Aku bukan manusia yang bijak seperti Enistein
Yang hanya menggunakan sebahagian kecil dari neuronnya sepanjang hidupnya
Aku baru sahaja menempah umur 23
Tetapi aku terasa seperti kehabisan semua neuron ku
Aku diberi satu tugas
Dan aku memerlukan idea bernas untuk tugas itu
Idea lagi!
Argh, buntu!
Cuma satu saja
Tapi kenapa mindaku liat untuk berfikir?
Minda, mana kau pergi?
Kenapa tak datang-datang lagi?
Masih disini,
Duduk menghadap alat elektronik kegemaranku
Menaip lagi
Merapu tentang kehidupan
Benarlah kata orang
Ijazah terbaik adalah dari jalanan
Seharusnya aku duduk di tepi tepi lorong
Lorong-lorong kosong
Agar dapat menginterprektasikan idea
Bagaimana rupa seorang penyair tengah termangu
Bagaimana riak wajah seorang pencipta lirik sedang mencari ilham
Begitulah rupa aku
Tapi versi yang kusut,buntu dan celaru
Arghh! Tak sanggup menghadap cermin
Idea, idea mana kau idea?
Aku perlukan satu saja
Tak banyak
Satu
Cukup
Aku tak kan minta lebih
Dah dua minggu tugas tak selesai lagi
Bila nak mula?
Tarikh akhir semakin dekat
Oh, merapu lagi di sini
Baik kita hentikan!
Harus!
Idea, cepatlah kau datang.
Selesai segala tugas,
Bolehlah aku berehat
Aku ingin berehat.
Serius.
xoxo,
♥arabella♥
p/s: sumber inspirasi : Zahiril Adzim
No comments:
Post a Comment