Sunday 13 May 2012

Syafiq's Convocation

Today, I went to DATC UiTM Shah Alam untuk attend Syafiq's graduation day. FYI, Syafiq ni my adik angkat time PLKN. (Sebenarnya saya yang anak angkat keluarga dia time kat PLKN Princess Haliza Sepang) 

Lama giler tak jumpa. Dah 6 tahun dah. Adam pun dah tahun 6. Dulu kecik je. Tapi I still ingat wajah Ibu dan Ayah. =). Serius tak berubah. Cuma Ayah beruban sedikit. HEHE.

Siapa cakap hubungan keluarga angkat tak kekal? Walaupun jarang berjumpa, (kadang-kadang tak berjumpa langsung pun), tapi kalau kita berusaha, kita tetap keep in touch juga. 
Thanks God, I still keep nombor telefon Ibu. Thanks to the sim card too!



Congrats Syafiq!



Me and kakak.

Miss them a lot! Bestnya masakan Ibu. HUHU.
(Meleleh air liur bila teringat roti jala Ibu yang sedap itu)





Bunga konvo telah dijadikan prob sebelum diberi kepada penerima yang sah. Sorry Syafiq. HAHA.

bila tengok orang konvo, aku pulak yang tak sabar nak konvo. 
#Kerja rumah kau tak siap, kau nak konvo? #
Dang!

xoxo,
♥arabella♥




Mother's Day

Tak sah kalau tak update pasal Mother's Day ni. 

Dengan ini, saya ingin mengucapkan Happy Mother's Day to my beloved mummy. (Sebenarnya dah sms mummy pukul 12 tengah malam semalam) Perghh, kelas tak I? HAHA

Dear Mummy, 
Thanks a lot sebab telah melahirkan bayi seberat 3.++ kilo ini. (Nilai perpuluhan dirahsiakan sebab nanti korang akan bundarkan kepada angka yang lebih besar. HAHA). Dan terima kasih kerana telah membesarkan bayi itu sehingga menjadi gadis cantik yang seberat berat manusia. Tahniah mummy! Hewhewhew.

Dan tahniah juga kerana telah melahirkan seorang lagi bayi dinosour (sekarang ni dah menjadi jejaka sukses kerana telah menurunkan berat badah dengan jayanya.HAHA). Mummy, anda adalah insan yang paling special sekali di dalam hidup saya kerana anda adalah satu satunya insan yang saya panggil mummy. M to the U to the double M to the Y.

Thanks a lot kerana bersengkang mata semasa saya sakit pinggang. (Time tu form 1). thanks a lot sebab tak tidur malam dan sakit belakang sebab menjaga saya di hospital. 

Thanks a lot sebab marah-marah saya di atas kesalahan yang saya lakukan.

Thanks a lot sebab belikan makanan di waktu rehat. Walaupun daddy dah bagi seringgit untuk beli nasi lemak, tapi I still went to the staff room untuk makan rehat. (Melantak habis-habis). Seringgit tu simpan dalam poket, lepas habis school, pegi kantin, beli telur mainan yg ada hadiah. HUHU

Thanks a lot sebab mencuci baju saya (walaupun mesin basuh yang cuci), menyidai baju saya, (bukan baju je, seluar, tuala mandi, dot dot dot).

Thanks a lot sebab masak makanan yang sedap-sedap untuk saya setiap hari. 

Thanks a lot sebab sikat dan tocangkan rambut saya macam rusa. Walaupun tak cantik, tapi tetap datang ke sekolah dengan kepala tergeleng-geleng. Bila saya dewasa, mummy yang tolong bubble-dye kan rambut saya. Oh teharu.

Thanks a lot sebab tolong picit jerawat di muka saya. Lepas tu belikan pencuci muka. (Tapi muka tak juga licin-licin). Thanks a lot for your shampoo, mask, scrub, perfume, lotion, lip gloss, face powder, foundation, concealer, toner, krim 99 (HAHA) dan barang - barang kecantikkan yang saya cilok pakai dari your room selama ini. Sorry! HEHE. 

Thanks a lot sebab meng-donate baju yang lawa (bukan bagi, but I yang nak jugak baju tu). Then bila I tak pakai, I bagi balik kat mummy, baju tu dah tak serupa baju. mummy just membebel yang I tak pandai jaga baju, but lepas tu bila I nak baju lain, mummy still kasi juga. Thanks a lot!

Thanks a lot sebab belikan walkman Sony, handphone Nokia 1110, laptop Acer, laptop VAIO dan gadget elektronik yang lain.

Thanks a lot sebab bagi pinjam (time konvo) handbag Bonia yang daddy hadiahkan to you many years ago. I tak pakai pun time tu, tapi saja gedik nak pinjam. HUHU.

Thanks a lot for...thanks a lot for...thanks a lot for...
Banyak sangat nak ucap.

But, thanks a lot for always be there for me, susah atau senang, suka atau duka, gelak dan air mata. Thanks a lot mummy.

I Love You So Much!!!.
You are the greatest mom in the world!
You are #awesome!

If there is an awesome mom, so there is a great dad!
Love you both.

xoxo, 
♥arabella♥

Kehidupan Hari Ini

Lama giler tak keluar shopping. Serious lama. (Er, lama eh?) Let me count. ( un, deux, trios). Nah, lupa dah bila aku last shopping. See, lama kan? HUHU

Yela, nama pun student. Bukan setakat student je tau, Student Beribawa nama dia. Test sana sini. Assignments sana sini. Semua belum siap dan harus disiapkan. So, nak keluar pun takde masa. 

But this week, one of my BFF mai dari Penang gittew. So, aku nak show off la kat dia pasai hebaK nya Selangor nih. HAHA. (Padahal setakat pergi Subang je pun.) Ok ok, kasi up sikit, Sunway Pyramid yuuuuu. Kau ade? HAHA.

Biasa lah wanita zaman kini, kalau pegi jalan-jalan tu, memang tip top lah benda nak dibuat. Dengan bersungguh-sungguh naik KTM kat Padang Jawa, sampai la kat stesen Subang Jaya. Ops, tak sampai Sunway lagi! Naik pulak bas koboi tambang seringgit nak ke Sunway. Nama pun bas koboi, berhenti pun cara koboi. Sesuka hati je stop kat tepi jalan (yang di-connect-kan oleh jejantas). Padahal tak boleh berenti kat situ. Apa tak nya, ada pagaq-pagaq kot! So, yang obese macam saya, sila jangan tiru aksi menyelitkan peha ayam daging XXL kat pagaq tu. Silap-silap, masuk Metro dengan tajuk utama, "Peha Tersepit Di Pagar Jalan". Kau nak?? 

Sampai-sampai kat Sunway, terus pegi kat directory yang besar gedabak tu. Tumpuan anak mata tetap jitu terhadap senarai Restaurants, Food & Beverages. Akhirnya, Shushi King menjadi pilihan. (poyo je nak jadi orang Jepun). Before aku komen lebih, korang layan la dulu gambar nih.





Ops, ini bukan aku yang makan sorang ok! HAHA. Aku nyer portion yang hujung tu je.WUWU

Lepas makan, kitaorang ronda Sunway. Biasa lah, menyakitkan kaki sendiri. Dan kedai kedai femes yang kiteorang redah are Nichii, Forever 21, Padini (Ni kedai wajib), Daiso (Ni pun wajib jugak. pelaburan 5 ringgit berada di sini), Jusco (Ini super wajib) dan macam-macam lagi. (wahh, banyak gittew). But we all end up kat Payless Store. (Serious tebeliak mata pakai spek tanpa cermin kat sini sebab heels memang kaw kaw gojes dan ohsem!)

Some pics for ya!



Syurga kasut.


Perghh. Kaki retis tu. HAHA

Opsss! Lupa nak cakap. I terpikat ngan kepala Angry Bird kat satu kedai candy nih. Tapi only their customer je yang boley tangkap gambar dengan kepala tu. So, oleh kerana kepala itu, saya telah mengorbankan 6 ringgit untuk membeli candy disitu. (Tapi takpe, sebab aku dah makan sample dia kaw kaw banyak punya sampai kenyang! HAHA)

Nah, ni gambaq Angry Bird la SANGAT!



gambar yang ni kita kasi besaq sikit haha.

Lastly, before balik, kitaorang berhenti kat satu papan tanda and kat situ ada diberi sticky notes, and you can wish Happy Mother's Day to your mum and Happy Parent's Day to your parents. So, apa lagi, aku memang pantang tengok peluang free ni.

Me me me!


Syikin


Wanie


Omg, I don't have any clue in what I'm trying to do here.


These three are my sticky notes!



Pretty cool isn't it?

Balik dari Sunway, makan Flamming. Lepas tu rasa bersalah giler dan akhirnya end up kat gym for 2 hours. Burned 900 + 1 cal. #RasaOhsemGiler.

So, now baru abis mandi and I nak buat lab report yang tak siap. So, nights peeps! Lev Yiu.

xoxo,
♥arabella♥





Sunday 6 May 2012

Alkisah Si Jakun

Setelah setahun setengah belajar di uiTM Shah Alam, hari ni la first time aku pinjam buku kat PTAR 3.
(Berikan tepukkan kepada diri sendiri)

Ini semua, Research Methodology punya pasal. Kalau tak , memang aku tak pinjam la buku ni sampai aku grad. Huhu. #Aku bukan ulat buku, bukan juga ulat bulu#

Cari-punya cari buku, (dah jumpa sepuluh buku) setelah berpuas hati, aku dan kawan kawan yang saya suka pun mengangkut buku tu ke bawah. Tapi bila terpandang board kat tepi tangga, rupa-rupanya buku-buku yang kiteorang kumpul tu tak boleh di pinjam kerana IANYA HANYA DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN!
Hampeh tul! Nak sejam mencari dan menelaah, ini balasannya??

Lepas tu, aku and Syikin naik la level 6, (kat situ je buku yang boleh pinjam). So, tinggallah Aini dengan buku bapak tebal yang banyak itu kat level 4. Cari punya cari sampai dah senget dan sakit tengkuk sebab nak baca tajuk buku, akhirnya aku and Syikin dapat la jumpa sepuluh lagi buah buku yang "bakal-bakal" diperlukan.

Dengan bangganya, kitaorang turun ke level 3 and letak buku tu kat atas kaunter. kat kaunter tu ada kakak librarian yang comel itu. Time tu akak tu buat muka selamba je. Macam nak layan tak layan. Tiba tiba Aini tanya, "kak, nak pinjam buku". Lepas tu akak tu cakap, "dik, pinjam buku kena scan kat sana", (sambil menunjukkan kaunter untuk meminjam buku). 

Ghupanerrr, now (or memang sebelum aku masuk Shah Alam lagi) nak pinjam buku kena la self service. You scan the book and you do everything by yourself. (Nasib baik aku tak datang sensorang, kalau tak, memang malu tahap tenuk nak berak). 
So, sebagai ayat cover malu aku kat kakak tu, "Kak, kalau nak fotostat front cover buku kat level 4 tu macam mana eh?". (sebenarnya dah tahu, tapi saja nak tanya sebab muka mak jemah memang tebal 5 inci dah time tu)

So, dengan BANGGANYA  kitaorang melangkah ke self service kaunter untuk pinjam buku. Sendiri punya hal la nak survive babe!


Ni la kaunter yang aku cakap tu. Ada touch screen monitor, bar code scanner & receipt's printer.


Masukkan no matrix korang (8 angka yang didepan sahaja yerr) Aku punya la confident masukkan semua, sekali tengok error. HUHU. Dengan muka tak malu, tanya lagi pada kakak comel tu. HUHU. Before korang masukkan no matrix, kena scan kad matrix dulu.


Sila scan seberapa banyak buku yang nak dipinjam. Ini tangan Aini. HAHA


Print receipt!


Print the receipt.


Tadaaaaaaaaa! 

Canggih kan? Tak yah nak stamp-stamp macam zaman sekolah rendah dulu dulu. 

xoxo, 
♥arabella♥


Wednesday 2 May 2012

Melaka Lagi

Just went back from Malacca. 
And I love my third trip to malacca.
I ♥ Malacca.
I just don't know why.

Pics?
I'll update it later okae!
Fatigue.
Maximum level of fatigue. 

Kaki penat
Jalan pun tak larat
Buat homework pun semakin tenat
Kita tido, esok bangun lambat!

=)

love,
xoxo,
♥arabella♥