarikat Alaf 21 tiba-tiba salah dihantarnya ke Kilang Gardenia, Shah Alam. Setahunya, Azalea tidak pernah berkelakuan begini. Apatah lagi silap menghantar pesanan bunga.
Puan Aida duduk di sofa. Dia menarik tangan Azalea. Azalea yang sedang mundar mandir itu tersentak. Dia menurut ibunya.
"Ibu lihat, Lea macam runsing aje dua hari ni. Ada apa masalah Lea?", Puan Aida bertanya lembut. Wajah buah hatinya itu ditatap. Anak mata coklat milik Azalea ditatapnya. Mengingatkannya dengan arwah suaminya.
"Fizi ibu, dia tak call Lea pun dua hari ni. Lea call, dia tak angkat. Semuanya voice mail. Lea risau la ibu", Azalea menyarakan apa yang terbuku di dalam hatinya. Pada ketika ini dia amat memerlukan seseorang untuk berbicara. Dan seseorang itu tentulah ibunya, Puan Aida.
"Mungkin dia sibuk agaknya. Biasalah kan, meeting. Meeting penting pulak tu. Mungkin dia tak sempat nak call Lea." Puan Aida cuba untuk menenangkan Azalea.
"Tak kan la meeting sampai 24 jam ibu. Lea pun sibuk juga. Tapi ada gak masa untuk Lea call dia. Ni Lea dah call, tapi voice mail. Apa kes?", Azalea menghempaskan handphonenya ke atas sofa. Dia menarik bantal kecil dan menggentel hujung bantal itu.
"Lea sayang, tak balik tau hempas-hempas barang macam tu. Sabar lah Lea. Mungkin Fizi betul-betul sibuk. Ataupun handphone dia habis bateri. Ha, Lea cakap dia pergi dengan anak bos dia kan? Kenapa Lea tak tanya aje kat anak bos dia?", cadang Puan Aida.
"Mana la Lea tahu nombor telefon bos dia ibu. Ibu ni, cuba la bagi idea yang munasabah sikit", Lea memuncungkan mulutnya.
"Amboih muncung. Sedepa! Ala, kan ke hari-hari Lea pergi hantar pesanan bunga ke pejabat Fizi. Lea cuba la tanya orang-orang di sana tu ha", Puan Aida menarik mulut Azalea dengan jarinya.
"Apa ibu ni! Kang muncung mulut Lea kang", Azalea merengek. Tangan ibunya ditepis lembut. Dia melabuhkan kepalanya ke atas peha ibunya. Puan Aida mengusap rambut Azalea. Kasih sayang Puan Aida terserlah.
"Esok lah Lea tanya", Jawab Azalea.
Cadangnya, esok awal-awal pagi dia akan menghantar pesanan bunga Dana Corporation. Dia akan bertanya pada pekerja-pekerja di pejabat itu.
* * * *
Keesokkan paginya Azalea bersiap awal daripada biasa. Tujuannya hanya satu. Dia ingin menghantar pesanan bunga oleh Dana Corporation. Dengan cara itu dia akan berpeluang untul bertanya tentang khabar Hafizi. Pastinya pekerja-pekerja di syarikat itu akan tahu khabar Hafizi.
Sesampainya di kedai bunga, Azalea terus mendapatkan Maria yang sedang menggubah bunga di belakang kedai.
"Kak Mar, mana pesanan bunga untuk Dana Corporation? Lea nak hantar dah ni. ", Tanya Azalea.
"Eh, awalnya Lea nak pergi hantar bunga. Sekarang baru pukul 8 dik oii. Pejabat buka pukul 8.30 pagi. Nanti pukul pagi Azalea pergi la hantar bunga tu.", Jawab Maria. Dia beras hairan apabila Azalea ingin menghantar bunga untuk Dana Corporation dengan segera pada pagi itu. Biasanya Azalea akan melengah-lengahkan masa untuk menghantar pesanan dari syarikat gergasi itu kerana jarak yang jauh dari Aida Florist.
"Lea nak hantar awal la kak.", Jawab Azalea. Dia tidak punya alasan lain untuk menghantar bunga itu dengan cepat. Tambah-tambah lagi dia memang tidak berapa suka untuk menghantar pesanan bunga Dana Corporation kerana dia mengambil masa selama lebih kurang 30 minit untuk sampai ke syarikat itu. Kalau waktu traffic jam lagi la lama.
"Kenapa Lea? Selalunya Lea malas nak hantar bunga ke sana. Kenapa pulak hari ni Lea rajin semacam je?", tanya Maria kehairanan.
Azalea tidak mampu untuk menyembunyikan keresahannya. Dia sedar jika dia menyimpan segala resah di dalam hatinya, dia akan gagal. Ini kerana Maria memang sentiasa dapat membaca riak wajahnya. Azalea bukan sahaja selalu berkongsi cerita dengan Puan Aida, tetapi dengan Maria juga. Dia sendiri sudah menganggap Maria sebagai kakaknya.
Azalea melabuhkkan punggungnya di sebelah Maria. Maria berhenti menggubah bunga untuk seketika. Dia tahu Azalea lagi punya masalah. Dia bersedia untuk menjadi pendengar yang setia.
"Lea ada masalah kan? Kak Mar tau Lea ada masalah. Kak Mar tengok Lea macam tak ada mood je beberapa hari ni.", Maria memulakan bicara. Tangannya masih lagi memegang gunting bunga.
Azalea meraup mukanya. Dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara. Fikirannya serabut. Semuanya kerana Hafizi.
"Lea fikirkan Fizi kak. Dah dua hari dia tak call Lea. Selalunya kalau dia outstation macam ni dia akan call Lea. paling tidak pun sekali sehari. ", Kata Azalea. Dia membelek-belek gubahan bunga yang terletak di atas meja.
"Lea dah try call dia pulak?", Tanya Maria.
"Dah berpuluh kali Kak, tapi semuanya masuk ke voice mail. Lea dah tak tahu macam mana nak contact dia. Lea nak contact hotel dia menginap, tapi Fizi tak bagitahu pulak dimana dia tinggal. Lea tak tahu apa nombor telefon bos dia. Sebab tu la Lea nak cepat-cepat hantar bunga untuk Dana Corporation tu. Kalau boleh, Lea nak tanya pekerja-pekerja syarikat Fizi. Dorang mesti tahu.", Ujar Azalea. Dia memandang Maria. Maria mengangguk-angguk faham. Barulah dia tahu kenapa Azalea runsing.
"Owh, patutlah Lea cepat-cepat nak hantar bunga. Nah, Lea pergi lah. Ni bunga semua dah siap. Meh la Kak Mar tolong angkat bunga ni semua.", Jawab Maria. Dia lekas bangun dan mengangkat bunga yang sudah siap digubah.
Azalea tersenyum pahit. Memang sukar baginya untuk bergembira selagi dia tidak tahu keadaan Hafizi. Azalea masuk ke dalam pejabat Puan Aida dan meminta izin pada ibunya untuk pergi.
"Lea ada masalah kan? Kak Mar tau Lea ada masalah. Kak Mar tengok Lea macam tak ada mood je beberapa hari ni.", Maria memulakan bicara. Tangannya masih lagi memegang gunting bunga.
Azalea meraup mukanya. Dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara. Fikirannya serabut. Semuanya kerana Hafizi.
"Lea fikirkan Fizi kak. Dah dua hari dia tak call Lea. Selalunya kalau dia outstation macam ni dia akan call Lea. paling tidak pun sekali sehari. ", Kata Azalea. Dia membelek-belek gubahan bunga yang terletak di atas meja.
"Lea dah try call dia pulak?", Tanya Maria.
"Dah berpuluh kali Kak, tapi semuanya masuk ke voice mail. Lea dah tak tahu macam mana nak contact dia. Lea nak contact hotel dia menginap, tapi Fizi tak bagitahu pulak dimana dia tinggal. Lea tak tahu apa nombor telefon bos dia. Sebab tu la Lea nak cepat-cepat hantar bunga untuk Dana Corporation tu. Kalau boleh, Lea nak tanya pekerja-pekerja syarikat Fizi. Dorang mesti tahu.", Ujar Azalea. Dia memandang Maria. Maria mengangguk-angguk faham. Barulah dia tahu kenapa Azalea runsing.
"Owh, patutlah Lea cepat-cepat nak hantar bunga. Nah, Lea pergi lah. Ni bunga semua dah siap. Meh la Kak Mar tolong angkat bunga ni semua.", Jawab Maria. Dia lekas bangun dan mengangkat bunga yang sudah siap digubah.
Azalea tersenyum pahit. Memang sukar baginya untuk bergembira selagi dia tidak tahu keadaan Hafizi. Azalea masuk ke dalam pejabat Puan Aida dan meminta izin pada ibunya untuk pergi.
* * * *
Setibanya di lobi Dana Corporation, Azalea seperti biasa terus bertanya kepada penyambut tetamu yang berada di kaunter. Sepuluh minit kemudian, beberapa office boy Dana Corporation datang untuk mengangkat gubahan-gubahan bunga yang berada di dalam kereta Azalea.
Tak lama kemudian, setiausaha Tuan Firdaus datang untuk memberi cek bayaran kepada Azalea.
"Cik Azalea, ni cek bayaran untuk bulan ni.", Kata Maya.
"Terima kasih Cik Maya.", Jawab Azalea. Matanya melilau ke dalam pejabat.
"Ada apa-apa lagi Cik Azalea?", Tanya Maya bila melihat mata Azalea seperti tercari-cari seseorang.
"Tuan Firdaus mana eh? Saya tak nampak pun. Selalunya dia yang datang untuk melihat gubahan bunga ini.", kata Azalea. Sekadar berbahasa basi. Matlamat utamanya adalah untuk bertanyakan Hafizi.
"Tuan Firdaus tak ada hari ni. Semalam dia dan isterinya dan juga anak sulungnya ada emergency flight ke Banda Acheh.", Jawab Maya.
"Hah? Emergency flight? Ke Banda Acheh?", Azalea menjawab. Ada kejutan di hujung suaranya. Hatinya mulai merasa tidak enak.
"Ya Cik Azalea. Family matter. Ok lah, saya nak masuk dalam. Terima kasih. Bunga tu semuanya cantik", Kata Maya lalu berlalu pergi.
"Cik Maya!", Jerit Azalea. Dia harus bertanya apa yang berlaku pada keluarga Tuan Firdaus. Kemungkinan besar semuanya ada berkaitan dengan Hafizi.
Maya menoleh ke belakang. Dia melihat Azalea berlari-lari anak ke arahnya.
"Cik Maya, saya nak tahu apa sebab Tuan Firdaus ke Banda Acheh. ", Pinta Azalea.
"Maaf cik. It's a family matter. Personal. ", Jawab Maya.
"Cik Maya, tolong lah. Saya perlu tahu.", Rayu Azalea. Dia memaut jari Maya. Meminta pengertian Maya.
Maya tersenyum. "Maaf cik, ini betul-betul peribadi.", Maya masih bertegas untuk menyimpan hal sebenar. Baginya, apa sahaja personal matters Tuan Firdaus adalah tanggungjawab dia untuk menyimpannya. Lagipun, semalam Tuan Firdaus menghubunginya mengenai kejadian yang menimpa Adrian di Banda Acheh dan Tuan Firdaus sendiri memintanya untuk merahsiakan hal ini.
"Hafizi, Hafizi Rashid. Dia kekasih saya. Dah dua hari saya call, tapi tak berjawab. Saya takut kalau ada apa-apa yang tak elok berlaku padanya. Dan sebentar tadi Cik Maya mengatakan Tuan Firdaus dan keluarganya ada emergency flight ke Banda Acheh. Tolong la bagitahu saya Cik Maya", Rayu Azalea lagi.
Belum sempat Maya menjawab permintaan Azalea, kedengaran satu suara memanggil Maya.
"Maya, are you there?", Jerit satu suara dari dalam pejabat. Tidak lama kemudian sesusuk tubuh muncul di hadapan Maya dan Azalea.
"Maya, saya nak tengok fail project ini. Tolong check untuk saya whether it is available or not. And who's this?", Tanya Sarah. Dia melihat Azalea masih lagi memaut lengan Maya.
"Maaf ya Cik Sarah. Cik Azalea, ini Cik Sarah, anak bongsu Tuan Firdaus. Saya rasa elok Cik Azalea bertanya kepada Cik Sarah.", Maya melepaskan pautan Azaela dan masuk ke dalam pejabat semula.
"Ada apa cik?", Tanya Sarah.
"Saya Azalea. Saya nak tanya kenapa Tuan Firdaus ke Banda Acheh. Tadi saya diberitahu oleh Cik Maya yang Tuan Firdaus ada emergency flight ke Banda Acheh semalam.", Jelas Azalea.
Sarah tersenyum. Selama ini dia cuma mendengar nama Azalea dari mulut papanya. Dia tahu Azalea adalah pembekal gubahan bunga untuk syarikat papanya.
"Kenapa Cik Azalea nak tahu ye? Cik ada hubungan apa dengan ayah saya?", Tanya Sarah. Sinis sekali suaranya.
"Saya tidak ada hubungan apa-apa dengan Tuan Firdaus. Tapi Hafizi Rashid, arkitek yang pergi ke Indonesia bersama anak Tuan Firdaus itu adalah kekasih saya. Saya call banyak kali tapi tak berjawab. Please tell me what had happen. Please. I beg on you. ", Kali ini Azalea merayu kepada Sarah. Dia tidak peduli apa pandangan Sarah terhadapnya. Dia harus tahu apa yang telah berlaku.
Sarah tersentak. Dia sudah salah faham terhadap Azalea. Perlahan-lahan dia meraih tangan Azalea. Azalea memandang Sarah dengan penuh tanda tanya.
"Mari masuk ke dalam pejabat saya. Saya rasa tidak elok untuk bercerita di sini. Mari.", Sarah mengajak Azalea masuk ke dalam biliknya.
"Duduk Cik Azalea. ", Pelawa Sarah. Dia duduk di sofa bertentangan dengan Azalea.
Sarah menarik nafasnya sedalam-dalamnya. Dia menyusun kata-kata untuk menceritakan apa yang telah berlaku pada Adrian dan Hafizi di Indonesia. Dia sendiri masih terkejut. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Ketika papanya memberitahu bahawa abangnya kemalangan malam semalam, dia masih lagi menghadiri conference di Putrajaya. Kemudian dia bergegas untuk balik ke rumah mereka di Damansara. Dia terpaksa membatalkan niatnya untuk pergi ke Banda Acheh bersama papa, mama dan kakaknya kerana Tuan Firdaus ingin dia menguruskan syarikat sepanjang kepergian papanya.
Azalea masih menunggu Sarah untuk membuka mulut. Dia merenung Sarah yang seperti memikirkan sesuatu.
"Cik Sarah?", tanya Azalea.
Sarah merenung anak mata Azalea. Dia melihat anak mata itu sudah berkaca.
"Begini Cik Azalea, saya mohon awak bertenang. Papa, mama dan Kak Fezra memang ada emergency flight ke Banda Acheh semalam. Abang saya, Adrian, dia kemalangan di sana.", Sarah memulakan bicara.
Hati Azalea tidak keruan. "Abang awak kemalangan? Seorang atau...", Kata-kata Azalea terhenti. Sarah lekas memotong kata-katanya.
"Dengan Hafizi.", Tenang sahaja tutur kata Sarah.
Azalea bingkas bangun. "Hafizi?!!", Azalea menjerit.
"Ya, mereka kemalangan. Kereta yang dipandu abang Addy berlanggar dengan van.", Jawab Sarah.
"Macam mana keadaan mereka?", Tanya Azalea. Air mata sudah berlinang di matanya.
Sarah menggelengkan kepalanya. "Saya sendiri belum tahu keadaan mereka. Papa belum menghubungi saya.", Jawab Sarah. tuan Firdaus memang belum menghubunginya. Mungkin masih sibuk menguruskan Abang Adrian.
Azalea terus meluru keluar. Dia terus meninggalkan Sarah.
"Cik Azalea!", Jerit Sarah.
Azalea terhenti seketika. "Terima kasih.", Ucap Azalea dan terus meluru ke arah keretanya.
Di dalam kereta Azalea menangis sepuas-puasnya. Air matanya bercucuran. Dia terus memandu pulang ke rumah. Dia harus ke Banda Acheh pada hari itu juga. Itu tekadnya. Dia ingin berada di sisi Hafizi. Hafizi pasti memerlukannya. Azaela mencapai handphonenya. Dia mendail nombor Puan Aida.
"Hello, ibu? Ibu kat mana? Kat kedai ke?", tanya Azalea bertalu-talu.
"Hello, Lea. Tak. Ibu kat rumah ni hah. tadi abang Arman kamu datang ke kedai. Lepas tu ibu balik. Abang kamu nak makan kat rumah tengah hari ni. Kamu kat mana ni? Kalau on the way balik kedai, kamu balik terus lah ke rumah. Tak payah ke kedai. Ibu dah suruh Maria yang jaga kedai.", Jelas Puan Aida.
"Baiklah bu", Pendek sahaja jawapan Azalea. Dia cuba menahan tangisnya. Dia tidak mahu ibunya risau. Lebih-lebih lagi dia sedang memandu sekarang.
* * * * *
Sesampainya di rumah, Azalea bergegas menuju ke biliknya. Puan Aida dan Arman yang sedang rancak berbual-bual di ruang tamu menjadi hairan. Azalea tidak memberi salam atau bercakap apa-apa, tiba-tiba sahaja dia terus ke biliknya.
"Kenapa dengan anak ibu sorang tu?", tanya Arman.
Puan Aida menjungkit bahunya. "Entah lah Man. Kejap ye, ibu nak ke bilik Lea. Man minum lah. Ha, kuih tu, Man makan lah", Kata Puan Aida sambil menunjuk ke arah kuih muih yang dibelinya tadi.
Puan Aida mengetuk pintu bilik Azalea. Tapi tidak berjawab. Dia mendengar Azalea menangis. Puan Aida menjadi bimbang. Dipulasnya tombol pintu bilik Azalea. Dia melihat Azalea sedang menangis di atas katil. Puan Aida melabuhkan punggungnya di atas katil Azalea.
"Lea, kenapa ni? Kenapa nangis?", Puan Aida bertanya kepada Azalea.
"Ibu! Fizi ibu!", Azalea terus memeluk Puan Aida.
"Fizi? Kenapa dengan Hafizi? Kenapa? ", Puan Aida dilanda bimbang.
"Fizi accident di Banda Acheh. Lea nak pergi tengok Fizi bu!", Kata Azalea teresak-esak.
"Hah! Apa? Mana Lea tahu ni?", Tanya Puan Aida.
"Tadi Lea hantar bunga kat Dana Coeporation. Setiausaha Tuan Firdaus cakap Tuan Firdaus ada emergency flight ke Banda Acheh semalam. Anak dia accident. Fizi pun dalam kereta yang sama. Ibu, Lea nak jumpa Fizi bu. Lea nak jumpa Fizi! Lea nak Fizi!", Azalea menjerit kuat. Arman yang sedang menonton televisyen di ruang tamu bergegas masuk ke bilik Azalea.
"Kenapa ni bu? Lea, kenapa nangis ni?", Tanya Arman. Dia melihat ibunya memeluk Azalea yang sedang menangis.
"Hafizi accident, Man.", Jawab Puan Aida.
"Fizi accident. Kat mana bu? Jom kita tengok dia.", Jawab Arman.
"Dia accident kat Banda Acheh, Man. Dia ada meeting kat sana.", Jelas Puan Aida lagi. Dia pun turut menangis.
"Macam mana keadaan dia sekarang Lea?", tanya Arman pada Azalea.
Azalea menggelengkan kepalanya. "Lea tak tahu bang. Lea tak tahu. Ibu, Lea nak ke sana sekarang. Izinkan Lea ya bu. Please", Rayu Azalea.
Puan Aida merenung wajah Azalea dengan hati yang sayu. Dia tiada daya untuk menolok permintaan Azalea. Puan Aida memandang Arman. Mereka saling berpandangan.
"Man, kamu temankanlah Lea ke sana. Kamu ambil la cuti. ", Pinta Puan Aida. Dia tidak mahu Azalea pergi sendirian ke sana.
Arman mengangguk. Dia pun tidak mahu Azalea sendiri. "Baiklah bu. Lea kemas lah barang Lea dulu. Abang uruskan tiket. Laptop Lea mana? Abang nak check tiket dulu.", Jawab Arman.
"Kat atas meja tu.", Jawab Azalea.
Sementara Puan Aida menenangkan Azalea, Arman melayari internet untuk menempah tiket. Puan Aida mengemas barang untuk Azalea. Tidak lama selepas itu Arman muncul di balik pintu.
"Lea, tiket untuk hari ni full. Air Asia full, MAS pun full. Esok je ada. Itu pun flight malam. Pukul 7.30, Air Asia. Lea nak tak?", Kata Arman.
"Tak ada alternatif lain ke bang?", Tanya Azalea. Arman menggelengkan kepalanya. Azalea memandang wajah Puan Aida. Puan Aida mengangguk tanda pengertian.
"Book je la bang. Guna card Lea.", Jawab Azalea.
"Tak apa, guna card abang pun boleh.", Kata Arman.
* * * *
Di Rumah Sakit Banda Acheh.
Puan Melissa mengelap lengan Adrian. Diramasnya jeari jemari Adrian. Masih kaku. Dilihatnya lagi denyut nadi Adrian pada skrin life support machine. Masih seperti tadi. Tidak ada menunjukkan tanda-tanda bahawa Adrian akan sedar. Puan Melissa memandang ke arah Fezra yang duduk di sebelah katil Hafizi. Fezra sedang memerhatikan luka di kepala Hafizi.
"Fez, macam mana dengan Hafizi?", Tanya Puan Melissa. Dia bimbang sesuatu akan berlaku pada Hafizi. Dia kenal dengan Hafizi bertahun lamanya. Sejak Hafizi bekerja di Dana Corporation lagi.
Fezra menggelengkan kepalanya. "Entah ma. Lukanya dalam. Lagipun lukanya berdekatan dengan tengkuk. Kat situ banyak urat saraf yang penting. ", Jelas Fezra kepada mamanya.
"Ada harapan lagi ke Fez?", Tanya Puan Melissa lagi.
"Kita serahkan semuanya pada Tuhan. Dia maha mengetahui. Fez tidak mahu mengandalkan apa-apa. ", Jawab Fezra.
"Papa kamu mana?", Puan Melissa mencari-cari kelibat Tuan Firdaus.
"Kat luar ma. Katanya pihak polis nak datang jumpa dia.". Kata Fezra lalu melangkah ke bilik air.
* * * * *
Di luar wad, kelihatan Tuan Firdaus sedang berbincang dengan dua orang polis Indonesia. Pastinya berbincang tentang kemalangan yang menimpa Adrian dan Hafizi. Lebih-lebih lagi kemalangan itu melibatkan pihak kereta sewa. Bagi Tuan Firdaus, dia tidak kisah untuk membayar berapa pun juga jumlah ganti rugi yang diminta oleh pihak kereta sewa itu. Dia cuma ingin Adrian dah Hafizi selamat.
"Pak Firdaus, jika mengikut laporan yang kami terima, kemalangan ini bukan langgar lari. Jelasnya, pemandu van yang berlanggar dengan kereta yang dikontrakkan anak bapak itu yang melaporkan kejadian ini kepada kami. Van nya enggak apa-apa. Bahkan dia juga selamat. Cuma anak bapak dan temannya yang parah. Ini kerana setelah mereka menabrak van itu, mereka menabrak pokok di tepi jalan.", Jelas polis itu kepada Tuan Firdaus.
"Saya faham. Terima kasih encik.", Jawab Tuan Firdaus. Dia melangkah masuk ke dalam wad dimana Adrian dan Hafizi ditempatkan.
Sejurus sahaja dia masuk ke dalam wad itu, dia melihat isterinya sedang membaca Quran di sebelah Adrian. Fezra pula sedang berbaring di sofa. Dia sengaja meminta Adrian dan Hafizi ditempatkan di bilik yang sama supaya senang untuk melihat keadaan mereka berdua.
"Macam mana bang?", Tanya Puan Melissa pada Tuan Firdaus.
"Macam biasa lah. Kena ikut prosedur polis.", Jawab Tuan Firdaus. Dia memandang Adrian yang masih tidak sedarkan diri. Kemudian dia duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Hafizi. Dilihatnya Fezra sudah terlena di sofa.
"Bang, macam mana kalau kita bawa Adrian ke luar negara. maksud saya, kita bawa dia ke negara yang lebih canggih peralatannya. Macam mana bang?", Cadang Puan Melissa. Dia kurang yakin dengan perubatan di Indonesia.
"Saya pun rasa macam tu juga. Tapi, kalau boleh, tunggulah Addy sedar dulu. Hafizi pun belum sedar lagi. Saya tak berapa sedap hati pulak jika kita biarkan Hafizi di sini.", Jawab Tuan Firdaus.
Puan Melissa mengangguk tanda faham. keadaan Hafizi lebih parah. Kata Fezra, Hafizi harus memberikan tindak balas dalam masa yang terdekat ini untuk terus hidup.
Tuan Adrian memandang wajah Hafizi. Wajah yang tidak kenal erti putus asa. Hafizi adalah pekerjanya yang paling setia, rajin dan berdedikasi. Hafizi banyak membantunya untuk mendapatkan projek-projek besar. Idea-idea Hafizi semuanya bernas. Rekaan Hafizi semuanya menepati cita-rasa pelanggannya.
Tuan Firdaus menepuk-nepuk jari jemari Hafizi. "Fizi, kuat nak. Cepat sedar", Kata Tuan Firdaus pada Hafizi. Tapi Hafizi masih diam membisu. Cuma desah nafas Hafizi sahaja yang kedengaran.
Tiba-tiba Tuan Firdaus melihat jari telunjuk Hafizi bergerak-gerak. Tuan Firdaus menyentuk jari Hafizi. Jari jemari Hafizi terus bergerak-gerak. Kelopak mata Hafizi juga bergerak.
"Lissa, Lissa, Hafizi nak sedar. Kejutkan Fezra!", Jerit Tuan Firdaus.
Puan Melissa segera bangkit dan mengejutkan Fezra yang sedang lena di atas sofa.
"Fez, bangun Fez! Hafizi sedar!", Kata Puan Melissa sambing menggoncangkan bahu Fezra. Fezra segera bangun dengan mata yang terpisat-pisat. Dia bergegas menuju ke arah Hafizi.
"Fizi, Fizi.", Kata Fezra sambil menggoncangkan lengan Hafizi.
"Papa, mama, keluar dulu. Panggil doktor bertugas. ", Pinta Fezra.
Tuan Firdaus dan Puan Melissa bergegas keluar. Tanpa berlengah lagi, Tuan Firdaus terus memanggil doktor yang bertugas.
"Ada apa Doktor Fezra?", Tanya Doktor Indra, doktor yang bertugas untuk memantau keadaan Adrian dan Hafizi.
"Pesakit ini menggerakkan jarinya dan kelopak matanya juga seakan-akan terbuka. Barangkali dia mahu sedar." Kata Fezra.
Doktor Indra memeriksa nadi Hafizi. "Nadinya kelihatan bagus", katanya. Kemudian dia menyuluh lampu kecil ke mata Hafizi.
"Tindakan drastik. Mungkin pesakit ini bakal sedar," Kata Doktor Indra.
Fezra menganggukkan kepalanya. Tiba-tiba dia mendengar nama Adrian dipanggil.
"Addy...A...Addy", Suara itu lahir dari mulut Hafizi! Hafizi sedar! Fezra memegang jari Hafizi.
"Fizi? Fizi? Ini Kak Fezra. Fizi dengar tak?", Tanya Fezra bertalu-talu. Ada senyuman di wajahnya. Akhirnya Hafizi sedar. Terima kasih Tuhan!
"Ka...Ka...Kak Fezra. Sa...sa...saya di..di...mana?", Tanya Hafizi. Suaranya tersekat-sekat.
"Fizi selamat, Fizi di hospital. Addy pun selamat.", kata Fezra. "Adrian ada di sebelah Fizi", Tambah Fezra lagi. Dia menarik tirai yang memisahkan katil Adrian dan Hafizi.
Hafizi cuba menggerakkan kepalanya ke arah Adrian. Tapi tidak berjaya. Kepalanya terasa sakit yang amat.
"Fizi, Fizi kena kuat. Kakak akan selamatkan Fizi dan Addy. Fizi kuat ya? Papa dan mama pun ada kat sini. Mereka pun berharap Fizi cepat sembuh.", Kata Fezra pada Hafizi.
Mata Hafizi basah. Air mata berlinang di hujung matanya. "Kak, Fizi rasa masa Fizi dah sampai." , Kata Hafizi.
"Fizi tak mampu bertahan lagi.", Kata Hafizi lagi.
"Fizi, kuatkan semangat Fizi. Addy pun sedang berlawan dengan hidupnya. Adrian juga parah Fizi. Dia memerlukan jantung baru. Fizi kena tabah. Fizi kena kuat. Adrian perlukan semangan Fizi. ", Fezra tidak dapat menahan air matanya. Dia menangis teresak-esak di sebelah Hafizi.
"Ad...Addy memerlukan jantung?", Terasa berat tutur kata Hafizi. Tersekat-sekat.
"Fizi der...der...dermakan jantung Fizi pa...pa...pada Addy. Ta..ta..tapi kakak harus rah..rahsiakan da...da...dari...Ad...Ad...Ad...Addy."
Fezra terkejut dengan permintaan Hafizi. "Jangan Fizi. Fizi jangan pergi!", Jerit Fezra.
Tuan Firdaus dan Puan Melissa meluru masuk apabila mendengar jeritan kuat Fezra. Mereka meluru ke arah Hafizi.
"Fizi, nak kamu harus bertahan nak", Kata Tuan Firdaus sambil menggengam jari Hafizi. Puan Melissa tidak dapat menahan sebaknya. Tuan Firdaus pun turut menangis.
"Tu...tu...tuan, halalkan segalanya yang...yang... tuan telah lakukan un...un..tuk sa...saya", Kata Hafizi pada Tuan Adrian.
"Kak...to...tolong tunaikan permintaan saya yang ter...ter...akhir. ", Pinta Hafizi pada Fezra.
"Papa! Papa, tolong dia mengucap pa!", Fezra memohon kepada papanya.
Hafizi mengucap dengan nafas yang tersekat-sekat. Setelah itu, jari jemarinya terasa lemah. Nafasnya tidak lagi mendesah. Jarinya terlepas dari jari-jari Tuan Firdaus. Puan Melissa meraung hiba. Fezra pun turut meraung. Tuan Firdaus menutup kelopak mata Hafizi. Hafizi menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi orang yang dihormatinya. Orang yang disanjungnya.
~~ Selamat tinggal Tuan Firdaus. Selamat tinggal Puan Melissa. Selamat tinggal Kak Fezra. Selamat tinggal Addy~~
Selamat tinggal Azalea,
Selamat tinggal sayangku, cintaku,
Selamat tinggal pujaanku.
Aku menunggumu di pintu syurga.
Maafkan aku.
*to be continue*
xoxo,
Bai!
♥arabella♥
xoxo,
Bai!
♥arabella♥
No comments:
Post a Comment