Saturday, 22 October 2011

Hatiku Milik Azalea (Part 6)

Hari yang tadinya cerah tiba tiba hujan. Azalea menarik langsir biliknya. Angin berbunyi kuat di luar rumah. Azalea menjadi risau. Sekiranya cuaca semakin buruk, kemungkinan penerbangan ke Banda Aceh akan ditundakan. Azalea tidak mampu untuk menunggu walaupun sehari lagi. Matanya melilau ke luar cermin. 'Ah, hujan, cepat lah kau berhenti'. Katanya dalam hati. Di dalam genggaman tangan kanannya ada seutas tasbih. Tasbih pemberian Hafizi. Dia tidak tahu kenapa dia mengeluarkan tasbih itu dari kotak di atas meja soleknya. Biasanya tasbih itu jarang disentuhnya kecuali pada waktu-waktu tertentu. Tapi tadi hatinya tergerak untuk menyentuh barang berharga pemberian Hafizi itu. Dia merasakan dia berada dekat dengan Hafizi.

Gambar-gambar Hafizi yang berada dalam simpanannya sudah dibelek berkali-kali. 'Arghhh, bagaimana keadaanmu Fizi?'. Azalea bertanya pada dirinya sendiri. Kerisauan di harinya masih menggunung. Malah kian bertimbun. Tiada satu detik pun dia tidak teringat pada Hafizi. Tatkala ini wajah Hafizi bermain di tubir matanya. Senyuman Hafizi mendesah di telinganya. Semuanya Hafizi. Hafizi Rashid. Hanya dia.

Azalea melabuhkan badannya di atas katil. Matanya sukar untuk lelap. Dia merenung beg pakaian yang sudah siap di simpan di tepi pintu. Masa begitu lambat berlalu. Azalea mendengus lagi. Hatinya masih tidak keruan. 'Kalau hati tidak tenang, bersembahyanglah'. Tiba-tiba kata-kata ibunya terngiang di dalam kotak minda. Azalea segera bangkit. Dia mengambil wuduk dan bersembahyang.

"Ya Tuhan, kau selamatkanlah dia, Hafizi Rashid. Andai kata hayatnya masih ada, kau panjangkanlah umurnya. masih banyak lagi yang belum aku laksanakan bersamanya. Aku amat mencintainya, ya Allah", Air mata mula bergenang di ruang mata Azalea. Tangisnya bermula lagi. Kali ini semakin sarat.

Setelah selesai bersolat, Azalea melelapkan matanya. Hatinya terasa tenang sedikit. Sesungguhnya Tuhan itu sentiasa membantu umatnya yang berada dalam kesusahan.

*   *   *   *   *
Azalea dan Hafizi berjalan beriringan di tepi tasik. Udara sungguh segar. Hanya mereka berdua di situ. Hafizi memandang wajah Azalea. Wajah itu sentiasa tenang walau dalam apa jua situasi sekalipun. Azalea yang menyedari dirinya dipandang, lantas mengerling semula kearah Hafizi.

"Kenapa Fizi tengok Lea macam tu?", Tanya Azalea. Hafizi tersenyum. Hafizi memang murah dengan senyuman. Dan senyuman itulah yang selalu membuatkan Azalea merindui Hafizi.

"Lea kalau kahwin dengan Fizi, anak-anak kita mesti cantik. Lea kan lawa.", Ujar Hafizi. Pandangan Matanya di alihkan ke tasik.

"Ish, Fizi ni. Mengarut je lah. Merapu!", Tukas Azalea. Mukanya merah menahan malu.

"Fizi cakap betul ni. Serius,", Jawab Hafizi lagi.

"Fizi ni jangan merapu boleh tak? Ada je benda yang nak di cakap.", Kata Azalea. Dia memandang wajah Hafizi. Cuba mencari keikhlasan terhadap kata-kata Hafizi sebentar tadi.

Hafizi merenung mata Azalea. Tajam. Azalea menjadi tidak tentu arah. Anak matanya dikerling ke kiri dan ke kanan. Hafizi tahu Azalea tidak selesa ditenung begitu rupa. Tapi dia sengaja ingin menduga sejauh mana Azalea bertahan dengan renungannya.

Kemudian Hafizi bangkis dari bangku. Dia melangkah ke arah tasik. Tanpa memandang Azalea. Azalea kaget.

"Fizi! Nak kemana tu?", Tanya Azalea. Tapi Hafizi tidak menjawab walau sepatah. Kakinya tetap melangkah. Tanpa henti.

"Fizi! Fizi! Depan tu tasik Fizi!!", Jerit Azalea lagi. Namun Hafizi tetap pergi. Bayang Hafizi juga hilang. Azalea menjerit kuat.

"Fizi!!!!!", Bentak Azalea. Dia terbangun dari tidurnya. 'Ya Allah, aku bermimpi rupanya'. Kata Azalea dalam hati. Dia mencapai jam tangannya. Baru pukul 4 pagi. 'Arghh, lambatnya masa berlalu!'. Katanya lagi.

Azalea meraup wajahnya. Lehernya berpeluh. Hatinya kembali risau. Apakan maksud mimpinya tadi? Penat dia memikirkannya. Akhirnya Azalea terlena lagi.

*   *    *   *   *
Fezra berlari-lari ke bilih bedah. Adrian akan dibedah malam itu juga. Jantung Hafizi tidak boleh dibiarkan lama. Pembedahan itu harus dilalukan dengan kadar yang segera. Di depan bilik bedah Tuan Firdaus dan Puan Melissa sedang berbincang dengan Doktor Indra.

"Papa, mama! Fezra nak lakukan operation ke atas Addy", Kata Fezra sebaik sahaja dia sampai di depan bilik bedah itu.

"Maaf Doktor Fezra. Anda tidak layak untuk menjalankan operasi ini.", Celah Doktor Indra.

"Tapi saya kakak Adrian!", Tegas Fezra.

"Kerana anda adalah kakak pesakit, maka itu anda tidak layak untuk menjalankan pembedahan ini. Jika anda berkeras, anda dianggap melanggar polisi kami.", Jelas Doktor Indra lagi.

Di Indonesia, mana-mana doktor yang mempunya tali persaudaraan dengan pesakit tidak akan dibenarkan untuk menjalankan pembedahan terhadap pesakit. Ini kerana dikhuatiri doktor tersebut tidak berada dalam emosi yang tenang.

"Maaf ya Doktor Fezra. Sebaiknya anda menunggu di luar kamar operasi sahaja. Doakan yang terbaik buat adik anda. Dan saya berjanji saya akan lakukan yang terbaik. ", Ujar Doktor Indra dan masuk ke dalam bilik bedah.

Fezra memeluk Puan Melissa. Mamanya tidak berhenti menangis dari tadi. Dia cuba memberi kekuatan pada mamanya. Kemudian dia memandang wajah papanya. Papanya kelihatan tenang dan bersahaja, tetapi di dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hati papanya. Baru saja sebentar tadi mereka telah kehilangan Hafizi. Dan sekarang mereka bergantung pada Adrian untuk terus hidup.

"Pa, macam mana kita nak uruskan Hafizi pa?", tanya Fezra kepada papanya.

"Papa rasa baik dia dikebumikan di sini. Dia tiada sanak saudara. Jika kita ingin mengebumikan dia di Malaysia, nanti tiada siapa yang menguruskan Adrian disini. Oleh itu, papa rasa, adalah lebih baik dia diuruskan disini.", Kata Tuan Firdaus.

Puan Melissa dan Fezra mengangguk lesu.

*   *   *   *  *
Pembedahan yang berkalu selama 5 jam itu akhirnya selesai. Ketika Doktor Indra keluar dari bilik bedah, Fezra, Tuan Firdaus dan Puan Melissa terus mendapatkan Doktor Indra.

"Macam mana keadaan anak saya doc?", Tanya Tuan Firdaus.

Doktor Indra membuka mask yang melekap di mukanya. Ada senyuman di bibirnya.

"Syukur, pembedahan berjaya. Jantung yang didermakan itu masih di dalam keadaan yang baik. Sekarang ini kita tunggu dan lihat saja sama ada badan Adrian boleh menerima jantung itu atau tidak. Itu kita serahkan pada Adrian sendiri. Kita akan memantau tindak balas Adrian terhadap jantung barunya itu. Yang selebihnya, kita mohon pada Allah. Mayat Hafizi kami sudah pindahkan ke kamar mayat sebentar tadi. Jadi, lebih baik jika dia segera diuruskan. ", Jelas Doktor Indra pada Tuan Firdaus.

"Terima kasih doktor. Terima kasih", Ucap Tuan Firdaus.

"Saya permisi dulu", Pinta Doktor Indra.

"Abang! Adrian selamat bang!", Ujar Puan Melissa. Tangisnya bermula lagi. Tuan Firdaus memeluk bahu isterinya.

"Pa, kita uruskan Hafizi dulu pa. Nanti Fez cari pihak masjid yang terdekat", Kata Fezra.

Tuan Firdaus mengangguk setuju.

*   *   *   *   *
Hafizi selamat dikebumikan di Tahan Perkuburan Banda Aceh. Tuan Firdaus dan Fezra hadir di upacara pengebumian Hafizi. Puan Melissa tidak berkeseampatan untuk turut serta kerana dia menjaga Adrian di hospital.

"Semoga dia tenang di sana ya pa.", Ucap Fezra. Dia mengelap air mata yang tidak pernah luak di pipinya.

"Hafizi anak yang baik. Orang yang baik selalu di balas baik. Jasanya pada kita dan pengorbanannya terhadap Adrian bukan sedikit. Sampai papa mati pun belum tentu papa boleh membalasnya. ", Ujar Tuan Firdaus pada Fezra.

Handphone Fezra berbunnyi. Panggilan dari Sarah.

"Hello?", Sahut Fezra.

"Hello, kakak. Sarah ni!", Jawab Sarah.

"Kak, macam mana keadaan di sana? Is everything okay?", Tanya Sarah lagi.

"Adrian okay. Semalam operation. Sekarang ni kakak masih tunggu tindak balas Adrian", Ujar Fezra.

"Operation? Kenapa kak? Ada apa-apa berlaku pada abang ke?", Tanya Sarah lagi.

"Kita bincang nanti boleh tak Sarah. Sekarang ni masa tak sesuai lah.", Kata Fezra. Sebaiknya dia tidak menceritakan hal pembedahan itu dengan lebih lanjut pada Sarah. Jika tidak, pasti hal itu tidak dapat dirahsiakan dari Adrian.

"Abang Hafizi macam mana kak?", Sarah masih tidak berpuas hati terhadap penjelasan yang diberikan oleh kakaknya.

"Hafizi...er...Hafizi..dia dah tak ada.", Perlahan sahaja tutur kata Fezra.

"What!!! Are you serious kak?", Sarah terkejut. 

"Yes. Kakak and papa baru je balik dari upacara pengebumian Hafizi. ", Jawab Fezra.

Sarah terkejut. Lantas wajah Azalea bermain di matanya.

"Kak! Hold on! Kak, do you know that Hafizi ada kekasih?", Ujar Sarah.

Kali ini giliran Fezra pula terkejut. "What?", Tanya Fezra.

"Ya, Hafizi ada girlfriend. Yesterday dia datang ke office. Dia tanya mana Hafizi. Dia adalah orang yang selalu menghantar bunga ke office papa.", Terang Sarah.

"So, Sarah cakap apa dengan dia?", tanya Fezra.

"Sarah cakap Hafizi dan abang Addy accident kat Banda Aceh. ", Jelas Sarah.

"Oh my God! Sarah, kakak letak telefon dulu. I've got to go. You take care. And satu lagi. Jangan bagitahu sesiapa tentang apa yang telah berlaku pada Hafizi. ", Kata Fezra. Dia menamatkan talian.

Fezra segera mendapatkan Tuan Firdaus yang berjalan di kelompok hadapan.

"Pa!", Jerit Fezra. Dia mencapai tangan papanya.

"Ada apa Fez?", tanya Tuan Firdaus.

"Sarah call. Baru call. Fez rasa kita dah buat keputusan yang salah pa.", Kata Fezra

"Maksud Fezra?", tanya Tuan Firdaus kepada Fezra. Dia kehairanan. Keputusan yang mana yang salah dilakukannya.

"Kita tak sepatutnya kebumikan Hafizi disini dan kita sepatutnya inform pada keluarga kekasih dia tentang kematian Hafizi.", Fezra menjawab. Tuan Firdaus tersentak.

"Keluarga kekasih Hafizi?", tanya Tuan Firdaus.

Fezra mengangguk perlahan. "Tadi Sarah bagitahu, semalam kekasih Hafizi datang untuk bertanya tentang Hafizi. Mungkin kekasihnya itu hairan kenapa Hafizi tak ada khabar berita.", Ujar Fezra.

"Setahu papa, Hafizi tak pernah pula bagitahu dia ada kekasih.", Kata Tuan Firdaus.

"Fez pun baru tahu papa. Dan Sarah cakap, kekasih Hafizi tu adalah orang yang selalu menghantar bunga ke office papa. Do you know her?", Tanya Fezra lagi.

Tuan Firdaus tersentak. Lantas seraut wajah lembut yang sangat dikenalinya bermain di depan mata. 'Perempuan itu!'. Katanya dalam hati. Azalea! Ya, Azalea.

"Azalea?", Tanya Tuan Firdaus.

Fezra menjungkit bahunya. "Mana Fez tahu pa. Mungkin kot. Yang selalu hantar bunga.", Jawab Fezra.

Sah! Memang Azalea. Tuan Firdaus memang berkenan pada perempuan itu. Dah lama dia ingin mempertemukan Adrian dengan Azalea. Tapi sayangnya, dia baru tahu bahawa Azalea adalah kekasih Hafizi. Dapatkah Azalea menerima lelaki lain dalam hidupnya selain Hafizi? Lebih-lebih lagi sekarang ini Hafizi sudah tiada. Pasti hati Azalea semakin terluka.

"Papa? Ai, mengelamun jauh.", Fezra menggoncangkan tangan papanya. Dari tadi papanya asyik mengelamun. Entah apa yang bermain di fikiran papanya itu.

Tuan Firdaus tersenyum tawar. "Tak ada lah. Jom balik ke hospital. Mama kamu tengah tunggu kita", Ujar Tuan Firdaus. 'Ahh, biarlah hanya dia saja yang tahu hasrat hatinya itu'. Katanya dalam hati. Dari kali pertama dia bertemu dengan Azalea, hatinya sudah terpaut untuk menjadikan perempuan itu sebagai menantu. Tingkah laku Azalea yang sopan, bijak membuat kerja, rajin dan beribawa telah memikat hati Tuan Firdaus untuk memasang hajat setinggi itu. Dia inginkan seorang wanita yang boleh membimbing Adrian kembali ke jalan yang sepatutnya diterajui oleh Adrian. Adrian sudah lama meninggalkan jalan yang benar itu.

Tiba-tiba hati Tuan Firdaus dilanda kesal. Bertahun-tahun lamanya dia mengabaikan Adrian tanpa bimbingan seorang ayah ketika Adrian belajar di United Kingdom. Gara-gara Adrian menolak untuk belajar dalam bidang Bisnes, Tuan Firdaus telah menyisihkan darah daging sendiri. Adrian dibiarkan hidup bergantung pada biasiswa sahaja. Tidak sekalipun Tuan Firdaus mengirim wang perbelanjaan pada Adrian walaupun sudah berkali-kali dipujuk oleh isterinya, Puan Melissa. Dia paling pantang bila anak-anaknya ingkar pada perintahnya.

Tuan Firdaus meraup wajahnya. Bayang Adrian segera berlayar di tubir mata. 'Adrian anakku, maafkan papa'. Tuan Firdaus menyesali apa yang pernah dilakukannya kepada anak lelaki tunggalnya itu. Sekarang ini, maaf itu tidak berguna lagi. Biarpun dia mengulangi perkataan itu berkali-kali, namun Adrian hanya menyepikan diri. Yang kedengaran adalah nafas Adrian yang mendesah. Adrian masih tidak sedarkan diri.

Setibanya di hospital, Tuan Firdaus dan Fezra terus menuju ke bilik dimana Adrian ditempatkan. Ruang bilik itu masih sepi. Cuma sayup-sayup suara Puan Melissa yang sedang mengaji Quran yang kedengaran. Fezra duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Adrian. Jari jemari Adrian yang kaku di elusnya lembut. Sejuk. Sekali sekala Fezra memeriksa nadi Adrian. 'Masih berdenyut'. Kata hati Fezra. Air mata tidak pernah luak di tubir matanya. Siapa yang tidak sayangkan adik kandung sendiri.

"Macam mana upacara tadi?", Tanya Puan Melissa memecah keheningan. Dia bangkit dari atas lantai sambil-sambil melipat telekung sebelum dia menyangkut telekung itu di palang besi di belakang pintu.

"Semuanya berjalan lancar Lissa. Syukur alhamdulillah", Jawab Tuan Firdaus.

Puan Melissa hanya mengangguk. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya. "Penat bang?", Tanyanya pada suaminya apabila melihat Tuan Firdaus memicit-micit bahunya.

Tuan Firdaus mengangguk. Bahunya terasa penat. Tengkuknya juga terasa seperti dibeban-beban. Sejak berada di Banda Aceh, dia tidak boleh tidur lena. Selalu terjaga di tengah-tengah malam.

"Marilah saya picitkan.", Tawar Puan Melissa pada suaminya. Rasa kasihan menjalar di hatinya. Tuan Firdaus banyak bersengkang mata sejak akhir-akhir ini. Dia dan Fezra pun turut sama. Rasa risau terhadap keadaan Adrian masih bersarang di lubuk hati.

Adrian belum memberi apa-apa tindak balas. Badannya masih kaku. Matanya masih terpejam rapat. Yang kedengaran hanyalah bunyi-bunyi mesin yang membantu Adrian untuk terus bernafas. Puan Melissa tidak habis berdoa yang terbaik untuk anak lelakinya itu. Hatinya rindu untuk mendengar riang tawa Adrian.

Pintu bilik diketuk. Sejurus itu wajah cerah Doktor Indra masuk ke dalam ruang itu. Ada senyum di bibirnya. Dibelakangnya ada seorang jururawat yang sedang memegang dulang besi yang dipenuhi sengan ubat-ubatan.

"Apa khabar semuanya? Sihat-sihat aja ya.", Ucap Doktor Indra.

Fezra hanya tersenyum kelat. Tuan Firdaus dan Puan Melissa membalas ucapan Doktor Indra. "Baik saja. Sihat".

"Gimana? Ada reaksi dari pesakit?", Tanya Doktor Indra. Dia memeriksa nadi Adrian dan kemudiannya dia menarik kelopak mata Adrian ke atas sedikit dan menyuluhnya dengan lampu kecil.

Fezra menggelengkan kepalanya. Dia bangkit dari kerusi dan berdiri di sebelah Doktor Indra.

"No reaction. I don't think that a patient need too much time to give a reaction. Dah dua hari. Tapi Adrian tetap tak memberi apa-apa tindak balas.", Sahut Fezra. Baginya, jangka masa dua hari sudah melebihi masa yang cukup untuk pesakit sedarkan diri. Tambahan pula ubat bius sudah habis dan tiada apa-apa pelali lain yang diberikan pada Adrian.

"Itu bergantung pada semangat pesakit itu sendiri. Sepatutnya kalau diikutkan, Pak Adrian udah boleh memberikan pergerakan kecil. Malah, dia bisa sedar. Tapi, itu semua di luar dugaan kita. Saya berharap dia akan sedarkan diri enggak lama lagi. Bila dia udah sedarkan diri, pihak rumah sakit bisa pindahkan dia ke rumah sakit pakar yang lebih bagus alatannya. Malah, keluarga non Fezra juga bisa membawanya ke luar negara untuk rawatan lanjut.", Jelas Doktor Indra pada Fezra. Sambil itu dia menulis sesuati di atas fail kesihatan Adrian.

"Saya bercadang untuk membawa Adrian ke Germany. Saya dengar di sana perubatannya baik.", Ujar Fezra. Dia memang bercadang untuk memberikan Adrian rawatan lanjut di German. Perkara itu sudah diutarakan kepada papa dan mamanya. Dan mereka telah bersetuju. Peralatan perubatan di German sudah tentu lebih canggih dari peralatan yang sedia ada disitu.

"Di sana juga bagus. Tapi saya bisa mencadangkan di Jepang juga bagus.", Kata Doktor Indra. Dia mencadangkan agar Adrian dibawa ke Jepun.

"Tempatnya juga dekat sama Malaysia jika dibandingkan dengan Jerman. Tapi jika keluarga anda memilih untuk ke Jerman, itu juga bisa. Tiada masalah. Saya boleh mencadangkan beberapa orang pakar jantung di sana. Saya ada kenalan kok.", Cadangnya lagi. Dia tersenyum lagi, menampakkan baris giginya yang putih. Lesung pipit jelas terlihat di pipinya.

"Thanks for the help doc! Saya tidak akan lupakan jasa baik doktor.", Sahut Fezra. Dia membalas senyuman Doktor Indra. Setelah itu Doktor Indra keluar. Hanya tinggal jururawat tadi yang masih lagi mengemaskan tiub-tiub pernafasan pada Adrian dan juga mencuci luka-luka Adrian. Luka-luka Adrian masih lagi belum kering sepenuhnya. Luka ada di merata-rata tempat. Di kedua-dua belah kakinya dan juga tangannya. Semuanya ada calar-calar luka. Adrian bernasib baik kerana dia tidak mengalami luka dan pendarahan yang teruk di bahagian kepala. Jika tidak, mungkin nasibnya juga sama dengan arwah Hafizi.

"Sudah selesai semuanya non.", Ujar jururawat yang membersihkan luka Adrian kepada Fezra.

"Terima kasih nurse.", Ucap Fezra. Jururawat itu hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi.

Pandangan Fezra beralih kepada kedua-dua papa dan mamanya. Mereka berdua tertidur di atas sofa. Fezra tersenyum. 'Mengantuk dan letih agaknya'. Kata Fezra dalam hati.

*   *   *   *   *
Azalea dan Arman sabar menunggu flight ke Banda Aceh. Azalea membelek jam tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 6.45 petang. 'Arghh, lambatnya masa berlalu!'. Rungut Azalea dalam hati. Dia sudah berada di LCCT sejak 3 jam yang lalu. Sengaja dia datang awal. Lagipun, jika terlambat untuk daftar masuk, nanti terpaksa pula berebut dan menunggu giliran dengan lebih lama. 

Azalea merenung boarding pass yang berada di tangannya. Kemudian dia melirik semula ke arah jam tangannya. Dan begitulah yang dilakukannya selang beberapa minit. Puan Aida yang sedari tadi memerhatikan perlakuan Azalea perlahan-lahan memegang tangan Azalea.

"Jangan dilihat lagi jam tu Lea. Nanti pecah cermin jam tu ha.", Kata Puan Aida. Dia cuba bergurau. Dia tahu hati Azalea sedang runsing.

Azalea tersenyum pahit. "Ibu ni. Lea takut terlepas masa la bu.", Jawab Azalea. Tangan ibunya dipeluk. Kemudia dia melirik ke arah Arman yang sedang rancak berbual dengan Maria. Memandangkan Puan Aida tidak tahu memandu, jadi Maria lah yang akan memandu untuk Puan Aida nanti.

"Ibu, tengok tu. Rancak betul berbual. Siap gelak-gelak lagi.", Kata Azalea sambil memuncungkan mulutnya ke arah Arman dan Maria. Puan Aida pun menoleh sama.

"Biasa lah tu. Lama dah tak jumpa kan. Mestilah banyak cerita dia orang tu.", Sahut Puan Aida. Dia tahu Arman memang rapat dengan Maria. Cuma selepas Arman berkahwin dengan Rita, Maria seakan-akan menyepikan diri. Pernah Puan Aida bertanya kepada Maria secara peribadi, tetapi Maria enggan menyatakan hal yang sebenar. Alasannya masih berbunyi kiasan. Tetapi Puan Aida tahu, Maria menyimpan perasaan pada Arman.

Arman berkahwin dengan Rita, wanita pilihannya sendiri. Ditentang hebat oleh Puan Aida. Kata Encik Taufik, Rita hanya inginkan kekayaan yang dimiliki oleh Arman sahaja. Tetapi Arman tetap berkeras untuk berkahwin dengan Rita. Akhirnya, dengan terpaksa, Puan Aida membenarkan Arman untuk berkahwin dengan Rita. Tapi sememangnya naluri seorang ibu itu terlalu kuat terhadap anak-anaknya. Perkahwinan Arman dan Rita hanya bertahan di separuh jalan. Arman mengalami masalah besar dalam kerjayanya. Bisnesnya lingkup dan akhirnya Rita sendiri meminta diceraikan kerana malu untuk hidup susah. Akhirnya Arman kembali lagi ke pangkuan Puan Aida dan Encik Taufik.

Kejadian masa lalu menjadikan Arman semakin kuat dan berhati-hati untuk memilih pasangan hidup. Oleh itu dia senang sekiranya dia hidup sendirian.

"Ibu, jauh mengelamun.", Azalea mencuit bahu ibunya. Ibunya masih lagi memandang Arman dan Maria.

"Sepadan kan dia orang?", Kata Azalea lagi.

"Ish, Lea ni. Kesitu pulak dia. ", Jawab Puan Aida. Dia tersenyum memandang anak perempuannya itu. Azalea membalas senyumam ibunya.

"Alah bu, kak Mar tu pun okey ape, kalau jadi menantu ibu. Nanti tak payah la susah-susah nak cari penggubah bunga yang lain.", Cadang Azalea. Risaunya hilang seketika.

"Yang tu kena tanya Maria tu. Dia nak ke duda macam abang kamu tu. Bukan boleh main serkup aje!", Jelas Puan Aida.

"Ye tak ye jugak kan bu. Tapi, Lea rasa kan, Kak Mar tu suka kot kat abang. Cuba ibu ingat dulu masa kita bagi kad undangan kanwin abang. Lea tengok Kak Mar macam kecewa aje.", Azalea kembali mengungkit kejadian lalu. Dia masih teringat kembali bila dia menyuakan kat undangan pada Maria, wajah Maria kelihatan terkejut dan seraya itu Maria tidak lagi banyak bercakap dan lebih banyak menyendiri.

"Kita doalah je Lea. Ibu pun suka ngan Maria tu. Orangnya baik, sopan, rajin. " Terang Puan Aida. Sekiranya Arman bertemu jodoh dengan Maria, dia tidak akan menolak. 'Biarlah, asalkan kedua-duanya bahagia'. Kata Puan Aida dalam hati.

Arman tersedar bahawa ibunya dan adiknya sedang memandang kearah dia dan Maria. Maria pun begitu juga. Lantas Maria tersengih-sengih memandang Puan Aida.

"Man, jom kita duduk dengan Lea dan Puan Aida. Segan pula saya bila dipandang macam tu.", Kata Maria pada Arman. Arman hanya mengangguk dan membontoti langkah Maria. Maria duduk di sebelah Azalea dan Arman di sebelah Puan Aida.

"Hai Man, bincang apa sampai gelak-gelak sakan tu?", Tanya Puan Aida pada Arman.

"Tak ada apa-apa la bu. Cakap-cakap kosong aje. Lagipun lama dah Man tak jumpa dengan Maria. Banyak pulak cerita yang nak dikongsikan.", Jawab Arman. Dia dan Maria memang pernah berkawan rapat. Dialah yang membantu Maria untuk mendapat kerja di kedai bunga ibunya. Pertemuannya dengan Maria tidak mungkin tidak seperti pertemuan sahabat-sahabat yang lain. Dia bertemu dengan Maria di sebuah warung tepi jalan. Pada masa itu dia sedang makan lewat malam bersama kawan-kawannya.

Tiba-tiba ketika dia ingin membayar makanan, dia terdengar pemilik warung itu sedang mengherdik seorang wanita. Dan wanita itu adalah Maria. Pada masa itu Maria baru saja menjejakkan kaki ke kota. Hasratnya adalah untuk bekerja dan mencari nafkah agar keluarganya di kampung boleh merasa hidup senang. tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dia ditipu oleh pemandu teksi yang sepatutnya menghantar dia ke sebuah kilang di Shah Alam. Oleh kerana kepolosan dirinya, dia telah dihantar ke ceruk Kuala Lumpur. Brickfield! Ya, Brickfield. Dirinya cuba dijual oleh pemandu teksi yang tidak berhati perut itu.

Maria bernasib baik kerana dapat melarikan diri. Digagahkannya langkah kaki dan akhirnya dia berhenti di sebuah warung yang tidak berapa jauh dari tempat dia ingin dijual. Beg pakaian dan segala yang dibawanya dari kampung semua tertinggal di dalam teksi. Yang ada cuma sekeping not sepuluh ringgit dan sekeping kad pengenalan miliknya. Di warung itu dia ingin membeli makanan tetapi pemilik warung itu menghalaunya kerana menyangka dia adalah GRO-GRO yang berkeliaran di kawasan itu.

Nasibnya baik, kerana pada masa yang sama, ada seorang lelaki telah membantunya. Arman. Ya, Arman. Arman telah menyelamatkan Maria dari terus dihimpit kesusahan. Dan Arman memujuk Puan Aida untuk memberikan pekerjaan kepada Maria. Kehidupan Maria lebih baik berbanding keadaannya ketika mula-mula  sampai di kota.

"Bang, tu panggilan untuk kita tu.", Kata Azalea pada Arman setelah dia mendengar panggilan untuk penumpang-penumpang pesawat ke Banda Aceh. Teguran Azalea itu segera mematikan lamunan panjang Arman.

Azalea segera bangun. Dia menarik beg pakaiannya. Sengaja dia tidak menyimpan beg pakaiannya di dalam kargo kerana nanti bila sampai di lapangan terbang di Banda Aceh, dia tidak perlu untuk menunggu lama untuk bagasi.

Azalea mencapai tangan Puan Aida dan mencium tangan ibunya itu. Puan Aida memeluk Azalea.

"Lea jaga diri di sana. kalau ada apa-apa, bagitahu ibu. Call ibu, ya?.", Pesan Puan Aida. Dia pengusap kedua-dua belah pipi anaknya itu.

"Ya bu. Lea janji. Ibu doakan perjalanan Lea ya. Doa lea selamat sampai. Dan untuk Hafizi juga ya ibu.", Sahut Azalea. Selepas itu dia bersalaman dengan Maria.

"Ibu, Man pergi dulu. Ibu take care. Maria, jaga ibu saya. balik nanti drive elok-elok.", Pesan Arman kepada ibunya dan juga Maria.

"Man tolong jagakan Lea disana. Sampai di sana nanti, jangan lupa telefon ibu. ", Pesan Puan Aida pada Arman pula.

Azalea dan Arman berjalan beringan ke dalam boarding hall. Azalea melambai kepada ibunya dan Maria. begitu juga Puan Aida dan Maria. Selelah melalui pemeriksaan kastam dan cop pasport, Azalea dan Arman terus menuju ke pintu G12, iaitu pintu dimana para penumpang pesawat boeing 767 keluar untuk masuk ke dalam pesawat.

*   *   *   *  *
Azalea memandang ke luar tingkap kabin. Awan kelihatan putih dan berkepul-kepul tidak lagi kelihatan kerana hari sudah gelap. 'Alangkah indahnya jika dapat menari di atas awan. Seperti Cinderella dan putera rajanya'. Detik hati Azalea. Memandangkan Air Asia tidak menyediakan makanan untuk para penumpang, jadi Azalea dan Arman terpaksa membeli makanan yang di jual di dalam flight. Azalea memilih untuk minum jus oren sahaja, manakala Arman memilih untuk makan Boneless Chicken Rice dan air Pepsi.

"Abang, agak-agak abang kan, macam mana keadaan Fizi eh?", Soal Azlaea seperti budak kecil. 

Arman memandang Azalea. Dia tahu adiknya itu risau.

"Kita doakan yang terbaik buat Hafizi. Abang pun tak tahu apa nak cakap pada Lea. Kita tidak tahu keadaan sebenar. Kemalangan kecil atau besar, semua tu kita akan tahu bila kita dah sampai di sana. Sabar ya Lea.", jawab Arman. Dia cuba memberi semangat pada Azalea.

Azalea hanya mengangguk lemah. "Lea nak tidur lah bang. Nanti kalau Lea tak sedar, abang kejut Lea.", kata Azalea. Dia melihat Arman hanya menganggukkan kepala. Azalea melelapkan matanya.

*   *   *   *   *

Pesawat Air Asia yang dinaiki oleh Azalea dan Arman telah selamat tiba di Lapangan Terbang Banda Aceh. Hujan gerimis menyambut kedatangan Azalea dan Arman. Tanpa berlengah-lengah lagi, setelah semua urusan kastam selesai, Arman terus mendapatkan teksi.

"Kita check in kat hotel dulu ya Lea. Nanti dari hotel tu, baru kita ke hospital. Lagipun kita tidak tahu hospital mana Hafizi ditempatkan. Boleh gitu Lea?", Tanya Arman pada Azalea setelah mereka berada di dalam teksi.

"Boleh je bang. Lea pun tak tahu mana satu hospitalnya. Nanti kita tanya pihak hotel saja lah. Mana tahu kot kot mereka boleh tolong kita.", Jawab Azalea.

Setelah sampai di hotel yang telah ditempah oleh Arman melalui internet, Arman terus menuju ke kaunter penyambut tetamu. Arman telah menempah dua bilik berasingan untuk dia dan Azalea. Setelah membersihkan diri dan sembahyang Azalea dan Arman turun semula ke lobi hotel.

"Bang, nak tanya kat mana ni?", Tanya Azalea pada Arman.

"Lea tunggu kejap kat sini. Abang tanya kat receptionist tu eh.", jawab Arman. Dia berjalan menuju ke arah wanita yang berada di kaunter.

"Selamat malam. Saya Arman, pelanggan di hotel ini. Erm, saya nak tanya, cik tahu tak hospital yang ada dekat-dekat kawasan ini?", Tanya Arman.

"Selamat malam. Di Banda Aceh ada beberapa rumah sakit. Tapi rumah sakit yang terbesar di sini cuma ada satu pak. Rumah Sakit Banda Aceh. Ada apa ya pak?", tanya penyambut tetamu itu.

"Saya nak tanya, tahu tak tentang kemalangan jalan raya yang telah berlaku dalam masa sehari dua ini?", tanya Arman lagi.

"Erm, sekejap ya pak. Saya tanya pada ketua saya. Saya baru masuk syif di sini. "Jelas wanita itu. Kemudian wanita itu masuk ke dalam bilik di belakang kaunter. Beberapa minit kemudian, seorang lelaki berpakaian seperti pegawai atasan keluar dari bilik tersebut.

"Pak Arman?", Tanya lelaki itu pada Arman yang masih bediri di depan kaunter.

"Ya. saya. Arman Taufik.", Arman memperkenalkan dirinya pada lelaki itu. Dia menghulurkan tangan kanannya dan disambut baik oleh lelaki itu.

"Saya Fredo, pegawai atasan di hotel ini. Ada apa yang saya bisa bantu bapak?", Tanya lelaki yang bernama Fredo itu.

"Saya ingin bertanya, adakah encik tahu tentang kemalangan jalan raya yang berlaku di sekitar bandar ini dalam dua hari yang lepas?", tanya Arman.

"Setahu saya, jika ianya di dalam kawasan berdekatan di sini, enggak ada kecelakaan mobil yang berlaku. Tetapi, beberapa hari lepas, saya ada terdengar satu kecelakaan mobil berlaku. Tetapi di kawasan pedalaman Banda Aceh. Kalau enggak silap saya, orang yang terlibat dengan kecelakaan itu, rakyat Malaysia.", Jelas Fredo pada Arman.

"Jadi, dimana mereka dihantar?", Tanya Arman lagi.

" Jelasnya di sini punya satu saja Rumah Sakit Umum, iaitu Rumah Sakit Banda Aceh. Kami bisa menghantar bapak, jika bapak mahu kesana.", Jawab Fredo.

"Saya mahu kesana. Dimana pengangkutannya?", Kata Arman.

"Tunggu sekejap ya pak, saya hubungi supir hotel kami.", Kata Fredo. Dia terus mendail nombor telefon pemandu hotel.

"Ayuh pak, saya tunjukkan kenderaannya.", pelawa Fredo.

Arman memanggil Azalea yang sedang duduk di sofa di  lobi hotel. Azalea bingkas bangun dan berjalan beriringan dengan Arman.

"Pak Hamid, hantar pelanggan ini ke Rumah Sakit Umum ya pak.", kata Fredo pada pemandu hotel yang dikenali dengan nama Pak Hamid.

"Baik Pak Fredo.", jawab Pak Hamid.

"Silakan masuk pak, ibu ." Pelawa Pak Hamid pada Arman dan Azalea.

Azalea dan Arman melayan perasaan masing-masing ketika berada di dalam kereta. Begitu juga Pak Hamid. Akhirnya mereka sampai di hospital. Setibanya di hospital, Azalea terus meluru ke kaunter pertanyaan.

"Selamat malam, nurse. Saya nak tahu dimana pesakit kemalangan jalan raya tempoh hari. Rakyat Malaysia." tanya Azalea pada seorang jururawat yang berada di kaunter pertanyaan itu.

"Maksud non, Pak Adrian?", Tanya jururawat itu kembali.

"Pak Adrian? Bukan. Bukan dia. Nama dia Hafizi. Hafizi Rashid.", Jawab Azalea.

"Kalau yang namanya Pak Adrian, ada disini non. Di wad ICU di hujung sana. Tapi jikalau yang namanya Hafizi, saya rasa enggak ada non. Cuba non ke wad ICU, disana ada doktor bertugas. mungkin mereka tahu non." Jelas jururawat itu dan berlalu pergi.

Azalea dan Arman saling berpandangan. "Bang, kita pergi ke hospital yang betul kan?", Tanya Azalea.

"Rasanya betul. Tadi nurse tu cakap naka pesakit itu adalah Adrian. mungkin itu  bos Fizi.", Kata Arman sekadar memberikan cadangan.

'Adrian! Ya Adrian! Itu memang nama bos Hafizi!'. Kata Azalea dalam hatinya. Dia tiba-tiba teringatkan sebaris nama yang disebut oleh Sarah, anak kepada Tuan Firdaus dua hari lepas.

"Ya bang. Adrian. Itu bos Fizi." , Sahut Azalea. Mereka terus berlari-lari anak menuju ke wad ICU seperti yang ditunjukkan oleh jururawat tadi.

*  *   *   *  *
Doktor Indra mengetuk wad Adrian. Dilihatnya Fezra masih lagi setia menemani Adrian di ruang bilik itu.

"Selamat malam Doktor Fezra.", Ucap Doktor Indra.

"Selamat malam doc.", Jawab Fezra.

"Gimana keadaannya? Bertambah baik?", tanya Doktor Indra.

"Begitulah doc. Tiada gerakan.", Jawab Fezra. Dia hampir putus asa dengan keadaan Adrian yang masih kaku dan tidak memberikan apa-apa tindak balas.

"Bapak sama ibunya mana?", tanya Doktor Indra lagi.

"Mereka kembali ke hotel. Ambil barang-barang Adrian dan Hafizi di hotel tempat mereka menginap.", Jawab Fezra.

"Kalau begitu, saya pamit duluan.", Pinta Doktor Indra. Dia melangkah keluar dari bilik Adrian.

Doktor Indra berjalan menuju ke ruang kaunter untuk wad ICU. Dia menyerahkan beberapa fail pesakit kepada jururawat yang bertugas.

"Sus, ini fail-fail pesakit. Sila disimpan ya." , kata Doktor Indra. Fail-fail yang berada di dalam tangannya diserahkan kepada jururawat di hadapannya.

"Doc, ini ada pelawat. Dari Malaysia.", Kata jururawat itu. tangannya diajukan ke arah Azalea dan Arman yang sedang duduk di kerusi.

"Pelawat? Kok malam-malam begini ada pelawat?", Tanya Doktor Indra dengan perasaan pelik. Selalunya wad ICU ditutup untuk pelawat kecuali ahli keluarga yang menjaga pesakit.

Doktor Indra mendapatkan Arman dan Azalea yang masih memandangnya dengan pandangan tanda tanya.

"Saya Doktor Indra. Doktor bertugas disini. Ada apa ya?", kata Doktor Indra memperkenalkan dirinya kepada Azalea dan Arman. Tangannya dihulurkan.

"Saya Arman Taufik. Dan ini adik saya, Azalea Diyana Taufik." , jawab Arman. Tangan Doktor Indra disambut.

"Kami mencari pesakit dari Malaysia yang bernama Hafizi. Dia terlibat dengan satu kemalangan jalan raya tempoh hari.", Arman memberitahu tujuan sebenar mereka berada disitu kepada Doktor Indra.

Doktor Indra terkejut. Tetapi ekspresi wajahnya cuba disembunyikan. Wajah Azalea dan Arman ditatapnya satu persatu.

"Anda punya hubungan apa dengan Pak Hafizi?", tanya Doktor Indra. Dia inginkan kepastian.

"Saya kekasih Hafizi.", Jawab Azalea yang sedari tadi mendiamkan diri.

"Apa tiada yang menghubungi anda untuk memberitahu keadaan Pak Hafizi?", tanya Doktor Indra lagi.

"Tiada. Kami tiada mendapat apa-apa berita mengenai keadaannya. Dia baik-baik saja kan?", tanya Azalea.

Doktor Indra tidak menjawab pertanyaan Azalea. Tiba-tiba Tuan Firdaus dan Puan Melissa masuk ke dalam wad ICU. 

"Pak Firdaus.", Doktor Indra memanggil nama Tuan Firdaus.

Tuan Firdaus menoleh kearah Doktor Indra. Wajahnya yang tadi sugul bertukar terkejut. Dia melihat Azalea dan seorang lelaki berdiri di sebelah Doktor Indra.

"Azalea!", Tuan Firdaus hanya mampu memanggil sebaris nama milik Azalea.

"Tuan Firdaus.", Kata Azalea. Dia sememangnya tidak terkejut juka bertemu dengan Tuan Firdaus disitu. lagipun Sarah sudah memberitahunya bahawa Tuan Firdaus sekeluarga sudah berlepas ke Banda Aceh sebaik sahaja mereka menerima berita tentang Adrian, anak lelaki Tuan Firdaus.

"Bapak kenal sama wanita ini?", Tanya Doktor Indra pada Tuan Firdaus.

Tuan Firdaus hanya menganggukkan kepalanya. Puan Melissa terpinga-pinga. Dia tidak faham dengan keadaan yang berlaku.

"Wanita ini memberitahu saya bahawa dia kekasih kepada Pak Hafizi. Tetapi dia enggak tahu apa yang telah berlaku. Bisa dijelaskan situasinya?", Tanya Doktor Indra.

"Doc, saya juga baru tahu bahawa Hafizi mempunyai kekasih. Itu pun setelah anak bongsu saya yang memberitahu saya semalam.", Tuan Firdaus menyatakan hal yang sebenarnya kepada Doktor Indra.

"Kalau begitu, saya rasa, lebih baik aja keluarga bapak yang memberitahu tentang perkara yang sebenar kepada non Azalea. Saya pemisi dulu.", Jawab Doktor Indra dan berlalu keluar.

Azalea memandang wajah sugul Tuan Firdaus. "Apa yang telah berlaku tuan?", tanya Azalea sebaik sahaja Doktor Indra pergi.

"Azalea, maafkan saya kerana tidak menghubungi awak. Saya tidak tahu tentang hubungan awak dan Hafizi. Sarah yang memberitahu saya semalam. Itupun melalui anak sulung saya, Fezra.", Suara Tuan Firdaus tersekat-sekat.

"Saya nak tahu apa yang berlaku sebenarnya.", Suara Azalea agak hening. Ada getar di hujung suaranya.

"Hafizi....Hafizi....", Tuan Firdaus tidak menyempurnakan ayatnya. Puan Melissa juga tidak berkata apa-apa.

"Apa yang telah berlaku puan? Bagi tahu saya. Tolonglah.", Azalea mula menangis. Lengan Puan Melissa diraihnya.

"Tolong lah saya puan, tuan. Dimana Hafizi? Dimana?!", Suara Azalea semakin meninggi. Arman cuba menenangkan Azalea yang menangis hiba.

"Sabar nak. Mengucap. Hafizi...Hafizi...Allah lebih sayangkan dia. Hafizi pergi menghadap-Nya, nak", Kata Puan Melissa. Air mata merembes keluar dari matanya. Kedua-dua tangannya memegang pipi Azalea. Cuba mengusap air mata yang berjuraian di pipi Azalea.

"Hafizi!!!!!", jerit Azalea kuat. Dunianya berhenti seketika. Terasa semuanya gelap. Bayang-bayang Hafizi bermain di tubir matanya. Tangisnya menjadi semakin kuat. Kakinya lemah. Tiada kekuatan. Azalea terduduk di lantai. Matanya melilau mencari Hafizi, tetapi tiada bertemu bayangnya. Hafizi. Hafizi. Sayangku Hafizi.

Arman cuba menenangkan Azalea yang masih lagi terduduk di lantai.

"Lea, bangun Lea. Mengucap Lea.", Katanya sambil memeluk bahu Azalea.

"Abang! Hafizi dah tinggalkan Lea. Hafizi dah pergi. Fizi tak kan kembali lagi bang!.", jerit Azalea. Tangisnya menjadi-jadi.

"Maafkan kami nak. Kami tidak tahu Hafizi punya kekasih. Aunty minta maaf nak.", Pujuk Puan Melissa. Dia memeluk Azalea. 

"Sepatutnya keluarga puan menghubungi saya! Sya berhak tahu! Saya berhak tahu!", Bentak Azalea. Dia rasa dipinggirkan. Sedangkan dia adalah orang yang paling berhak tahu tentang keadaan Hafizi. Azalea menangis seperti orang yang tak keruan. Mulutnya tidak berhenti memanggil nama Hafizi.

"Papa, kenapa ni?", Tiba-tiba Fezra muncul di ruangan itu.

"Fezra dengar ada bising-bising. Ini ICU papa.", Jelas Fezra.

"Siapa ni ma?", tanya Fezra kepada mamanya. Dia melihat Puan Melissa sedangg memeluk seorang perempuan yang sedang menangis teresak-esak.

"Ini Azalea, Fez. Kekasih Hafizi.", Jawab Puan Melissa.

Fezra terkejut. Semalam Sarah memberitahunya tentang kekasih Hafizi dan hari ini orang yang dikhabarkan oleh Sarah itu ada di depan mata. 

Azalea bangun. Dia mendapatkan Fezra yang berdiri di sebelah Tuan Firdaus.

"Saya cuma nak lihat Hafizi. Saya rayu. Hafizi masih hidup kan? Dia baik-baik saja kan?", Tanya Azalea seperti budak kecil yang merayu pada ibunya. Dia menggoncangkan bahu Fezra.

Air mata Fezra mula merembes keluar. Fezra menggelengkan kepalanya. Tubuh Azalea dipeluknya erat.

"Hafizi sudah tiada Azalea. Dia sudah tiada.", Air mata Fezra berlinangan. tangis Azalea menjadi semakin kuat. Azalea meraung menyebut nama Hafizi.

Arman tidak dapat menahan sebak melihat keadaan Azalea seperti itu. "Encik, kalau Hafizi sudah tiada lagi, dimana mayatnya?", tanya Arman kepada Tuan Firdaus.

"Kami sudah kebumikan dia di tahan perkuburan yang berdekatan. Saya rasa tidak elok sekiranya dia disimpan betgitu lama di bilik mayat.", Kata Tuan Firdaus.

Azalea melepaskan pelukan Fezra. "Dia sudah dikebumikan? Tanpa menunggu kehadiran saya? ", tanya Azalea pada Tuan Firdaus.

"Ya Azalea. Hafizi sudah dikebumikan. Semua itu kami yang uruskan. Maafkan saya Azalea. Maafkan papa dan mama saya juga. Setelah Hafizi dikebumikan, barulah kami mendapat tahu bahawa Hafizi punya seorang kekasih. Maafkan kami Azalea.", Jawab Fezra tanpa menunggu papanya untuk menyahut soalan Azalea. 

Azalea terduduk di atas kerusi. Arman duduk di sebelah Azalea. Dia cuba menenangkan Azalea.

"Lea, sabar Lea. Allah lebih sayangkan Fizi.", pujuk Arman.

"Lea rasa tak berguna bang. Lea tidak berada di sisi Fizi di saat dia memerlukan Lea. Dan yang paling Lea terkilan, Lea tidak sempat melihat Fizi buat kali yang terakhir. Hati Lea sakit bang! Hati Lea pedih!", Rintih Azalea. Air matanya merembes lagi.

Tuan Firdaus dan Puan Melissa mendiamkan diri. Rasa bersalah menjalar di dalam hati. Begitu juga Fezra. Bagaimana reaksi Azalea sekiranya dia tahu tentang pembedahan pemindahan jantung Hafizi kepada Adrian? Hati Fezra mula risau. Rahsia itu perlu disimpan dengan baik. Yang tahu duma dia, Doktor Indra, Tuan Firdaus dan Puan Melissa. Cuma mereka berempat sahaja. Jangan ada yang lain.

*  *   *   *  *
Azalea masih lagi menangis. Arman mengajaknya pulang ke hotel setelah melihat keadaannya yang masih dikuasai emosi. Tadi sebelum pulang ke hotel, Puan Mellisa dan Tuan Firdaus ada menitipkan bagasi pakaian dan barang-barang peribadi milik Hafizi yang mereka ambil dari hotel tempat Hafizi menginap.

Setibanya di bilik, Azalea membuka beg pakaian milik Hafizi. Di keluarkannya baju-baju milik Hafizi. Dipeluknya baju lengan panjang berwarna biru muda kesukaan Hafizi. Hadiah hari jadi Hafizi yang diberinya tahun lalu. Azalea mencium baju itu. Masih ada haruman Hafizi melekat di baju itu. Hatinya menjadi semakin sayu. Dia menangis lagi. Kali ini lebih kuat. Barang-barang Hafizi dipeluknya. Hafizi terasa dekat.

"Fizi! Fizi!", Entah berapa kali mulutnya memanggil nama Hafizi.

"Sampai hati Fizi tak tunggu Lea. Lea rindu pada Fizi. Lea rindu." , Rintih Azalea. baju Hafizi diciumnya berkali-kali. Rindunya membuak-buak. Azalea tidur bertemankan pakaian milik Hafizi. Tidak dilepaskannya walau sesaat.

*  *   *   *   *
Keesokkan harinya, Azalea dan Arman melawat kubur Hafizi dengan ditemani oleh Fezra. Fezra merasakan adalah lebih baik jika dia sendiri yang menemani dua beradik itu ke kubur Hafizi. Dia takut sekiranya papanya yang menemankan mereka, nanti papanya akan terlepas cakap mengenai pembedahan ke atas Adrian tempoh hari.

Azalea duduk di tepi kubur Hafizi. Tanahnya masih merah. Nama Hafizi diukir cantik di atas batu nisan. Hafizi Rashid. Satu nama yang sentiasa menggetarkan perasaan wanitanya. Nama yang membuatkan dia terasa rindu. Nama yang membuatkan dia bahagia. Azalea menyentuh tanah-tanah di atas kubur Hafizi. Air matanya berlinangan lagi. Sungguh dia rindu! Dia rindu pada senyuman Hafizi, renungan mata Hafizi, suara Hafizi dan gelak tawa Hafizi. 'Ya Allah! Sungguh aku rindu!'. Jerit Azalea dalam hati. 

'Hafizi, andai ini takdir kita, Azalea terima dengan hati yang redha. Hafizi sayangku, temanku, kekasihku. Tenanglah kau disana. Tunggu Azalea di pintu syurga ya. Azalea sangan mencintai Hafizi. Azalea rindu. Azalea kasih. Azalea sayang. Cinta Azalea hanya milik Hafizi. Dan Azalea tahu, cinta Hafizi juga milik Azalea. Selamanya. tenanglah kau disana wahai cintaku, kekasihku, sayangku'. Rintih hati Azalea. Azalea mengusap air matanya dan mereka bertiga pun berlalu pergi.

'Selamat tinggal Hafizi Rashid. Namamu, wajahmu, senyumanmu, gelak tawamu akan ku  simpan dalam hati dan ingatanku. Selamanya. Aku cinta padamu, Hafizi Rashid'.


*to be continue*

xoxo,
 ♥arabella♥





No comments:

Post a Comment