Friday 18 August 2017

My Daily Skincare Routine

Hi guys. It's me. I have to skip Why - a Teacher Part 2 because I have something that is worth to share with all of you.

There are some of my friends and colleagues asked me about my skincare when they met me but I did not have a simple explanation or accurate words to say just to make sure that every detail hits on point.

So now, let me cerita panjang panjang ya.



First, I shared a review on Eskinol in my FB and yes, dialah mak segala skincare yang aku guna. You can read it in this link.



So ini lah rupa Eskinol tu. Aku guna yang jenis Pimple Fighting sebab aku start pakai bila muka aku penuh jerawat sebab time tu aku menghadapi skin breakout selepas kena chicken pox. Ini lah yang aku guna untuk menghilangkan segala jerawat dan parut kat muka aku yang ada. 

Sebelum aku cerita dengan deep lagi, meh lah aku share sikit gambar time berjerawat dulu. Kang korang cakap aku tipu pulak. Gambo tak la terang beno, sebab ni ambil gambar bukan sebab nak show kulit tak cantik tapi nak kata aku edit lah tang mana pun, nampak jugak lah jerawat biadap tu. Sorry gambar tak clear sebab time ni tak pakai handphone mahal. 






Inilah rupa aku time berjerawat. Hat ni semua gambar edit. Nampak dak kalau tak edit, hang tak tido malam tengok muka aku. Aku pun segan nak tengok gambar sendiri. Yang ni zaman aku sambung master (2 tahun setengah selepas aku kena chicken pox). Time ni jerawat dah jadi hiasan abadi kat muka aku tapi better dari berberapa bulan pertama kena chicken pox tu. Tapi boleh la kot nampak jerawat kat dahi yang tumbuh dengan suburnya tu. Sakit wei, jerawat batu kuanghajo nama dia. Ada sikit kat pipi dan dagu. Yang paling biadap korang boleh tengok gambar aku dengan teddy aku nama Polly tu. Nampak tak tepi bibir tu hitam, haa tu jerawat sumpah tak nak mati nama dia. Hilang satu, tumbuh satu. Akibatnya, berbekas la mulut akak macam kena kicap kipas udang. Malu siot nak makan kat Murni SS2, bila jerawat penuh mulut. LOL. 

Tension tu jangan cakap lah wei. Dari zaman sekolah kulit muka macam baby sampai masuk diploma. Tetiba lepas tu muka kau ada benjol-benjol, kadang-kadang berdarah. Sakit siot. Memang tension sebab rakan rakan yang kenal kau zaman muka kau flawless tetiba tanya "asal muka jadi macam ni?". Tak cukup ngan tu, keluarga kau sedara mara kau pun tanya bila ada kenduri dan open house. Nak masuk Watson pun salesgirl tu cakap, "Muka akak berjerawat ni, cuba try yang ini." Aku tau niat hang baik tapi ayat kau deep gila wei. Rasa nak buat plastic surgery pun ada. Seriously, aku rasa time tu takhta kulit flawless yang aku pertahankan selama 10 tahun selepas akil baligh tu hilang dalam sekelip mata. 

Ok, done with this jerawat thingy. Kita move on kepada skincare pulak. Time aku ada jerawat dulu, aku guna yang basic skincare je. Maksudnya aku guna pencuci muka, Eskinol, acne gel dan serum. Tu je. Ye, tu je aku pakai. 

So ini adalah tiga benda yang wajib aku pakai selain Eskinol. Terima kasih omma sebab tak jemu belikan skincare yang sesuai untuk anakmu ini. Adalah dalam setahun setengah aku pakai benda ni. HANYA 4 benda ni je aku pakai. Tiap hari. Bila keluar pun aku tak apply foundation dan compact powder sebab aku takut nanti benda tu akan membuatkan muka aku lagi teruk. So, memang bare face la aku pergi mana-mana pun. Time tu peduli lah, asalkan muka aku licin balik.

1. Garden Of Eden ROSA T Mild Cleanser. 
Aku tak tau pasai pa nama dia panjang bebeno tapi brand GOE ni, yang ni lah satu satunya facial wash dia. Takdak hat lain. Jangan cari hat lain. Dia memang focus kat muka yang berjerawat saja. Aku cuci muka siang malam dan sebelum tido. 

2. Garden Of Eden ROSA T Acne Gel. 
Yang ni aku sapu kat kawasan yang berjerawat dan berpotensi untuk pembiakkan jerawat. Aku pakai siang je sebab dia gel, so tak melekit dan berminyak. Gel ni pun satu jenis gel ni je. Takda jenis lain. 

3. Garden Of Eden Serum.
Serum ni, dua tahun pertama tu aku pakai yang jenis ROSA T punya (yang memang untuk kulit berjerawat). Serum GOE ni ada banyak jenis. Ada Nature E, Grape E, Rosa E, Primrose E dan Rosa T. Setiap jenis serum tu specific untuk different kulit lah. Lepas aku kurang berjerawat, aku try lah jenis serum yang lain, tapi yang dalam gambar ni jenis Grape E - katanya untuk anti aging. Aku pun sedar diri aku dah nak masuk 30 tahun ni, so bertukarlah ke jenis yang ni pulak sebab masalah jerawat dah takda. 

Mana aku beli semua ni? Kalau kat Miri, aku beli kat farmasi. Tapi jangan risau, ada jugak tempat lain yang jual ni. Skincare GOE ni boleh dapat kat Guardian. GUARDIAN je. Watson tak ada. Kat farmasi Caring ada jugak. Wellness aku tak pernah ushar, rasanya ada jugak lah kot. Tapi Watson memang tak ada. Jangan hang cari kat situ nanti tak jumpa hang pi salahkan aku pulak. HAHA.

Ok, itulah rutin muka aku selama 2 tahun sebelum ni. Bila muka dah clear dari jerawat, dan dah rasa rasa macam nak start flawless balik tu, aku start lah pakai make up sikit sikit. Ada jugak lah yang tanya aku, pakai foundation apa, cream apa. Meh sini aku share untuk make up sekali. 

1. Lepas aku letak Eskinol (aku treat dia ni macam toner gitu lah), aku akan letak Pure Beauty Glow Essence dan Pure Beauty Pudding Cream. Yang ni aku masuk 2 bulan pakai sebab selain eskinol aku tak letak apa apa kat muka. Moisturizer pun tak letak sebab muka aku tak kering sangat. Jadi, housemate aku cakap Pure Beauty ni bagus. jadi aku pun try lah. Setakat ni muka aku tak gatal dan kesan dia ok jugak lah kat muka aku. Aku rasa smooth je. Pudding Cream tu texture dia macam Body Shop Seaweed Mattifying Day Cream yang aku pernah pakai dulu. Tak melekit dan cream dia transparent. So bila lekat kat muka, memang terus dry tak berminyak.


Dua dua ni aku beli kat Watson dan kat situ je lah yang ada. Stock dia selalu habis, so maybe susah sikit nak cari. Dia ada banyak lagi products, tapi aku ambik yang dua ni je lah. 

2. Lepas dua benda kat atas tu, aku akan letak CC cream. CC cream yang aku pakai adalah The Skin CC Cream ada SPF 30. Yang ni mak aku beli kat Go Shop. Tak pernah jumpa lagi kat mana mana kedai. So, kalau korang berminat boleh call Go Shop. Harga dia aku tak pernah tanya mak aku sebab dia beli banyak (Go Shop memang jual dalam kuantiti banyak dalam satu set). Texture dia very light dan yang penting tak melekit. Bila apply ni aku dab dab je dengan beauty sponge/blender tu. Aku memang tabik spring kat sapa yang invent benda tu. Seriously thorbaikk bila nak tenyeh cream kat muka. 


3. Lepas pakai cream tu aku dab dab muka aku dengan Age20s Essence cover pact ni. Yang ni super duper special. Ada yang selalu kita jumpa kat kedai, compact ni dalam bentuk liquid. Kita tekan sikit lepas tu liquid foundation tu lekat kat span dia. Even Laneige BB Cushion Sponge tu pun dalam bentuk liquid. Tapi yang ini, texture dia bukan liquid dan bukan juga powder. Dia macam texture tanah yang basah dan lembap. Aku ambik span dia and just sapu sikit then dab dab dab kat muka. Dua kali sapu kat atas compact tu (bukan tekan ye) dah cukup untuk seluruh muka. Yang ni memang aku recommend kat korang sebab dia akan cover uneven tone on your skin, non oily, and tak perlu bimbang "cakey" face (yang ada merekah merekah kat kulit bila berpeluh). 

Yang ni boleh refill. Korang tengok kat gambar bawah tu, yang tu dah habis, aku baru refill pagi tadi. Satu refill sekali dengan span baru and boleh tahan dalam 3 - 4 bulan. Yang ni pun mak aku beli kat Go Shop jugak. Rasanya 2 cover pact + 2 refill harga dia dalam RM180++ tapi less than RM200 (so literally korang akan dapat 4 lah). Dia ada dua colour je. Colour 21 dan 23. Aku pakai ni colour 23. Age20's ni brand Korea. So kalau korang rajin Google, korang akan jumpa benda ni dan packaging dia lain lain. Ini sebab packaging (housing) dia tu ikut season dia dan dia dah ada season 8 or 9 sekarang. 


4. Lepas pakai cover pact kat atas tu pun dah cukup. Dah boleh keluar rumah dah. Tapi dulu aku akan letak last protection kat muka which is mineral powder.  Aku pakai Natural 100 UV Mineral Sunkill. Yang ni pun mak aku beli kat Go Shop. Product Korea jugak. Yang ni pun dab dab jugak. Tahan lama ni. Yang ni setahun pakai pun tak habis lagi. Powder ni aku dah jarang pakai beberapa bulan ni sebab cover pact Age20's tu dah cukup dah. Tapi kalau korang nak try powder, aku suggest yang ni. 


So, lepas pakai semua ni, aku akan apply blusher SimplySiti dan bronzer dari Sephora. Yang dua ni optional. Tapi aku suka blusher dan bronzer ni sebab takde lah nampak putih bebeno muka aku. So, that is the end of my daily skincare. 

Kalau nak cuci muka, aku akan pakai Avene Micellar Lotion dulu as make up remover. Yang ni beli kat Guardian atau Watson. Harga memang mahal tapi berbaloi. Kalau bertuah, dapat la yang value pack 2 botol RM98 tu. Kalau tak, hang dapat lah yang 1 botol RM79. Nah, ni gambar dia. 


Jangan risau, ada micellar lotion / micellar water yang lain yang boleh korang try. Aku dengar banyak review baik punya untuk yang jenis Garnier. Maybelline pun ada. Aku rasa semua brand dah ada benda ni sekarang. Tak oily macam certain make up remover (yang oil base) dan memang bersih lah muka ko lepas lap dengan benda ni. 

Untuk lain lain skincare, aku ada guna Sunplay Aloe Vera Gel untuk soothing muka bila sunburn atau bila muka rasa letih. Memang best, sejuk je rasa. Nah, belanja satu gambar. Dulu lepas balik camping, aku pakai hari hari. Memang sunburn cepat hilang (bagi yang takut kulit gelap macam aku ni). Tempek tempek kat muka bebanyak sebelum tidur. 


Another one barang baik punya is Palmer's Dark Spot Corrector. Yang ni senjata untuk jerawat yang tetiba muncul dan meninggalkan bekas. Aku guna ni jugak untuk meng-even-kan skin tone aku. For me, it works.


Aku rasa dah cukup kot skincare yang aku selalu guna. Selain dari itu, aku suka guna mask. Pakai selang 2 hari. Kalau rajin, pakai hari hari. Kalau malas, seminggu sekali. Aku beli mask murah je. Masuk Guardian, cari yang 3 RM10 atau 4 RM10 tu. Ada je yang best best. 

Then kadang kadang aku spray muka pakai Nature Republic Aloe Vera Soothing Mist. Yang ni saja je bajet Korea. Tapi best jugak spray spray muka ni. 

Aku baca jugak review pasal product lain. And korang boleh try jugak product yang orang lain suggest. Kulit manusia lain lain, mana tau product yang aku dan orang orang ni suggest berkesan kat muka korang. 

Nasihat aku, first, korang mesti detect atau cari satu product yang memang akan kills the pimples and acne. Bila dah bebas dari dua makhluk bedebah tu, percayalahhhh kasih mu lama tersulammmm. Haha. Percayalah, korang pakai lah cream apa, lotion apa, spray apa, make up apa, memang kulit korang tip top. Cuma nak cari pembunuh jerawat yang betul betul berkesan tu lah yang susah. Untuk kulit aku, aku choose Eskinol. Ini product dari Filipina, so no wonder lah muka artis Filipina lawa lawa. 

Kalau korang dah ada skincare yang sesuai dan nak mencari cream atau compact yang best, aku suggest Age20's Essence tu. Berbaloi. Boleh tong tong beli dengan kawan. Tak rugi. 

Ok, itu je lah coretan aku. Lama gila dah nak share benda ni semua since ramai yang dah tanya. So, aku harap ampa semua tak mengantuk lah baca post ni. Lama dah tak update blog ni.

Last skali, aku payung lah berberapa gambar setelah muka aku bebas dari segala masalah jiwa ni. Jangan cakap akak tak payung. 

Ni muka first time aku apply make up setelah sekian lama bare face depan orang. Time konvo kan, tak kan kau nak muka serabai. 



Yang dua ni paling recent. Ni lepas apply Age20's cover pact tu lah. No filter or edit. Hanya berbekalkan cahaya matahari. 


Ni memang bare face. Kosong. Baru bangun tidur dan terus pegi kedai untuk breakfast. Cuma cuci muka dengan GOE facial wash je dan guna Eskinol. Done. 


Okay, sampai jumpa di post yang seterusnya. Aku akan share lagi, mana tau ada product baru. Sharing is caring. 

Pecah kaca pecah gelas,
xoxo,
SJ.

No comments:

Post a Comment