Friday, 14 October 2011

Kesal Dan Kecewa

Mata memandang langit
Aku menghirup udara ciptaan-Nya
Alangkah cantiknya langit
Tak tersentuh dek jari
Alangkah segarnya udara ini
Tak tergapai oleh tangan
Tak terlihat oleh mata

Sempurnanya dunia
Indahnya Dia
Cantiknya rupa
Kasih pada hatinya
Cinta pada hidupnya

Hidup tunggang langgang
Ketika ini tangan tak menggapai angan
Kenapa?
Kerana aku tahu pasti tak tercapai
Tak sampai
Mungkin takkan sampai

Ah! Berpuitis lagi!
Sampai bila menanti?
Seperti pungguk rindukan bulan?

Aku kesal
Aku kecewa
Berita baik tak juga kunjung tiba

Berlalulah masa
Masa sedih
Muram durja
Berlalulah semuanya
Aku rimas
Sesak nafas
Cuba lagi, tapi gagal berkali-kali

Yang indah, 
Yang baik,
Yang cantik,
Bila kan kau datang?
Cepatlah!
Aku penat menunggu
Sungguh! Aku penat!

Kecewaku berat
Kesalku berperingkat
Tak mampu lagi menanggungnya

*Kecewa lagi*
Tidak cemburu pada yang lain
Rezeki masing-masing
Tapi yang mana satu milikku?
Mana?
Mana?

Arghh, letih mencari,
Tak ubah seperti pengemis

Berharap lagi
Kerana harapan adalah semangat
Berharap lagi
Aku harap suatu hari nanti ia pasti datang

*Bukan kata hati, tapi realiti*

♥arabella♥

No comments:

Post a Comment