Tuesday 22 August 2017

10 Perks of Being An Arau-ster (UiTM)

Hi guys!

I read to many entries about the rant of being a UiTM graduate. From the small little thing like paying cheap school fees to getting dean's award easily. Well, whatever. Lain uni, lain cerita dia. Hang blajaq sungguh sungguh, dean's list tu celah gigi hang ja. 

I not going to write about that today but I will write something about UiTM but not as a whole. Today I am gonna write about a place that captured my heart years ago and it will always be, - UiTM Arau, Arau. 

Aku fly dari Miri ke Arau, singgah sebentar di Alor Star, membawa cinta dan cita. Jatuh cinta pandang pertama pada Arau. Pekannya bukan sebesar atau semegah yang disangka. Jalan kaki pusing pusing, kalau kau saja nak buat marathon satu pekan arau tu pun boleh. Sampai Kangar pun boleh bah. 

Lepas fail matrix, aku apply diploma UiTM. Aku memang saja pilih course yang tak ada di offer kat UiTM Samarahan sebab aku nak pergi jauh. Saja nak ambik peluang menjelajah tempat orang. Maybe because I was away from my family since I was 13, so I used to be extra independent. 

Tup tup dapat UiTM Arau. Arau? Blerghh, ini jauh dari jangkaan aku sebab aku target aku dapat Penang seyh. Tazabar nak jadi Penangites. Tapi aku dapat Arau. Aku Google lah tempat tu and seriously, ada UiTM kat Arau? Abehlah harapan akak nokk. 

Sampai ja Arau, memang macam errr. Krik krik. Okay, aku kena tiga tahun tinggal kat sini. Like seriously, 3 tahun. Fine, I'll take the challenge. Lama lama tinggal situ, perghh, macam macam benda best aku jumpa. Apa yang best pasal Arau yang hampa kena tau, meh aku nak share. 

1. Arau time tu (2007-2010) takda shopping mall. Tak da. Last aku gi sana time convo baru ada Cmart. Kat sana ada gerai makan ja dan kedai kayu. Time tu lah. Sekarang aku rasa dah banyak kedai dah noh. 

2. Arau ada pasar malam hari Jumaat malam Sabtu. Sana hang boleh jumpa macam macam makanan best. Pulut durian, pulut mangga, lokcin bakaq goreng semua ada, kerabu kaki ayam dan segala kerabu Thai char kue tiaw, ice blended bajet yang sedap gila dan yang paling havoc skali ada Azra Soya yang diyakini takdak di ceruk dunia lain yang hang pergi. Hanya ada di Arau. Tembakau pun ada wei. Paling best, hang bawak RM10 tak habis baq hang. Murah gila time tu.

3. Arau ada kedai ayam kunyit best gila. Nama dia B'cik Corner. Kuah minyak ayam kunyit dia aku habaq kat hang, buat hang tak segan nak mintak nasi tambah. Rega time tu murah ja, RM4.5 - RM5. Hat ni kat pagaq depan UiTM Arau. Hang jalan jauh pun tak pa, sambil sambil tengok burung unta. 

4. Dalam UiTM Arau tu ada  Mushroom. Mushroom ni tempat kedai bersilingrendah. Kalau hang Usain Bolt, hang akan tunduk sampai sakit tengkuk lah kat situ. Walaupun panaih nak mampos, tapi ni lah port baik punya bila nak tunggu next class. Pekena nasi lemak 60 sen ataupun bihun sup makcik Mushroom, perghh. Tak pun hang pegi beli roti kat makcik balang. 

5. Selain Mushroom, dalam UiTM ada Kulat dan Orange. Aku rasa la ni dah buka satu lagik food court sebelah pusat kesihatan tu noh. Kulat ni kat area asrama perempuan. Jual makanan siang dan malam. Lepas tu saingan hebat dia Orange. Hat ni ada satu gerai yang jual teh ais thorbaik habaq hang. Teh ais bungkus ikat tepi, menu wajib setiap hari. 

6. Selain kedai-kedai makan yang sedia ada, ada satu gerai kat Mushroom yang menjadi kegilaan students UiTM. Aku dah mention nama dia kat item no 4 - Makcik Balang. Pasai pa nama dia makcik balang? Sebab dia jual jajan timbang yang boh dalam balang kaca besaq tu. Apa habaq noh makcik balang? Rindu lettew. 

7. Yang ni tak semua orang tau, tapi kaki pedajal makanan macam aku memang akan tau. Seberang asrama Beringin (aku rasa nama dia Beringin - dekat dengan Orange tu, kat kawasan tepi masjid tu ada pokok pauh/mangga yang banyak. Buah dia besar besar. Time dia berbuah, memang lebat. Aku dan kawan aku pernah gi situ dan baling buah tu. Nasib lah mangga asamboi tak viral kan time tu. Kalau tak, aku dah lama buat bisnes. 

8. Batu Cave. Yes Batu Cave. Kat UiTM ada satu tangga yang tinggi ya ampun, dekat asrama Dahlia. Taubat kau naik tangga tu selama 3 tahun tak kurus kurus. Naik je tangga tu, pagi pagi dah ada makcik guard tunggu nak bagi kau surat saman kalau kau tak pakai kad matrik dan kalau pakaian kau ketat gila. HAHA. 

8. 4 musim. Sapa cakap Malaysia takda tempat 4 musim. Arau ada! Musim panas - yang ni time bulan 3 ke pertengahan tahun time tu. Mungkin climate Arau ni atas sedikit jadi panas dia lain macam. Aku first time sampai sana, memang demam wei. Lepas tu ada musim bunga. Yang ni ala ala bunga sakura. Ada pelbagai warna, kalau depan asrama aku ada warna pink. Kat tennis court tu ada warna kuning. Zaman tu takda instagram lagi nak kasi viral benda cantik macam ni. Kalau tak, confirm ada hashtag #musimbungaarau. Musim salji - pun ada! Salji omputih tu putih, kita ni salji hitam ja. Ni time orang bakaq tebu - area ke arah padang besar. Musim luruh pun ada. Dah panas nak mampus, tiba lah musim luruh. Bunga dan dedaunan berguguran, bunga bunga cinta layu di pusara. 

9. Bas Ummul. Sapa budak Arau yang tak kenal Ummul? Habaq mai. Ni bas yang paling dikenali ramai. Bas ni takda jadual khas. Dia nak jalan, dia jalan. Ni lah pengangkutan students ke pasar malam, ke pekan Kangar dan ke Kuala Perlis. Tambang dia dulu RM1 ja. Tak tau la la ni berapa. Dah naik harga la kot. 

10. Dewan Ketuhar. Yang ni kau jangan main main wei. Kalau la kau jawab final exam kat sini, cair segala ilmu yang kau ada. Percayalah. HAHA. Disebabkan kondisi dia sangat panas, jadilah nama dia Dewan Ketuhar. Tambah lagi time tu kat bumbung dia ada ventilation yang macam topi chef tu, ada 3 atau 4 biji atas tu kalau tak silap. Dewan ini banyak menggamit memori khususnya time final exam. Kawasan yang paling dekat dengan asrama. Jadi boleh la jalan jalan lenggang kangkung sambil hafal nota.

Ok, aku bagi hang sepuluh ja untuk hang KLMJ. Nanti aku rajin aku akan gali lagi kisah menarik menjadi Arau-ster ni. Kalau suka sila komen. 

pecah kaca pecah gelas,
xoxo
SJ

No comments:

Post a Comment