Friday 30 September 2011

Akhirnya

Akhirnya! *buat gaya ala-ala Firas Ali dalam KTM*

My blog-love-story dah di update. Dah sebulan ye. Sorry, saya baru ada masa untuk update love story itu. So, saya harap you all suka dengan sambungan cerita itu. Walaupun agak tak menarik, tapi buat-buatlah macam menarik. Hehe.

So, people, enjoy!

Loves,

♥arabella♥

Hatiku Milik Azalea (Part 3)

Malam itu Azalea tidur awal. Entah kenapa dia merasa mengantuk. Mungkin letih memandu ke KLIA tadi belum hilang agaknya. Azalea mengusap pipinya. Terasa kering. Kemudian dia bangkit dari katil dan menyapu losyen ke mukanya. Tiba-tiba bayang Hafizi menjelma di ruang matanya. Arghh, Hafizi. Lelaki itu sudah mula dirindui. Baru saja pagi tadi Hafizi berangkat ke Indonesia.

" Hafizi buat apa ye sekarang?", Kata Azalea di dalam hati. Dia merenung jam dindingnya. Waktu di Indonesia awal sejam dari waktu Malaysia. Lebih kurang macam itu lah. 

Tadi Hafizi sudah menghubunginya. Hafizi telah selamat sampai di Lapangan Terbang Banda Acheh. Azalea tersenyum. Dia memang rindu pada Hafizi.

"Dah dah. Adoi, kalau aku asyik teringat ngan Fizi ni, macam mana aku nak tidur!" Azalea bermonolog dengan dirinya sendiri. Lantas itu dia terus kembali ke katilnya dan baring. Dia cuba melelapkan matanya. Dan dia terlena.

     *           *              *            *            
" Fizi!!", Azalea terbangun. Dia mengucap. Dia mengesat peluh di dahinya.

Azalea termimpikan Hafizi. Dia bermimpi ada sesuatu yang buruk berlaku pada Hafizi. Azalea mencari handphonenya. Dia cuma mendail nombor telefon Hafizi. Tapi tidak berjaya. Tidak berjawab. Sepi di hujung talian.

"Arghh, Fizi dah tidur kot.", kata Azalea. Hatinya gusar. Dia runsing. Takut ada sesuatu terjadi kepada sang kekasih. Azalea mencuba sekali lagi.

" Fizi, jawab lah. jawab Fizi!", Azalea memohon.

"Helo?", Akhirnya panggilan itu diangkat.

"Hello, Fizi?" , Azalea memanggil Hafizi. Hatinya sedikit tenang. Akhirnya berhasil juga.

"Fizi? Ohh, Hafizi. Dia dah tidur. Ada apa ye?", Jawab suara itu.

"Dah tidur? Jadi ini siapa?", Soal Azalea.

" Addy, kawan Fizi", 

"Oh, Baiklah, nanti esok kalau Hafizi bangun, jangan lupa bagitahu dia yang saya ada call. And suruh dia call saya balik? Boleh?", Pinta Azalea.

"Ok, Don't worry. Esok lepas Subuh je I suruh Fizi call you.", Jawab Adrian. Dia tersenyum. Makwe Hafizi la ni! Katanya dalam hati. Alahai, untungnya badan.

Azalea menarik nafas lega. Walaupun tidak berpeluang untuk bercakap bersama Hafizi, sekurang-kurangnya dia tahu bahawa Hafizi baik-baik saja.

*     *    *   *
Di Acheh, Indonesia.

Angin pagi yang dingin menerpa ke seluruh badan. Adrian berasa sejuk. Dia menyarung bajunya. Dikerlingnya pada jam tangan, pukul 7.30 pagi. Arghh, awal lagi. Meeting bersama client akan berlangsung pada pukul 2 tengah hari nanti. 

" Masih awal lagi", Kata Adrian dalam hati. Dia mencapai handphonenya dan kembali berbaring si katil.

"20 missed calls! Mak aii, sapa pulak call banyak kali ni?", Jeritnya. Dia menekan butang hijau dan melihat senarai pemanggil si handphonenya.

"Hurmm, abah 2 missed call, mama 10 missed call, dan hurmm Julia, 8 missed call. Mama menang lagi!", Adrian tersenyum. Mamanya memang selalu begitu. Kalau panggilan tidak berjawab, alamatnya bersedialah menerima puluhan missed call dan seterusnya mendengar bebelan yang panjang. Julia pula, hah panjang la muncungnya nanti. 

" Hah bos! Bangun dah?", Hafizi mencelah. Dia memegang plastik merah di tangan kanannya dan senaskhah surat khabar di tangan kirinya.

"Hah, ni pagi bos bos, ni nak kena la ni!", Adrian mengomel. Dia tidak senang dipanggil begitu. Baginya, dia dan Hafizi tiada beza. Umur sebaya. Cuma Hafizi tua beberapa bulan sahaja darinya.

"Tu news hari ini ke?", Tanya Adrian. Dia memuncungkan mulutnya ke arah surat khabar yang berada di tangan Hafizi.

"Tak lah, semalam punya.", Gurau Hafizi.

"Aku sekeh kang!" Jerit Adrian.

"Nah", Hafizi menghulurkan surat khabar kepada Adrian.

"Ha, Addy, dalam plastik ni ada kuih sikit. Made in Acheh. Bukan Malaysia. Makan lah, breakfast. Kalau tak cukup, nanti kita pekena breakfast kat Restaurant Hotel ni pulak",  seloroh Hafizi. Dia tersenyum.

Adrian bangkit dari katil dah berjalan menuju ke meja makan. Aroma kuih yang di beli oleh Hafizi itu menusuk ke hidungnya.

"Hmm, sedap bau", Kata Adrian sambil menyuap kuih itu ke mulutnya.

"Aaa, sedap. Saya ada sendawa sikit la kat kuih tu tadi", Jawab Hafizi.

Muka Adrian menjadi kelat. Kuih yang disumbat ke mulutnya tersekat di tekak. Matanya terbuntang. Hafizi ketawa melihat reaksi Adrian. Tak sangka, begitu pulak reaksi bosnya bila dia bergurau begitu.

"Ala bos, saya gurau je. Haha", Hafizi masih ketawa.

Adrian mencapai sudu teh di atas meja dan di balingnya ke arah Hafizi.

"Nak ambik kau! Nak sangat bergurau ye. Nasib baik aku haus, kalau tak, dengan teh ni sekali aku balun kat kau", seloroh Adrian. Dia tersenyum.

"Oh ya Fizi, semalam ada perempuan call kau. Masa tu kau dah tidur. Handphone kau tu asyik memekak aje, jadi aku jawab la. Lupa pulak nak bagitahu kau tadi. Dia suruh kau call her back", Jelas Adrian. Sumpah, dia lupa tentang itu.

Hafizi tersenyum. Dia tahu siapa yang call. Tentunya Azalea. Si jantung hati. Dia terus mencapai handphonenya dan menuju ke balkoni. Nombor Azalea didailnya.

"Hello, Lea?", sapa Hafizi.

"Hello, Fizi?", jawab Azalea di hujung talian.

"Ya, Fizi ni. Sorry la sayang, semalam Fizi tidur awal la. Mengantuk sangat. Letih. Sorry ya?", terang hafizi. Dia tidak mahu Azalea berfikir yang bukan bukan. Biasa lah wanita, emosi lebih.

"Tak apa. Salah Lea. Lea yang call tengah malam", Azalea cuba menutup rasa gusarnya.

"Lea rindu Fizi ke?", Hafizi cuba meneka.

Azalea tersenyum. 

"Agaknya kot", jawab Azalea. Dia tersenyum. Dia memang rindukan Hafizi.

Hafizi tersenyum. Dia tahu apa yang berada di dalam fikiran Azalea. Dia tahu perasaan Azalea. 

"Lea buat apa ni? Kat kedai bunga ke?", Hafizi bertanya.

"A'ah. Kat mana lagi. Kat kedai la. Tolong ibu. Fizi? "

"Fizi kat hotel lagi. Meeting nanti, tengah hari. So, pagi ni Fizi rehat-rehat je la", Jelas Hafizi.

"Best tak kat sana?", tanya Azalea. hatinya teruja untuk bertanya. 

" Hurmm, biasa-biasa aje Lea. lainlah kalau di Bali ke, Bandung ke. Tapi not bad lah. Biasa lah, tempat orang kan. Kalau berpeluang, nanti kita honeymoon kat Indonesia. Ok tak?', cadang Hafizi. Dia tersenyum lagi. Dia ingin tahu apa respon Azalea.

" Indonesia je? Lea nak pergi Italy." Jawab Azalea. Dia kurang minat dengan negara Asia. Memang impiannya untuk pergi berbulan madu di Itali. Di Rome, salah satu kota paling romantik di dunia.

"Itali? Amboi, demand betul nampaknya tuan puteri ni. Fizi mana ada duit banyak nak bawa Lea ke Itali. Kalau ada duit pun, entah-entah tak sempat pulak nak pergi", jawab Hafizi.

Hati Azalea tersentak lagi. Hafizi mula lagi dengan kata-kata yang tidak menyenangkan. Azalea cuba menyembunyikan perasaannya. Biarlah hanya dia yang tahu.

" Erm, kalau macam tu, ke Indonesia je lah. Lea tak kisah. janji dengan Fizi. kalau sorang-sorang, Lea tak nak!", tegas Azalea.

"Ada ke orang honeymoon sorang-sorang?", Hafizi menjawab.

"Hurmm, ye la tu.", Azalea menjawab malas. 

"Oklah Lea, Fizi letak telefon dulu. Nanti apa pulak kata Tuan Addy kalau tengok Fizi bergayut lama-lama ni. Nanti malam, kalau Fizi free, Fizi call Lea ok", Hafizi menoleh ke arah Adrian yang kusyuk mambaca surat khabar di meja makan.

"Ok. Fizi jaga diri", sayu suara Azalea. Matanya dipejam. Sesungguhnya dia rindukan lelaki itu.

"Lea pun sama. Jangan lupa makan.I miss you", Pesan Hafizi. 

Azalea tersenyum. Kata-kata terakhir dari mulut Hafizi tadi menusuk ke dalam hatinya. Hatinya berbunga-bunga. Telefon diletak. Sekurang-kurangnya setelah mendengar suara Hafizi, dia sudah punya sedikit semangat untuk mengharung hari-harinya.

*    *   *   *
Puan Aida sibuk mengemas bunga-bunga di luar kedai sambil dibantu oleh pekerjanya yang setia, Maria. Banyak tempahan untuk hari itu. jadi dia perlu membantu Maria untuk menggubah sedikit sebanyak tempahan bunga yang diterima. Lagipun dia kasihan melihat Maria. Tak menang tangan Maria menggubah bunga.

"Maria, meh la sikit bunga tu. Saya tolong Mar gubah", pinta Puan Aida.

"Eh, puan. Tak apa la, saya boleh handle semua ni. Kenapa, puan tak percaya kat saya ke?" Tanya Maria. Dia sengaja bergurau. Dia tahu majikannya itu tidak sampai hati melihatnya letih. Puan Aida memang majikan yang sangat baik dan ringan tulang. Sebab itu Maria sanggup berkerja dengan Puan Aida sehingga bertahun-tahun lamanya. Azalea pun baik dengannya. Azalea melayannya dengan baik. Tidak pernah membeza-bezakan dirinya.

Puan Aida mencapai bunga ros dan tangannya ligat mencantas bunga-bunga itu. Sekejap sahaja, satu gubahan sudah siap. 

"Wah, puan. Cantik gubahan ni." , puji Maria. 

Puuan Aida memang pandai menggubah bunga. Dia mempunyai sentuhan yang luar biasa. 

"Pandailah awak nak memuji saya. Entah-entah awak memerli saya. Ye tak Mar?", seloroh puan Aida.

"Eh, saya puji betul ni puan. Cantik gubahan ni. Kalau gubahan ni dihantar ke Dana Corporation, alamatnya, banyak la tempahan yang kita terima", jawab Maria.

Puan Aida hanya tersenyum. Dana Corporation adalah pelanggannya yang setia. Setiap hari ada saja tempahan yang diterima dari Dana Corporation.

"Hah ibu, kak Mar, buat apa senyum-senyum ni? Gossip eh?", Azalea mencelah.

"Eh eh, kesitu pulak Lea ni. Kalau ibu, ibu tak pandai gosip gosip ni. Tapi kalau kak Mar kamu ni, tak tahu la pulak.", jawab Puan Aida. Dia menjeling Maria yang sibuk menggubah bunga. Maria hanya tersenyum.

"Oh ya ibu, mana gubahan bunga untuk Dana Corporation? Meh la, Lea hantar", 

"Tu, kat tepi tu", Puan Aida menunjuk gubahan-gubahan bunga yang ada di atas meja. 

Azalea terus mengangkat gubahan-gubahan bunga itu dan meletakkannya di dalam keretanya.

"Ada lagi tak bu?" , tanya Azalea dari luar kedai.

"Tak ada!" , Jerit Puan Aida.

"Ok, Lea pergi dulu bu.", Setelah mencium tangan ibunya, Azalea masuk ke dalam kereta dan pergi.

*    *    *   *   *
Jam menunjukkan pukul 10 malam. Azalea masih belum melelapkan matanya. Dia masih menatap handphonenya yang digenggamnya sejak dari tadi. Dia sedang menunggu panggilan dari Hafizi.

"Kenapa tak call call lagi ni?" , rungut Azalea.

Lagu Bruno Mars, Just The Way You Are berkumandang. Azalea menatap skrin handphonenya. Hafizi!! Tanpa berlengah lagi, Azalea menekan butang hijau.

"Hello, Fizi!", Sahut Azalea.

"Amboi, cepatnya jawab!Rindu Fizi ke?" , seloroh Hafizi.

Azalea berasa malu sebentar. Alamak! kantoi pula.

"Tak ada la. Ala nanti Lea tak jawab baru Fizi tau!", Azalea cuba berselindung. Malu.

Hafizi ketawa kecil. Dia membayangkan muka Azalea kemerah-merahan menahan malu. Dia bukan tidak tahu perangai Azalea. Kalau dah tak sabar, memang cepat je menjawab telefon. Kalau marah, jangan harap nak jawab cepat.

"Kenapa Lea tak tidur lagi ni? Kan dah lewat ni?", tanya Hafizi.

"Saja je. Tunggu Fizi call la. Macam mana meeting hari ni? Ok?"

"Ok, meeting sekejap je. Tak lama pun. Tak macam selalu. Biasalah, Tuan Adrian tu cekap orangnya. Client pun cepat paham apa yang dia cakap. Nasib baik ada dia, kalau Fizi pergi sorang-sorang, tak tahu la apa nak jadi", terang Hafizi.

"Ohh. Fizi rapat dengan bos Fizi?", Tanya Azalea.

"Macam mana nak cakap eh. Rapat la jugak. Macam kawan. Lagipun dia baik orangnya. Handsome tau! Ala-ala Zul Huzaimy gitu. Lea minat kan dengan Zul Huzaimy. Hah, kalau Lea jumpa Tuan Adrian, Lea mesti cair punya la. ", Kata Hafizi.

"Eh, eh, merapu la Fizi ni. Kenapa pulak Lea nak cair dengan dia?", Azalea menongkah kata-kata Hafizi. Geram.

"Yela, mana la tahu kan. Kalau cair, boleh Fizi kenal-kenalkan Lea dengan dia. Sekurang-kurangnya nanti bila Fizi tak ada, Tuan Adrian boleh jaga Lea dengan baik." sahut Hafizi.

"Fizi!", Jerit Azalea.

"Kenapa cakap macam tu? Fizi ni ada-ada saja tau. Lea tak nak la kat bos Fizi tu. Lea nak Fizi! Bukan orang lain. Hafizi Rashid!", Suara Azalea mula bergetar. Dia menahan gelodak hati. Dia marah. Hafizi kian merapu. Mengarut!

"Ala Lea, Fizi gurau je la. Dah la, jangan marah-marah. Fizi mintak maaf. Dah, pergi tidur. Esok kita berbual lagi. Mimpikan Fizi ya!", pujuk Hafizi.

"Fizi pun sama. Jaga diri. Jangan cakap mengarut lagi.", kata Azalea.

"Ye", Jawab Hafizi. Pendek.

"Janji?", pinta Azalea.

"Janji." Sahut Hafizi.

Peganglah janjimu wahai kekasihku.
Kerana janji itu satu kalimat yang berharga
Kalimat setia.

Azalea, perindu yang setia.
Hatinya gusar,
kerana sang kekasih selalu berkata berputar-putar.

Tuhan, hanya kau yang mengerti. 
Hati ini, hanya untuknya, Hafizi Rashid.



*to be continue*

♥arabella♥

Mungkin Belum Rezeki Saya

Hi all!

See my post title?

Okae, straight to the point. Saya pun takde mood nak cakap banyak banyak. Seriously.

I applied for the JPA Scholarship, and I didn't get it. Sedih bukan? Dah dua kali saya try and try, but nasib and rezeki masih tak menyebelahi saya. And I'm fade up dengan benda macam ni. Mintak mintak, tapi tak dapat. Study nak mamps, tapi tak juga dapat any scholarship. For those yang pernah merasa any scholar, I envy you. Seriously. Saya cemburu. Bukan cemburu kerana korang dapat duit yang the vass banyak, tapi cemburu kerana korang ada penaja. Means that korang in a secure situation. Nanti bila I jadi penanam anggur yang berjaya, korang dah ada tempat kerja. So tak payah susah susah nak rebut-rebut dengan orang lain. See, betapa specialnya korang-korang yang bertuah ini. 

Hurmm, macam ini lah saya. Sedih sorang-sorang dalam hati. Nak nangis, nak ngadu kat sapa? Boyfriend? Mak? Ayah? Hurm..nampaknya terpaksa la bertungkus-lumus untuk dapat First Class Degree ni, so dapat la reduce hutang piutang dengan encik PTPTN. 

Ok, sangat sedih dan speechless. Kurang gemar bercakap setelah mendapat keputusan tidak berjaya dari JPA. Peluang? Tak ada lagi kot. Sekarang ni dah 3rd year. So, mimpi je la. 

See you again dear bloggy.
Bai!
♥arabella♥

Jumaat Datang Lagi

Hi people! How are you? I'm fine. =) *Burp, kenyang melantak Chocolate & Raisins Bread dari Gardenia. Lepas tu pepandai sendiri nak topping Fine Peanut Butter pulak dah. Amboi selera macam gajah!* Tapi hasilnya, kenyang nak mamps.

Jumaat datang lagi! Yeay! Sapa happy, angkat tangan! For those who's not happy, korang angkat bontot! Pergi main jauh-jauh! Haha. Oh happy happy yeay yeay yeay! Siapa la tak happy bila tiba hari Jumaat kan. Esok weekend. Perghh, apa plan korang? I don't have any plan yet. Pity me. Nak buat macam mana, ni la hidup orang single, ye dop. Weekend boring. Kalau banyak fulus, boleh jugak pegi jalan-jalan ngan kengkawan, kan? Kalau takde, alamatnya kita bersantai di atas katil je la. Pas tu feeling sensorang layan cerita Korea. Nasib baik ada drama or movie, kalau takde, nak layan ape? Huh! Tak ape, masa bersama kawan kawan yang kita suka itu kan masa yang paling bermakna! Ye dop?

So, maknanya esok saya free. Lusa pun free. Isnin start busy balik. =(. Owh ya, nak share ngan you all jugak. Tadi ada my friend, Zul bagi tahu, Padini Concept Store ada buat Warehouse Sales! Kat Glenmarie Industrial Park. I tak pergi. Takde transport. Ruginyerr! Kalau tak silap I kan, PDI buat sales starts from RM5. So semua segala baju, bags, purse, jeans, slacks, shoes and so on, semua itu akan dijual bermula dengan harga serendah RM 5. Perghh, rugi gilerr kalau tak join! I nak sangat beli handbag baru. Ye la, I lama dah tak shopping hand bag ini. =(

Okae lah, bagi yang duk dekat tu, sila lah datang ke Warehouse Sales tu ye. Starting from today, 30/9/2011 until 1/10/2011. kalau tak silap, from 7am to 5 pm. Cepat,cepat,cepat! Siapa cepat dia dapat!! Bawa duit banyak-banyak! Hehe.

Okae, itu je update for now, nanti kalau I rajin, I update lagi. 

xoxo, Bai!

♥arabella♥

Thursday 29 September 2011

Siapa Kamu Wahai Sang Bulan

Hari ini menaip lagi,
Menaip tanpa henti.
Hati bercelaru lagi
Entah kenapa fikiran tidak tenang
Fikirkan kamu atau yang lain
Entah, aku bingung.

Menarik nafas lega
Cuba kosongkan minda
Tapi tak berupaya
Bayangan kamu masih di mata
Siapa kamu?
Siapa kamu wahai bulan?
Kenapa kamu menghantuiku?
Apa salahku?

Aku sedar aku manusia biasa
Tidak punya rupa dan harta
Kau tahu aku selalu mimpikan kamu
Tapi kenapa dahulu kamu tidak pernah muncul?
Aku separuh mati merindukanmu
Aku menantimu.
Huh, aku kesal.

Aku bukan manusia yang terdesak
Umur bukan faktor untuk aku berkhayal
Berkhayal tentang kehidupan di masa depan
Tapi khayalan itu adalah impian semua orang yang bergelar manusia.
Aku tidak dapat lari dari kenyataan itu.

Kenapa kamu mengambil masa yang terlalu lama?
Kenapa tidak hari ini?
Kenapa tidak esok?
Aku dilahirkan bukan untuk menunggumu Bulan
Aku lahir untuk memujamu
Untuk mencintaimu
Dan aku lahir untuk berada di sisimu

Bulan,
Jikalau kau mengerti apa perasaan aku,
Hadirlah Bulan
Hadirlah
Biarpun hanya dalam mimpiku

Bulan,
Aku merindui kehadiranmu
Aku bosan menunggu
Aku cemburu pada yang tidak menunggu

Siapa kamu Bulan?
Istimewakah kamu?
Berhargakah kamu?
Beertikah kamu?

Jika ya,
Aku sanggup menantimu hingga akhir nafasku.

♥arabella♥

Wednesday 28 September 2011

That Should Be Me

Hello all!

Post kali ni Ara nak share satu lagu yang Ara minat at the moment. That Should Be Me by Justin Bieber feat Rascal Flatts.

Komen: Lirik yang sangat best. Very touching. Voice control? You all judge sendiri okey? =)

So, this is the lyric. And you can song along. Ada video I bagi kat post ini. So people, enjoy ya?


That Should Be Me Lyrics


Ouuuuuuu
ouuuuuuuu

Everybody's laughing in my mind,
Rumors spreading 'bout this other guy,
Do you do what you did when you
did with me?
Does he love you the way I can?
Did you forget all the plans 
that you made with me? 
'cause baby I didn't!


That should be me,
Holdin' your hand,
That should be me
Makin' you laugh,
That should be me,
This is so sad,
That should be me,
That should be me,
That should be me,
Feelin' your kiss,
That should be me,
Buyin' you gifts,
This is so wrong,
I can't go on,
Till you believe that,
That should be me

Ouuuuuuu
ouuuuuuuu

That should be me,
Yeah,
You said you needed a little time
For my mistakes,
It's funny how you used that time 
To have me replaced,
Did you think that I wouldn't see you out at the movies
Whatcha doin' to me,
You're takin' him where we used to go,
Now if you're tryin' to break my heart,
It's working 'cause you know that,...

Chorus:

That should be me,
Holdin' your hand,
That should be me,
Makin' you laugh,
That should be me,
This is so sad,
That should be me,
That should be me,
That should be me,
Feelin' your kiss,
That should be me ,




Buyin' you gifts,
This is so wrong,
I can't go on, 
Till you believe that,
That should be me

I need to know should I fight
For our love for this long
It's getting harder to shield
This pain in my heart!!!

Chorus:
That should be me,
Holdin' your hand,
That should be me,
Makin' you laugh,
That should be me,
This is so sad,
That should be me,
That should be me, 
That should be me,
Feelin' your kiss,
That should be me,
Buyin' you gifts,
This is so wrong,
I can't go on,
Till you believe that,
That should be me,
Holding your hand,
That should be me,
Oh i makin you laugh, oh Baby,
That should be me,
(that should be me givin you flowers)
That should be me,
Talking by hours,that should be me, that should be me,
that should be me

Never should've let you go,!
I never should've let you go,!
That should be me!! <3
Never should've let you go
That should be me!!<3



Okae then, Bai!

xoxo
♥arabella♥

Tuesday 27 September 2011

Bila Saya Kata Saya Rindu

Hello korang semua! Sehat tak hari ni? Saya sehat. Baru lepas melantak chocolate waffle yang dibeli di Dataran Cendekia. Komen saya tentang waffle itu? Best sebab banyak chocolate. Abang tu tak kedekut nak bagi inti banyak. Thank you Abang Waffle. Amik ko, aku buat nama macam tu kat ko. Hehe. Tapi, the bad about this waffle is the taste of the waffle cake. Macam ada sesuatu yang tak kena. Macam ada rasa pelik la. =(. So, mood nak makan pun agak kureng. Rasa macam ada letak cuka. Eww, ada ke orang letak cuka kalau nak buat waffle. So, the conclusion is, saya rindu pada waffle yang kakak yang tak macam kakak tu buat last sem. Sem ini saya tak nampak pulak dia jual waffle. Kakak manis oh kakak manis, anda dimana? Saya rindu waffle awak! Grrr. Oh ya, hari ini saya makan waffle Gardenia. Waffle lagi! Hari ini memang hari waffle lah! Thanks to Ina. Makasey sangat! Semalam cari waffle tu, tapi tak ade. Tapi hari ini tetiba Ina tolong belikan pulak. Wehehew, bestnya. So, pagi tadi saya breakfast dengan makan waffle Gardenia yang beperisa Blueberry. Chewah!

Okae next, hari ni I went to the ERCAD Talk. ERCAD is a software, similar to AutoCAD and Orion and other Civil Engineering design software. Tapi what makes this software so special is, ianya dibuat oleh orang Malaysia! Yeay! Happy giler! Bangga! Haha. It was design/created by a responsible team in UTM Skudai and they collaborate with one of Perak big company, sorry, I forgot the name. Then, bla,bla,bla and so on. I pun tak dengar sangat, sebab duduk kat tempat yang paling belakang. Tapi the input yang I dapat hari ni ialah, I love this software. I memang tak tahu nak guna AutoCAD, and I really stupid in this design software. But when I heard this talk this morning, tetiba I suka pulak dengan software yang macam ini. It seems sangat easy and easy to understand. Seriously. Rugi kalau tak datang. * Tambah-tambah lagi ada beberapa orang Masters student from UTM yang in this team datang. Perghh, hensem-hensem* Cehh. Haha.

Done with the talk. So let's talk about classes that I attended today. Haha. =). First, Geotechnique class. Seems to be OK but not so OK. I don't really love Soil and Geo-technical   subject. But ok la, lecturer tu agak best and I can adapt the environment and I understand apa yang dia cakap. So, clap my own hand. Haha. Then petang tadi ada Reinforced Concrete Design class. Perghh, kelas ini memang kelas berani mati. Siapa yang berani je masuk kelas ni. This is the third week and I still cannot adapt the surrounding. I cannot adapt the teaching and learning process with my dear lecturer. Kenapa, kenapa, kenapa? Kalau masa diploma dulu, Design is one of my favourite subject. So, kenapa sekarang ianya macam susah?? Oh, tertanya-tanya!Ok, my last class, English class. Err? Macam noob kan kalau umur 23 tahun tapi masih attend English class. Haha. It's all about Public Speaking! Benda yang I hate the most. Hamek kau!! Dang! Banyak benda la nak kena buat. Hari ni balik dengan hati yang sebal. Nak kena cati topic untuk individual Public Speaking pulak. Alahai. Tapi nak buat macam mana kan. Terpaksa amik subject ni. Tahan je la. Madam Ananda, please be good to me, yea? =)

Owh, feel relief bila dah cerita pasal kelas yang pack itu. So sekarang I tengah layan Facebook. Nak load game pun lembab. Adoi. Apa punya standard la wireless ini! Itu la, kalau barang free, service pun tahap free juga! Broadband? Ha itu satu lagi. Berbayar tapi macam haram je connection. Grrr, tengah marah ni! Hot!

Okae lah people. Thanks to read my mumbling stories. Thank you! Thank you! I love you all. 

Sampai ketemu lagi di lain post. Okae!

p/s: Apa kena mengena post title ngan story saya hari ini? Ada kena mengena. Hehe =). 

--> Saya tengah rindu pada my family, my cat and my future Firas Ali. Sekarang ini saya tengah dalam mood nak cari seseorang yang bernama Firas Ali dan berwajah macam Zulhuzaimy. Amboi amboi amboi. Gedik betul! Haha. 

Okae lah, stop merepek. 

bai!
xoxo, 
♥arabella♥

Monday 26 September 2011

Kau Laksana Bulan

Hey you all! Apa cer hari ni? Sehat semua? Hello daddy! Hello mummy! *lambai-lambai ala-ala princess. Perasan* Saya sehat. Semakin sehat gitu. Haha. Baru balik dari Restoran Umi, Sek 7. I makan Nasi Kukus Ayam Berempah. Nasi kukus la sangat. Wehehe. 

Okae, now please refer to the post title. =). Bukan sengaja gedik nak buat post macam tu okae. *blwekk* It's a Malay drama. Drama ni ditayangkan last year. And I baru tahu keberadaan drama ini di Malaysia pada hari Sabtu lepas. Tu pun by luck. Haha. Thanks to Luna. *Makasey mu!* 

Mula-mula takde feel nak tengok. Sebab ada Ayu Raudhah. Perghh, belagak giler tak minat ngan Ayu Raudhah. Tapi yang make me interested with this drama is Zulhuzaimy. Dia jadi hero. I spell it again H to the E to the R to the O. HERO. Amacam, thrill tak? Haha. Belum pernah saya tengok Zul * perghh panggil nama manja.Haha* belakon dalam drama. Selama ni bajet Aaron Aziz je boleh jadi hero idaman Malaya. =).

I try la tengok Episode 1 kan. Saja la tadi tu. Kalau tak kenal, maka tak cinta. Ye dop? So, apa yang terjadi ialah, saya dah FALL IN LOVE  dengan story line drama ini! Dan bila I Google, rupa-rupanya drama ni adalah adaptasi dari novel, Kau Laksana Bulan. Thanks encik Google! Wah, sekarang ni banyak drama ey yang di adaptasikan dari novel. Terbaik! Sekurang-kurangnya kita boleh mengcungkil bakat-bakat novelis kan? =)

Drama ni ada 13 episode je. So I habiskan dalam masa 1 hari. Tak boleh kalau miss 1 episode. Seriously! Sebab babak antara Zul & Ayu sangat romantik. And I fall in love with Zulhuzaimy. Perghh. Senyuman dia, wa cakap lu...Lawa! =) =) =) *teringat. Gedik betol!*

Synopsis drama? Sila scroll kat bawah ni. =) *Bukan I yang karang tau, I copy paste je. =) Credit to Pereka Cerita. Thanks!!

SINOPSIS DRAMA KAU LAKSANA BULAN (budiey.com)

Kisahnya bermula pada babak Adrianna Johan, gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana. Dia telah memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian dalam bidang penulisan sambil melanjutkan pelajaran untuk mengikuti program sarjana di Universiti Malaya.
Kau Laksana Bulan
Walaupun ayahnya sentiasa memberi sokongan, ibu Adrianna, Salmah tidak pernah merasakan bahawa kerjaya anaknya sebagai seorang novelis sesuatu yang boleh dibanggakan. Baginya, lebih elok sekiranya Adrianna bekerja seperti graduan lain dan beri perhatian untuk mencari jodoh. Rungutan demi rungutan daripada ibunya itu meresahkan hidup Adrianna namun dia cuba memahami ibunya yang kebetulan tidak berpelajaran dan merupakan seorang suri rumah yang lebih suka bergosip dengan jiran-jirannya. Adrianna tidak senang dengan tabiat buruk ibunya dan dia juga sentiasa rimas dengan kerenah jiran-jiran tetangga yang suka jaga tepi kainnya.

Dalam bidang kerjayanya pula, Adrianna yang menggunakan nama samaran ‘Jenna Johan’, merupakan seorang novelis ‘Romance Thriller’ yang sedang mengukir nama dalam pesada dunia penulisan. Semasa memulakan program sarjananya, Adrianna sedang sibuk menulis manuskrip untuk novel ketiga yang berjudul ‘Penantian di Hujung Kabus’.
Kau Laksana Bulan
Dalam kesibukan mencari perwatakan yang sesuai untuk manuskripnya itulah Adrianna terserempak dengan Firas Ali di dalam tren komuter Nilai-KL. Dengan tidak sengaja, Adrianna terduduk di atas riba Firas semasa cuba mendapatkan tempat di suatu pagi, semasa menaiki tren komuter itu. Mereka bertemu lagi beberapa kali selepas itu dan pertemuan itu telah mendorong Adrianna untuk melakarkan watak Firas ke dalam manuskrip novelnya.
Kau Laksana Bulan
Adrianna juga pernah suatu ketika dahulu bercinta dengan Syafik, seorang lelaki yang sebaya dengannya, sejak zaman persekolahan lagi. Malangnya, pertalian mereka terputus ketika mereka sama-sama sedang melanjutkan pelajaran di menara gading. Namun Syafik telah muncul kembali dalam hidup Adrianna dengan tiba-tiba sahaja. Kemunculan Syafik itu menggembirakan Salmah, ibu Adrianna yang terlalu suka kepada Syafik dan mengharapkan sangat agar Adrianna memilih Syafik sebagai bakal suaminya sebaliknya kemunculan Syafik telah menimbulkan kekeliruan dalam hidup Adrianna.
Kau Laksana Bulan
Dalam begitu, Adrianna tetap keliru bila Firas berulang kali meminta agar pertalian mereka dirapatkan lagi bukan sekadar kawan biasa tetapi sebagai kekasih. Adrianna tidak mampu melakukannya kerana dia masih terikat dengan bayangan Razif, seorang lelaki yang pernah wujud dalam hidupnya selepas Syafik.

Razif merupakan seorang lelaki yang romantis dan puitis dan Adrianna yang mengenalinya melalui Internet, telah jatuh hati dengannya. Malang buat Adrianna, pertalian percintaan mereka terputus kerana Razif telah meninggal dunia. Malang juga buat Adrianna, kerana kematian Razif telah menutup ruang-ruang di hati untuk jatuh hati dengan lelaki lain.

Keadaan ini merumitkan lagi hidup Adrianna, bila dengan tiba-tiba muncul pula Eizlan yang terlalu mengingatkan Adrianna kepada Razif. Eizlan juga merupakan seorang peminat novelnya yang suka menghantar mesej-mesej puitis dan romantis yang seringkali menggugatkan perasaan ‘wanita’ Adrianna.

Perjalanan cerita di teruskan bila pada suatu ketika nanti, Adrianna dan Firas terpaksa berpisah kerana Firas tidak mempercayai kepada kejujuran Adrianna. Bila berpisah dengan Firas, Adrianna kecewa dan berasa hampa. Tetapi keadaan terus menekannya dan kerana itu, Adrianna telah bersetuju untuk menerima Syafik sebagai bakal suaminya. Malangnya, perancangan itu tidak kesampaian dengan perbuatan Syafik yang dianggapkan sebagai tidak serius.
Kau Laksana Bulan
Ketika itulah, Adrianna mula memberi perhatian kepada Eizlan. Kerana layanan Adrianna, Eizlan mula menaruh harapan untuk berkasih dengan Adrianna. Tiba-tiba, Adrianna sekali lagi terserempak dengan Firas yang sudah lama hilang dalam hidupnya. Kemunculan Firas kali ini telah mewujudkan perasaan cintanya yang sudah tidak berbelah-bahagi lagi. Mereka memilih untuk mendirikan rumah tangga.
Kau Laksana Bulan
Walaupun itu merupakan perancangan Adrianna, hidupnya menjadi kucar-kacir bila Razif (yang pernah dikatakan meninggal dunia) muncul semula. Dalam begitu, Eizlan terus mengganggu hidupnya. Ke mana sahaja Adrianna pergi, Eizlan menunggunya. Perbuatan Eizlan membuatkan Adrianna menjadi tidak tentu arah.

Pelbagai kejadian kini berlaku membuatkan hidupnya tercabar, penuh suspens dan sentiasa cemas. Begitu juga dengan kehadiran Razif yang telah memporak-purandakan rumah tangga Adrianna bersama Firas. Lalu bagaimanakah kesudahannya? Adakah cinta sejati untuk Adrianna muncul? Saksikan Kau Laksana Bulan di TV2.


So, bagi korang yang miss tengok cerita ni, I think you all boley pegi kat Youtube kowt. Hehe.

Okae, itu saja. Bai!

Love,
♥arabella♥ xoxo

Bini Biniku Gangster

Hello there people!! Cehh, happy gilerr bunyi ayat. Haha.

Okae, today was fun and I'm very happy. Sangat happy. Today Syikin, Aini and me went to TGV Bukit Raja and we watched Bini Biniku Gangster. Heronya? Siapa lagi kalau bukan Sam! Our fav. Cehh. Promote lebih.

Cerita yang klise dengan filem Kongsi. Cuma ni pasai gengster wanita pulak. Amacam? Thrill tak? Haha. By the way, Yana Samsuddin memang cute and lawa dalam filem ni. Sangan sweet watak dia. And our Sam, biasa la. Lakonan dia memang tak pernah merugikan wang ringgit anda. Watak Sam sebagai Herry @ Hairi. Dia seorang yang nerd dan noob. Selalu dibuli oleh si badak gemuk Mat Saja. Tapi by the end, Herry ni adalah anak ketua gangster. Perghh, kiranya ni macam sekuel watak dia dari filem Kongsi la, Tumulak. Siap ada dialog "cubit sikit, jerit serupa pondey". Perghh, memang lawak.

Riuh satu cinema gelak tengok gelagat manja bongok Sam. Geli pun ada, Lawak memang ada! Haha. Overall, memang lawak. Lakonan Intan Ladyana sebagai Rianna, not bad jugak. Cuma dia kena banyak praktis dalam bab-bab kuntau ni. Kalay Yana, memang superb. Gerakan sharp and fantastic. Tapi, tak apa, ini first try Intan dalam filem genre macam ni. Thumbs up for her and Yana. Tahniah!!

Overall preview--> Best, superb and lawak. Maybe kalau orang yang over critism, maybe mereka tak suka kot cerita ini sebab jalan cerita dia memang tak ubah seperti Kongsi ( I mean the story line about gangster & so on). Tapi kalau storyline about family, suami & isteri, memang lain dari yang lain la. 

So, jangan fikir banyak-banyak. Korang tak rugi sesen pun kalau pegi tengok filem ni. Kalau tak nak rugi, pegi je weekdays. Tiket murah. Hehe. Okae, so selamat menonton.

Further info about this film, Goggle je. Hehe. Thanks encik Google!

Bai!

Love,
♥arabella♥xoxo

Wednesday 21 September 2011

Selipar Jepun

Hello! Korang happy tak hari ini? Saya half happy. cehh!

Today, my day starts at 10 am. Why? Because I have the meeting with my Dean, *Sorry, I don't know his name. Pheww, pity me* After the 15 minutes meeting, * it's really boring! And thanks God, it only takes my 15 minutes*, Syikin, Aini and me went to PKNS Complex. Syikin nak hantar pos express to her sister. And I amik peluang tu untuk topup my ASB punya account. Tak banyak, tapi saya rasa berpuas hati. Akhirnya saya mampu menabung di dalam ASB saya setelah beberapa tahun tak menabung. Happy! Yeay! 

Right after that, we went to McD. I ate Mc Chicken medium set & Bubur Ayam Mcd. Syikin ate Ayam Goreng Mcd & porridge. Aini ate GCB & porridge. Wah! Semua makan Bubur Ayam McD yea? Seriously, bubur itu memang sedap. Thumbs up! Terima kasih la kepada akak-akak, abang-abang yang kerja di McD kerana masak bubur yang sangat sedap itu.

Setelah semuanya kenyang dan terlampau kenyang *haha* kitaorang pun sedia nak gerak ke Plaza Alam Sentral or the famous name, PAS. Bukan parti pembangkang tu ye. Opss, no politic okae. =). But pity us, hari tiba-tiba hujan dengan lebatnya. So, port yang paling best untuk menunggu hujan reda ialah kedai Bata! Taraa!! Tapi hujan tak juga reda. So, Aini cakap better dia and Syikin pergi sembahyang dulu. Lagipun waktu Zohor dah masuk. So, kitaorang pergi la kat surau kat PKNS tu. 

Dalam surau, kitaorang jumpa seorang wanita muda and her baby boy. Baby itu sangat kiut ye kawan-kawan. Kulit cerah, and of course la kulit yang takde jerawat. haha. I tanya the mother siapa nama anak dia. She said, his name is Mukhriz Azam. I tak tahu la ejaan nama betul. Biasa la sekarang ni, ejaan nama budak tak serupa dengan cara sebutan. So then I tanya berapa umur budak tu, berapa tahun. And she said anak dia baru je 6 bulan. I senyum je. Kantoi pulak tak tahu nak menilai umur budak. haha. I'm not that expert in guessing a baby's age. Tapi yang I perasan pada awal-awal kitaorang masuk surau tu tadi, budak tu tak pandai jalan lagi. So, memang sah-sah la budak tu tak sampai setahun lagi. Adoi, bengong tul aku neh! Haha. Tapi babe, badan budak tu besar wei. Chubby! Sebab tu la I kata budak tu setahun lebih. Hehe. And the woman sangat penyayang. Owh, pada masa tu I dreaming nak jadi a mother. Uwekk! Haha!

Okae, finish with the baby's story. After that kitaorang redah juga hujan renyai-renyai pergi PAS. Amboi, saya tak sedar diri pulak yang saya ni sakit. Huhu. Sangat terkejut bila tengok jalan depan SACC Mall tu dah banjir. Owh, very poor drainage. Hujan tak sampai sejam dah banjir. So saya dengan berat hatinya terpaksa menyeret sandal Vincci kesayangan saya yang saya beli beberapa bulan yang lalu ke dalam air hujan itu! Oh holy shit! Hati sangat sedih!

Setibanya di PAS, kitaorang pergi The Store. Aini and Syikin bought themselves a long Lady Like jeans. I tak beli apa-apa because I dah melantak abis beli velvet jeans kat FOS Sunway hari tu. Walaupun saya teringin sangat nak beli jeans from Braps itu tadi, tapi terpaksa juga menghalang niat di hati. So, finally saya dah lupa tentang jeang itu. Yeay! Happy! 

After that, kitaorang pergi kat level  4 and bought Kaspersky Antivirus. MYR88 for three user for 1 year. Mahal? Agak mahal. Abang cashier tu tak nak kurang. Mengada betul! Then Aini pulak pergi format handphone dia. So sementara tunggu handphone Aini siap, I gedik gedik la beli selipar jepun. Saja je nak wat habiskan 15 ringgit. Ciss. Tak berapa best, sebab selipar yang I nak tu I tak beli sebab mahal sangat. Cehh, padahal beza 5 ringgit je. Tapi boleh la sekadar untuk suka-suka nak pakai. *Memang menghabiskan duit betul*

After semuanya selesai, we all balik la ke UiTM tercinta. Yeah! Naik ape? Naik Bas Rapis lerr. Bit sana, Bit sini! Bit Bit Bit!

So, now dah ada kat kolej. Baju pun dah disumbat ke dalam mesin basuh and tengah tunggu baju mengering. Malam ni, for dinner cuma bread and peanut butter je la okae? Sila jangan banyak songeh! Nak jalan ke DC malas! Haha.

My room mate, Pipah, dah keluar. I don't know where. So, the room is officially mine once again. Hehe.

So people, that's all for today. Kalau I rajin lewat malam nanti I update lagi. Kalau malas, kita jumpa esok je la okae!

Bai!
love u,
xoxo
♥arabella♥

Tuesday 20 September 2011

Bukan Insan Biasa.

Selamat malam semua. * Saya menaip post ini pada pukul 11.30pm yerr* Cehh, nak tunjuk yang saya ni tidur lambat la tadi kan. Haha. =)

Okae, back to the topic. Bukan Insan Biasa @ Not An Ordinary Person. God had created everyone of us different in shape and other physical appearance. We do have the same numbers of eyes, nose, ears, hands, legs, fingers and etc. But He created us in a different appearance. I have a dark brown eyes and hair, and you maybe have black eyes and hair. Why we are different? Why don't we have the same face, same size, same height? Why? Why?

Can you tell me why?

My opinion
God creates differences in us because He knows our strength. For example, He created a tall guy, and He gives that guy a talent in playing basketball. He made a man/woman without their eyes because He don't want them to see the scary world or even war. But, He gives them talents to make them improve their lives. For example, Stevie Wonder. He is a blind man but he is great in playing the musical instruments. See? We are special. We are not an ordinary person.

So, what am I saying here is, whoever you are, what ever weaknesses you have, you must not let your confidence level down. You must be strong. You must find out what is your strength. Nobody will gonna help you unless you help yourself. Everyone of us has our own talent. All we have to do is to dig the talent out from our inner side. Never let the talent hidden behind. Otherwise you yourself will lost everything. 

Jadi, kepada kawan-kawan yang kita suka *perghh, tiru ayat Zahiril Adzim jap*, jangan lah kita merasa sedih kerana kita tidak sehebat orang lain, kerana sesungguhnya kita ADA kelebihan. Mungkin kita sendiri belum nampak atau sengaja pura-pura tidak nampak. Jadi, mulai hari ini, MARI KITA MENGGALI KELEBIHAN KITA YANG TERSEMBUNYI! Ayuh!

Loves, 
xoxo
♥arabella♥

Monday 19 September 2011

Stop Discrimination and Bullying!

Have you read my topic? Okae, hari ini saya nak bercakap pasal diskriminasi dan buli. *emo*

Situasi kenapa saya sangat emo hari ini : Kelas ECM.
Cerita benar. Bukan direka. Cuma ditaip dan dikemukakan dengan bahasa yang dikarang sendiri. Perasaan emo tidak mempengaruhi cerita ini. Saya profesional. =)

Okae, let's start. There is a big guy in our class. We called him Bob. He is much much older than us. Saya rasa dia dah nak masuk 30 tahun kot. And kitaorang yang lain dalam kelas tu around 22-24 years old. So memang dia super duper lebih tua la dari kitaorang kan.

Bob ni orang yang pandai. Very critical thinking. Sangat detail. Kalau dia tak paham, dia akan tanya berulang kali. Biasalah, kalau umur meningkat, maybe tahap penerimaan kita tu kurang sikit dari orang yang lebih muda. So dia akan tanya soalan-soalan yang kadang-kadang kitaorang sendiri pun naik bengang kan. Tapi tu hak dia la nak tanya apa. Dia pun nak belajar jugak.

Ok, apa yang saya bengang hari ini adalah bila berlakunya diskriminasi terhadap Bob. Tadi lecturer tanya, macam mana kita nak mengangkat beam/column ( saya tak pasti apa gambar yang ditanyangkan di depan sebab saya duduk di barisan yang paling belakang. Tapi yang saya sure, benda tu memang berat la). Tipa-tiba ada dua orang classmate kita orang cakap, "guna Bob Besar".  Sampai saya yang kat barisan yang paling belakang pun dapat dengar apa yang dorang cakap. Okae, itu adalah cerita tentang apa yang terjadi hari ini.


Perasaan saya.
Masa tu hati saya memang panas giler. The two guys are VERY RUDE! And yang paling menyakitkan hati adalan dua orang lelaki tu adalah course mate kitaorang dari Arau dulu. OMG! What the fuck they are saying about. Sangat sangat celaka.

Apa dorang fikir dorang tu hebat sangat lah? Bajet hensem sangat la tadi? Haktuikk! Before this I memang respect dua orang lelaki ini. Seorang daripadanya pernah jadi my best friend and sorang lagi tu memang dikenali dengan perwatakan yang alim dan baik. So bila mereka berbuat macam itu, rasa respect saya terus HILANG. Rasa nak slap slap slap je muka mereka. Memang super duper kurang hajar. Orang macam tu memang tak layak untuk diberi muka.

So, people, please stop this discrimination! Korang patut bersyukur kerana korang mempunyai personaliti fizikal yang menarik dan cantik. Tapi itu tidak bermakna korang boleh merendah-rendahkan orang lain. Bila anda merendah-rendahkan orang lain, itu bermakna anda telah menghina ciptaan Tuhan. Dan anda tidak layak untuk menilai sesiapa kerana anda sendiri pun tidak PERFECT!

Saya paling tidak suka orang yang menghina keaadaan fizikal orang lain. These people are the most stupid people on the entire world. Seriously!

Kita tidak tahu nasib kita di hari muka. Hidup seperti putaran roda. Jika sekarang kita berada di atas, mungkin esok kita akan berada di bawah. So people, sama-sama kita renung-renungkan. =)

p/s : pengajaran ini juga ditujukan untuk saya sendiri.

Bai
xoxo,
♥arabella♥

B for B.A.N.A.N.A

Banana!Banana! Cehh, comel tak post title saya? Heheh. *sengih memanjang*

Korang nak tahu kenapa saya pilih banana? Bukan oren, strawberry, manggis, mangga atau durian?? Kenapa? Cepat jawab, cepat jawab! haha.

Kalau sebut banana, apa yang korang akan fikir? Cehh, selamba badak je aku suruh korang teka kan? haha. Okae, straight to the point. Banana-->sembelit. 

Yeah! Saya sedang mengalami sembelit. *adoi, benda macam ni pun nak bagi tahu kat blog ke??* Kenapa saya nak bagi tahu korang semua? Sebab saya memerlukan solusi untuk masalah ini. Saya tahu banana memang satu cara yang paling femes untuk penghidap sembelit ni. *aww, macam kronik pulak. And yes, memang kronik.* So, saya nak tanya korang apa lagi cara yang berkesan untuk mehilangkan sembelit. Sembelit ya tuan tuan dan puan puan. Bukan senggugut atau selulit. =)

Siapa yang baik hati, sila la share dengan saya cara-cara yang korang rasa berkesan. Adoiyai!

Itu sahaja untuk pagi ini.

xoxo, Bai!

♥arabella♥

Saturday 17 September 2011

Mari Tengok Ini!!! Jangan Tak Tengok! * Accessories dari Kain Felt*

Amboihh....mengadanya post title. Haha =).

Okae, post kali ni I nak promote my friend's punya hasil tangan. Her name is Hasna.

Enjoy the photos!


ni cekak rambut


ni HP straps, thumbdrive casing, broadband casing.


ni keychain


ni HP casing (depan)
korang boleh buat apa-apa je initial korang. =)

ni HP casing ( belakang)

ni hot item for students! =) matrix card casing. Cute kan?




tempat letak tissue. =)



ni keychain. tapi versi jersey. korang boleh request apa-apa kaler.
p/s : Faez tu nama tuan punya keychain ni okae. korang boley letak nama korang, nama awek ke, nama kucing ke. tak kisah. =)


ni keronsang. lawa!


Semua ni 100% kain felt. Dijahit sendiri oleh Hasna. =). &Terrer tak budak civil buat benda gini??* *wink!*. Kalau korang beminat, boleh buat tempahan terus kat Hasna. Macam mana? 
1. korang bagitahu la apa yang korang nak ( HP straps ke, keychain ke and so on)
2. Pilih colour yang korang nak. (any colour) * Hasna ada banyak jenis colour*
3. Send ke no Hasna--->0195252543.
4. So, nanti korang bgtau la detail korang kat Hasna.

Senang je kan? Kalau nak tempah memali blog ini pun boley jugak. Comment je post ni. Buat step yang sama dengan diatas, tapi leave your contact number. Tapi kalau nak private terus kat Hasna lagi bagus. =)

Owh ya, harga?? tu kena tanya Hasna. Nanti I try tanya, and I will update ye!

Kalau nak tengok apa lagi yang Hasna buat, sila la ke Facebook dia --->Facebook Hasna' Yusuf

p/s : Dia berbakat dalam creating a gift combination daripada kain felt & button. Nanti I mintak some photos dari dia okae!

Enjoy!

Hugs, xoxo,
♥arabella♥

Johnny English Reborn 2011.

Today I watched Johnny English Reborn at TGV Cinemas, Sunway Pyramid with my 'kaki wayang' buddy, Syikin. =). This is the first movie that we watched in this semester. Last semester punya tak terkira. =). 

We went there by taxi-KTM-mini bus-jalan kaki. Haha. Penat sungguh cari cinema. Sampai keliling Sunway. Can you imagine berapa kilometer kitaorang jalan?? 9 bulan duk Shah Alam and hampir every week pergi Sunway, Syikin and I masih lagi tak ingat mana cinema. Hadoi! Penat! Sekarang dah takkan lupa lagi dah. Hehe.

We had our lunch kat Popeye, our second favourite fast food outlets. Guess what, we only spend MYR8 per person for the meals. Murah gila kan? Dan semestinya kenyang! Save duit. Hari ni tak pergi makan McD sebab tadi sampai Sunway before 12 noon, so McD's lunch hour tak start lagi. Lepas tu, kita orang tak pegi makan crispy popia fevret kita orang tu. Kenapa ey tak teringat benda tu tadi?? Maybe sebab nak balik awal kot. =)

Hari ni sangat lucky sebab kita orang tak payah tunggu lama untuk transport. By the time I beli tiket KTM, the coach pun dah sampai. Happy again! Lepas tu sampai kat KTM Shah Alam, kita orang lucky lagi sebab naik taxi executive for only MYR8 (KTM Shah Alam-Seksyen 7). Owh happy lagi! Senyum lebar.

Kat Seksyen 7 tu, kita orang pegi Aba Bookshop, beli buku-buku. Adoii, buku-buku tu sangat berat. Duit I melayang lagi. *Kaching kaching kaching!* Then I went to a pharmacy and I bought some medicine for myself. Sakit I melarat-larat lagi!

Esok maybe I tak pergi church kot. =(. Tak larat sangat dah. *cehh, padahal hari ni da bejalan sakan*

Malam ni nak study German lah. Semangat betol! * Eh eh, haruslah, buku mahal kot..MYR100. Rugi kalau x baca sampai lumat!* =)

Okae lah, photos for today? Will upload later. Kat mana? Facebook la. =)

Ni ada link about the movie I watched just now! Happy viewing!  ----> encik Bean!!

Okae, Bai!

♥arabella♥